Tuesday, November 17, 2009

Lagi satu pilihanraya kecil...jom jalan2

KITA akan berhadapan dengan satu lagi pilihanraya kecil. Kali ini di Kota Siputeh, Kedah. Suruhanjaya Pilihanraya dijangka membuat pengumuman selepas semua rayuan dari pihak berkenaan selesai. ADUN yang menang dalam pilihanraya lepas, Datuk Abu Hassan Sarif dari BN, gagal hadir di sidang DUN sebanyak dua kali. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin membuat keputusan petang semalam. Selepas ini bala tenteta semua parti politik yang berkepentingan akan berpusu-pusu ke Kedah untuk tujuan ini. Jangan bincang siapa kalah dan menang. Bincang apa sudah jadi dengan individu yang beria-ia nak jadi wakil rakyat tetapi kemudian tidak hadir di dewan untuk menjalankan tugas. Pertandingan kali ini akan berlangsung dalam suasana dimana setiap parti politik yang berkepentingan berhadapan dengan masalah dalam, kecuali Umno yang sudah memulakan sedikit sebanyak proses transformasinya. Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya.

1 comment:

sharat said...

i think the political leaders have to stop talking or ceramah sini sana but instead to straight doing some actions.

ie: if the kota siputeh is lack on things such as infrastural, education, personal/community, charity aids or CSR projects need ot be done straight away whether Bn win or not as they are still the federal government on the country.

last year i had an opportunity to be invited in the Sekolah menengah Sik kedah to give motivational talks to the students, teachers and parents. (Its part of my annual CSR projects).It was a 2 full day thingy so the head of school, pn jamnah (mama jamnah; as everyone in the school also calls her 'mama') was nice to invite me to stay at her house together with her family.

Her house was efected by the 'new' tar road and the state government have taken part of her land and becoz of the road work have led to mud flowing to her house when it rains heavily.

this is one of the reason why Kedah lost to the second government now...

Dont make the same mistake and only turun padang for certain NIAT and not the sincere Niat!

sheikh faleigh