Tuesday, January 5, 2010

KDN buat rayuan; MCA buat kenyataan

KEMENTERIAN Dalam Negeri sudahpun mengambil tindakan untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, sebuah majalah mingguan Kristian Catholic. Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan, orang perseorangan dan persatuan nasih lantang menyuarakan pandangan masing-masing. Suasana sebenarnya agak tegang, khususnya di Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah keadaan tidak seriuh di semenanjung. Mungkin masyarakat di kedua negeri itu sudah biasa dengan keadaan terhadap penggunaan kalimah itu di kalangan rakyat bukan Islam. Parti komponen Barisan Nasional tidak ada yang membuat kenyataan rasmi. Kecuali jurucakap biro politik MCA yang mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang membuat aduan polis dan menganjurkan demonstrasi dan protest di beberapa tempat. "Tidak sesiapapun mempunyai hak mutlak terhadap kalimah Allah," kata jurucakapnya. Dalam keributan ini, tindakan kementerian dalam negeri untuk membuat rayuan sangat dihargai dan kita harap mahkamah rayuan akan bersidang seberapa cepat yang boleh untuk mengadili kes ini.

3 comments:

Anonymous said...

Biro politik MCA,

Memang selamanya telah terbukti bahawa ada golongan bila berlaku sesuatu peristiwa menyentuh sensiviti golongan lain mereka dengan mudah mempersoalkan tindakan-tindakan reaksi golongan tersebut. Tetapi kalau sensitiviti mereka, hak mereka atau apa sahaja berkaitan mereka tersentuh, mereka pun melenting juga. Malah kadang kala lebih hebat lagi!. Inilah hipokrasi kelas pertama!

Bagaimana keharmonian kaum di Malaysia dapat dipupuk kalau sekiranya hanya satu pihak sahaja diminta bertolerasi sedangkan pihak lain tidak pun bersimpati bila sentiviti kaum lain dsentuh? Malah dipertikaikan pula.

Memang betul belum ada mahkamah di dunia ini yang membuat 'judgement' bahawa kalimah Allah hak mutlak sesiapa pun. Tetapi dalam Islam sejak awal agama ini dibawa oleh Nabi Muhamad saw, konsep ketuhanan, 'Allah' menajadi teras. Anda mahu menganut Islam, anda perlu mengucap syahadah, "bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah peseruh Allah."

Saya terbaca dalam blog, mungkin blog 'Marahku' bahawa orang Melayu Islam, (kecualilah golongan Islam liberal)kalau diugut dengan meletakkan senjata di kepalanya untuk membuang hak bumiputera dan Melayu, mereka akan akur. Tetapi tidak pada agama mereka, iaitu Islam. Mungkin orang bukan Islam tidak faham bahawa bagi umat Melayu Islam dan umat Islam keseluruhannya, agama Islam adalah roh dan jazad mereka. Agama Islam memberi makna dan arah tuju, hidup dan mati mereka!

Satu naluri asas semua manusia adalah mereka akan mempertahankan apa sahaja yang dianggap'suci'
(scared) pada pegangan hidup mereka. Fahamkan perkara ini! Jangan terkejut apabila kesucian mereka dicabuli, reaksi mereka mungkin menjadi terlalu amat marah sampai mengamuk, berdiam tetapi macam api dalam sekam atau mereka mempersendakan isu tersebut untuk memperli golongan yang mencabuli hak mereka!

Akhir sekali fahamlah mengapa Melayu Islam tidak rela istilah Allah digunakan dalam agama lain. Saya secra peribadi, takut kalau perkara ini dibiarkan akan ada tuntutan perkataan lain diminta oleh golongan ini seperti 'solat' untuk menggambarkan sembahyang di gereja, di kuil dsb. Takut juga nanti ada tuntutan di hujung nama Jesus Christ diletakkan saw atau as!

Rakyat Setia

Pemerhati said...

MCA ni cuma nak bermain politik.
Kononnya nak mengambil hati orang2 Cina Kristian.
MCA ni tak sedarkah parti ini sedang dalam kemulut dan krisis yg teruk akibat perebutan jawatan dlm MCA?
Rakyat keterunan Cina di M'sia sudah mula bertanya bolehkah MCA membela nasib kaum Cina di M'sia.
Cina M'sia lebih percaya kpd DAP utk membela nasin Cina M'sia
Awas PRU13!

Anonymous said...

Dato .. MCA itu kawan karib siapa yea ... adakah kemungkinan MCA cuba menikam belakang rakan yang baik dengannya .. wallahuallam .. apapun diaorang memangdah kurang ajar sedang dari dahulu lagi .. kerana mereka tahu tanpa mereka siapalah kawan karib mereka itu ..