Wednesday, November 4, 2009
Karim Sulaiman tunai haji tahun ini
SAHABAT yang selama ini menanggung sejenis penyakit yang sukar diemboh akan terbang ke Kota Makkah dan Madinah Sabtu ini. Karim Sulaiman, salah seorang bekas pengarang Berita Harian, akan berangkat dengan isteri dan anaknya untuk menunaikan rukun Islam kelima. Karim mengidap penyakit scleromyxoedema, satu-satunya penyakityang setakat ini belum ada penawarnya. Karim sudah mengidap penyakit ini beberapa tahun tetapi berkat kegigihannya dan kesediaan pakar penyakit kulit di HKL, Karim beransur pulih sedikit demi sedikit. Kini beliau akan menunaikan haji setelah melaksanakan umrah pada 2004, ketika beliau sudahpun mengidap penyakit ini. Anak Karim yang kini menuntut di MRSM Kuala Kubu Bharu di Tingkatan 1 akan menjadi temannya di sana. Anaknya akan pulang ke KL Jumaat ini dan mereka akan berangkat Sabtu ini dengan penerbangan MAS pukul 11 malam. Karim diberi pemeriksaan doktor sebelum terbang. Saya sempat ke rumahnya malam tadi untuk mengucapkan selamat jalan. Semasa di rumahnya, wakil masjid yang berhampiran dengan rumahnya menyerahkan hadiah untuk Karim sempena pemergiannya. Moga-moga pemergiannya diberkati. Semangat Karim seharusnya menjadi pendorong kepada kita dalam menghadapi cabaran hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Salam Datuk.
Alhamdulillah. Mudahan mudahan nanti bro Karim akan sembuh.
Selamat berangkat ke tanah suci Saudara Karim. Wish you all the best. Datuk AT, thanks for sharing this news and hope you too have fully recovered.
Regards, Siva
HARAP SAUDARA KARIM DAN KELUARGA DIPERMUDAHKAN PERJALANANNYA
MAN
Sdr Karim, Selamat berangkat ke tanah suci. Saya masih ingat masa kami bersama wakil NST & BH di London, Sdr Karim ada memberitahu saya akan dia menunaikan ibadat Haji apabila balik Malaysia.
Thanks Datukr the up-date on Sdr Karim
Semoga dikurniakan Haji Mabrur dan doanya juga dimakbulkan.
Salam Datuk,
Semoga saudara Karim mendapat Haji yang mabrur dan doanya dimakbulkan.
Salam TokMat.. thanks for the update. Karim, if you are reading this, kak Puteri ucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga dipermudahkan semua urusan semasa disana dan semoga dikurniakan Allah swt haji mabrur.
Selamat mendapat Haji mabrur Karim.
Semoga you sihat seperti sediakala bila pulang nanti.
As an old friend, I nak tanya you tak pernah ke berubat cara lain?
I rasa you terkena buatan orang.
Fahamlah you kerja mana dulu.
I dengar ramai yang terkena ilmu hitam.
Tapi cara mereka menderita lain.
Tanyalah orang-orang berkenaan.
Takkan you tak tau.
Susahle penyakit buatan orang PHD ni.
alhamdulillah..
semoga mendapat hj yg mabror.insyallah.
Post a Comment