Monday, October 5, 2009
Mahmud dari Bernama meninggal dunia
Al-Fatehah. Mahmud Manap, aka Muhammad Manap, kawan-sahabat yang pernah duduk serumah pada zaman bujang kami, kembali ke rahmatullah di Hospital Putrajaya semalam, 4hb Oktober. Allahyarham, pesara Bernama, dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu kerana jangkitan kuman di paru-paru. Saya sempat menziarahnya di ICU, hospital Putrajaya petang semalam. Beliau dibantu bernafas melalui topeng oksigen. Banyak kenangan manis yang dikongsi bersama pada zaman muda belia kami. Arwah pencen beberapa tahun lalu dan pernah berkhidmat di Kota Kinabalu. Moga-moga rohnya ditempatkan bersama para aulia dan syuhada. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Al-Fatihah...
Salam Datuk,
Ya datuk banyak kenangan kita bersama semasa Di Lornie Rd.
Sambal cili padi yg ditumbok dgn ikan bilis kemudian digoreng masih jadi kenangan saya sehingga kini.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dgn orang2 yg beriman.
Wassalam.
Salam Datuk,
Al-Fatihah, Muhammad Manap aka Mahmud. A colleague, a friend and a brother.
Pahit untuk menerima kepulangan beliau ke Rahmatullah. Tetapi ada manisnya apabila menziarah jenazah beliau di Masjid UPM dan tanah pengkebumian apabila dapat bertemu semula dengan kawan2 lama semasa di Wisma Belia dan MCOBA yang telah terpisah setelah Bernama berpindah ke Jln Tun Razak.
Di antara mereka, Chai, adik kpd almarhum dan Khalid, adik kpd Datuk sendiri.
Salam.
Arif
Post a Comment