Saturday, January 9, 2010

Jgn mudah tuduh orang Islam bakar gereja

RUPA-RUPANYA ada juga ahli masyarakat kita yang percaya bahawa percubaan membakar beberapa buah gereja di sekitar KL dibuat oleh orang Islam. Malah, ada antara mereka yang membuat kesimpulan begitu semata-mata berpandukan kepada keadaan semasa, di mana penggunaan kalimah Allah sedang hangat dipertikaian antara umat Islam dan puak yang menyokong penggunaan kalimah itu oleh sebuah majalah Katolik. Tanpa sebarang bukti nyata dan penyiasatan rapi, sebahagian masyarakat menuding jari kepada orang Islam sebagai penjenayah itu. Ini bahaya dan tidak bertanggungjawab. Kesimpulan beginilah yang merosakkan negara kita. Bagaimana pula jika keadaan sebaliknya yang berlaku? Tak semestinya orang Kristian pula yang dipersalahan. Jangan mudah terpedaya dengan sentimen yang cetek dan minda yang sempit. Hati-hati bila membuat kesimpulan. Selidik dahulu kawan-kawan. Jangan mudah melatah.

12 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju Dato'. Sbg contohnya satu artikel berbahasa Inggeris menggunakan label yg saya baca dlm HarakahDaily terus membuat kesimpulan perbuatan berkenaan dilakukan oleh Muslim extremists. Adakah ini satu fakta atau label mudah bagi tujuan menghasut ataupun kewartawanan instant?
Begitu juga kononnya demo di Masjid di dalangi oleh kumpulan yg di dokong UMNO. Sekali lagi adakah ini fakta, tuduhan atau kewartawanan murah? Beberapa hari yg lepas laporan seumpama ini saya terbaca jugak dalam Malaysian Insider.
Justeru itu, kita berharap pembaca-pembaca akan berhati-hati bila membaca laporan-laporan atau so-called analisa murahan spt ini. Bacalah dgn minda terbuka serta iman yg kukuh.

furz said...

Salam.
Bagaimana sekiranya masjid atau surau dibakar ketika keadaan sedang memuncak sekarang? Bukankah orang-orang bukan Islam yang akan dituduh melakukannya.
Apa yang berlaku amat memalukan Islam, sehinggakan orang-orang bukan Islam yang mahu mendekati diri dan mengenali Islam mula menjauhkan diri.

Anonymous said...

Ya , memang betul. .. mungkian ada pihak lain yang cuba menangguk di air keruh . yang cuba mengambil kesempatan atas kehangatan dan bantahan umat Islam . mungkina ada pohak lain cuba membangkitkan provokasi dan perbalahan antara kristian dan islam . dan pihak manakah yang akan dapat keuntungan dari perbalahan itu?

pegundi atas pagar

Anonymous said...

I am looking at two situations:

a. Selangor state anthem, which reads:

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

b. Baca doa in public events and in Sekolah Kebangsaan.

I tell you these as you are also from the same generation as I am.

In both instances above, the non-Muslims have accepted the fact that Allah is used and in the case of 1 above, non-Muslims also sing the state anthem. I remember doing that in primary school in K.L when the city was still under Selangor.

The scenario now seems to be:

a. Whatever UMNO introduces, non-Muslims must accept without questioning, including mentioning of the word 'Allah'. There should be no cause for alarm among the non-Muslims and they should not raise any concerns.

b. But when the Catholics in Malaysia want to use the word in Bahasa Malaysia communication specifically for its Church goers only, UMNO wants to deter such action.

Since when did UMNO take on the role of interfering in the activities of a Church?

Does this not point out to just one fact - UMNO never tolerates any action by those in Malaysia, when it does not match UMNO's crude agenda.

If this is not the snobbish and arrogant 'ketuanan' that is being forced down the throat of non-Muslims, what else can we call this?

PARAMESWARA

Anonymous said...

Orang Israel yang buat. Kami mana pandai buat bom Molotov Koktel.kami kan bodoh. Guna khalimah "Allah" pun pandai keliru. Yang kami pandai buat main no ekor, minum arak berzina dan merempit.

Anonymous said...

tu la pasal..
sekali pikir,mmg org islam kite salahkan
tp bile kite teliti betul2
munkin org krisitian sendiri yg berpakat rosakkan gereja sendiri,utk takutkan org islam utk berkumpul secara aman dan diplomatic..sbb kejadian ni berlaku the night before org islam dh berpakat nk berkumpul secara aman.dorang sengaja frame org islam supaya kita takut nk berkumpul.

kejadian serangan serentak semacam dirancang tp serangan sgt amateur.mcm lebih kepada stunt sahaja. mustahil.dlm empat serangan tu sorang pun xperasan dan xde pertumpahan darah.

buat ape tetiba tengah malam org islam nk buat mcm tu sedangkan dh taw lepas sembahyang jumaat nk berkumpul..

mcm pelik je..

Anonymous said...

Some people are naive. They conclude that when a church is burnt down, ten it must be the work of Muslims. And when a surau in Klang had a glass door broken and piss thrown on the floor, then this must be the work of Christians. Y? Because these two groups are not seing eye to eye over the issue of using Allah in the Herald. This kind of conclusion is half past six.

Look, maybe its the work of goons paid by people like Anwar Ibrahim. He'll benefit if there's trouble in the country. He thinks he can escape the court proceedings later this month. Anwar like street demos and the likes. No one has pointed out the finger at him.

He's clever this dude..

Or it could be..

Best thing is not to speculate. Offering theories is easy..

Anon Jln Klang

Anonymous said...

Apa yg berlaku perlu diteliti.Biar pihak yg berwajib menjalankn tugas mereka.Tak usah le kita nk pandai-pandai buat andaian.Menuduh pihak muslim membakar gereja satu tuduhan yg melulu, ni nk bangkitkn kemarahan kaum/agama lain.tangan2 ghaib yg mengapai impian nk menghuru harakn negara tu Insya'Allah...Allah SWT akan tunjukan kebenarannya.
Kepada En Parameswara..
Jgn En anggap UMNO tu interfering gereja..???? Apa yg menjadi isu pokok ialah penggunaan perkataan Allah tu.En pun sebelum anuti kristian, mesti beragama hindu kn? Selama ini dh guna perkataan tuhan tu kenapa tak teruskn shj.Klau tak faham islam jgn bercakap tentang islam le...
En mungkin lupa dulu apabila sekolah2 katolik bawa sekali anak2 melayu g chapel masa sekolah tak pulak en bisimg kn. Mungkin en juga salah seorang yg terpengaruh meninggalkn agama tok nenek bila bersekolah di sekolah2 katolik.
Jadi nasihat saya tak usah En nk pertikaikn. Encik berbangga dgn agama encik saya berbangga dgn agama saya.kuatkan iman en pd agama encik.....

berasiam said...

Yang lagi pelik bin ajaib, kenapa perlu NGO Islam menyediakan sukarelawan untuk mengawal keselamatan gereja? Tidak cukupkah segala kebaikan yang kita berikan selama berkurun mereka menyebarkan kepercayaan mereka di sini. Selama ini banyak juga kejadian yang melibatkan masjid tetapi tidak pernah pula orang beragama lain menubuhkan sukarelawan untuk menjaga keselamatan masjid-masjid. Bak kata pepatah, "buat baik berpada-pada". Lebih baik jaga keselamatan masjid kerana tidak siapa tahu apa yang bakal berlaku dalam kehangatan isu ini.

Jahamy said...

beraslam,

Salam. Anda menulis: "Yang lagi pelik bin ajaib, kenapa perlu NGO Islam menyediakan sukarelawan untuk mengawal keselamatan gereja?"

Sebenarnya tidak ada yang pelik, ini lah kehebatan meyakini kepada Allah yang Esa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Penganut nya yang iklhas cuba untuk menterjemahkan kasih dan keihsanan ini. BUkan kah penganut lain akan menghormati Islam???

Takkan lah kita yang harapkan keampunan dan pemberian Allah swt tidak boleh bersikap baik kepada orang lain, terutama di dalam saat di mana mereka "rasa teranaiya".

Salam.

ariana said...

jahamy sy setuju dgn awk :)

Anonymous said...

jahamy sy setuju dgn awak. kalau kita nk penganut lain pandang positif psl Islam dan juga org Islam, kita kena buat benda yg baik, supaya org lain menghormati Islam...