Saturday, November 14, 2009

SMS dari Makkah dan Medina


Salam semua! Beberapa hari yang lepas saya banyak menerima SMS dari tanah suci. Ramai juga kawan-kawan yang berada di sana. Tak kurang juga rakan-rakan wartawan yang bertugas dan yang pergi mengukit rancangan masing-masing. Ada antara SMS yang saya terima yang tidak menyenangkan. Saya percaya sebahagian besar jemaah mengerjakan ibadat mereka dengan penuh ikhlas dan khusyuk. Namun, maklumlah, apabila berada dengan bejuta orang lain, sudah tentu ada keadaan yang tidak menyenangkan. Pihak Tabung Haji sudah tentu akan membantu jemaah kita sebaik mungkin. Dalam hal ini mungin ada juga insiden yang terlepas pandang atau yang diluar dugaan. Kalau didedahkan semua rungutan jemaah, sudah tentu kesannya agak negatif. Tabung Haji banyak pengalamam dalam mengendalikan jemaah dan sudah tentu ia sedia menerima sebarang maklumbalas dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Satu cadangan _ tengok-tengokkan Karim Sulaiman yang berada di sana. Dalam berjuta yang mengerjakan ibadat haji, Karim seorang sahaja yang mengidap penyakit yang belum lagi ada penawarnya. Belum ada doktor atau saintis yang berjaya mencari ubat penyakit ini. Good PR for Tabung Haji to take a look at Karim, and other physically challenged pilgrims.

5 comments:

zeqzeq said...

semoga mendapat Haji yang Mabrur serta kesihatan yang baik.

Anonymous said...

Jangan menaruh terlalu besar harapan kepada Tabung Haji. Tabung Haji sebuah entiti yang mempunyai monopoli dalam segala urusan menunaikan haji. Sebuah monopoli cenderung ke arah hidup di dalam zon selesa. Bakal jemaah yang menghadapi kekurangan fisikal sepatutnya diberikan pembantu untuk menolong mereka mengerjakan haji, tanpa kos tambahan. Mungkin kita patut melantik sebuah lagi syarikat untuk menjalankan keseluruhan fungsi urusan kerja-kerja haji, dan memecahkan monopoli Tabung Haji. Tambahan lagi, Tabung Haji sudah pun mempelbagaikan aktivitinya, dan tidak tertumpu kepada urusan perjalanan haji sahaja.Para petugas Tabung Haji wajib menjadikan pemergian mereka ke tanah suci semata mata untuk tujuan menguruskan jemaah haji, dan bukan untuk sambil menyelam sambil minum air. Kalau mereka ingin menunaikan haji, Tabung Haji boleh mebenarkan mereka pergi untuk tujuan ini di musim haji yang akan datang.

sri hartamas

Anonymous said...

Kalau pegi haji tapi asyik sebok nak ber'sms', haji apa yg dapat?

Mohd. Ramesh

Umar said...

ha,ha some 20 odd people couldn't go for Haj. Tabung Haji took their money, asked them for their passports, told them to get ready. Their families came to drop them off in Kelana Jaya. Until the last flight, they were told to wait and sabar.
Now they are crying. Tabung Haji stay away. No official statement. Perhaps if they could pay $30,000 or more , they would be confirmed of going instantly. Ordinary folks in normal packages have to wait for years in waiting -list. Have you ever seen Tabung Haji's annual reports ?

NOORAINI BINTI KHAIRONI said...

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, perlu diingat para jemaah haji adalah tetamu Allah. Susah dan senang adalah Rahmat Allah. Ujian dan masalah di sana adalah kifarah-Nya. Tawaduklah. Munajatlah. Ikhlas dan bersih hati demi ibadah Lillahita-Allah adalah azimatnya. Insya-Allah segala urusan ketika mengerjakan umrah/haji akan dilapangkan dan dipermudahkan. Setiap hambaNya memiliki ruang di rumah Allah itu. Dalam kehimpitan lautan ummah, tetap ada kelapangan ruang untuk individu hamba-Nya sujud. Masya-Allah...