Wednesday, October 14, 2009

S Class dan cantas - pe'el orang Umno

BEBERAPA pesanan yang dibuat oleh DS Najib Razak di majlis taklimat presiden di perhimpunan agung umno di PWTC semalam seharusnya menyentak ahli-ahli parti itu dari sebarang lamuman. Tinggalkan S Class dan kereta-kereta mewah bila masuk kampong, kata presiden parti itu. Buat adjustment atau penyesuaian dalam gerak kerja dan tingkah laku, katanya sebagai nasihat kepada perwakilan yang hadir. Seorang perwakilan memberitahu saya DS Najib benar-benar bersemangat dalam penyampaiannya. Tak perlu teks ucapan. Katanya lagi, dah banyak tahun dia tak dengar ucapan macam semalam. "Kami semua ketawa berdekah-dekah. Tetapi, kami juga tahu bahawa jenaka yang disampaikan oleh DS Najib mempunyai sindirian yang halus dan tajam." Najib juga mengajak perwakilan dan ahli Umno untuk membuang fikiran2 lapuk dan memasukikan lebih unsur ilmuan dalam pentadbiran parti. Seorang perwakilan memberitahu saya: " DS Najib cakap fasal tukang kebun jadi ketua cawangan. Dia bukan pandang rendah pada tukang kebun. Mungkin tukang kebun itu banyak jasa dan berkhidmat dengan baik dan ikhlas. Tetapi tak salah kalau Umno juga membawa masuk lebih ramai mereka yang cerdik pandai, yang berkaliber." Budaya cantas mencantas dan 'blocking' adalah antara pe'el orang Umno yang perlu dikikis, kata DS Najib.

8 comments:

Anonymous said...

saya perhatikan dsn memang praktik mesra rakyat, semasa dia tpm dulu boleh dikatakan tiap tiap minggu dia turun ke ktn brjumpa dgn rakyat saya pun rasa cemburu seolah dsn ni tpm utk pahang tapi saya rasa kalau semua pemimpin umno melakukan perkara serupa tentulah mudah utk menang pilihan raya spt juga ts isa-mesra rakyat
1rahim

mananbuyong said...

Assalamu'alaikum Bro...

Saya hanya dapat memberi sedikit pengamatan kerana saya berasaskan sekilas dua pandangan di TV.

Semalam di-tunjukkan seorng perwakilan Pemuda dari Langkawi mempersoalkan lantikan senator dari kalangan artis (dan golongan yang sama dengan nya). Adalah lebih baik, pada pendapatnya, jawatan sebegitu di-beri kepada anggota Pemuda (UMNO?) kerana mereka layak...Lebih layak!

Tadi saya dengar seorng wakil dari Pergerakkan Puteri merayu serayu rayunya supaya Dato' Seri (Presiden?) ".. bagi lah peruntukkan kepada Ketua Bahagian... bagilah... supaya aktibiti di-peringkat Bahagian bolih di-jalankan."

Saya tidak dapat tahu dalam konteks mana/apa mereka berkata begitu kerana, maklumlah, hanya imbasan.

Dan saya tidak faham kenapa dari sebegitu banyak ucapan mereka maka perkara2 itu yang di 'highlight' kan olih media massa yang saya imbas itu..

Tapi nyatalah - sekurang kurangnya pada diri saya - kedua dua perkara di-atas tidak meyakinkan terhadap kewibawa'an orang orang muda dalam UMno kita ini.

Mereka seolah olah tidak faham akan persepsi bahwa UMNO ini 'exclusive'..pada pandangan umum.

"Memintak untok ke deme saje.." Kata orang Perak.

zeqzeq said...

mudahan amanat DS.. didengar..matlamat akan tercapai..

The Third Eye said...

Dear Datuk,
Kadang kala kita tidak boleh salahkan generasi sekarang kerana mereka semua merupakan kelas atasan yang telah diwujudkan sendiri oleh UMNO melalui perjuangan nya mengisi kemedekaan negara yang juga telah diperjuangkan oleh datuk nenek moyang mereka. Umpama kata Tun Ghafar kepada saya disatu ketika dulu, Bapa saya (Ghafar) orang miskin, anak saya Bapa nya kaya.

Jika dahulu mereka berbasikal, berkereta lembu (itu pun kereta lembu roda kayu dan kemudian roda besi dan kemudian nya roda bersalut getah) tak kan lah sekarang ini nak disuruh generasi UMNO berkereta lembu juga. Itu bukan maksud DSN. Tetapi apa yang perlu diutamakan ialah pendekatan dan perkhidmatan pemimpin kepada masyarakat. Bagi mereka yang tiada tempat dimata masyarakat tidak mengapa, tetapi bagi mereka yang telah diamanahkan oleh masyarakat untuk memikul satu satu tugas dan dengan menggunakan jawatan itu telah mengautkan keuntungan untuk diri sendiri dan bukan nya untuk masyarakat, maka sikap dan tabiat itulah yang telah menyebabkan masyarakat menolak dan tidak mempercayai parti yang mereka wakili. Kalau rakyat untung 90% dan mereka menerima upah 10%, mungkin boleh diterima. Tetapi apabila mereka bolot 90% dan rakyat hanya menikmati 10%, itu lah masaalah nya.Walau pun bukan semua yang berperangai begitu, tetapi sudah cukup untuk setitik nila mewarnakan susu sebelanga.

sharat said...

what he is saying is all good

BUT

dont just say and hope for people to change overnight...

as what i suggested in syed akbar's blog for PM

he need to set up a 'team' of real people who dont give a damn bout 'career' in malaysian politics nor to aim himself of buying a merc or a cayyan...

this team (not bloggers) should be form so that he will get input not just for the boring political issues where the kedai kopi or the mamak also can advice him but the wholesomeness of running the country...

this inputs from the 'team' will be firm and direct and will come up with sveral execution/implementation plan...

A KADIR JASIN said...

Sdr Pahit Manis,

1. Tugas pemimpin memimpin;

2. Pemimpin yang unggul, melahirkan pengikut yang unggul juga;

3. Tetapi pemimpin yang mutakhir melahirkan pengikut yang lebih unggul daripadanya;

4. Umpama guru yang hebat melahirkan murid yang lebih hebat daripadanya;

5. Tetapi pemimpin haprak tidak mahu anak muridnya lebih baik daripadanya. Yang baik akan dicantas;

6. Ibarat haruan yang menjaga anaknya ketika kecil tetapi memakannya apabila anak itu membesar;

7. Inilah permulaan kepada pengakhiran sesebuah organisasi.

8. Jaga kesihatan dan jaga makan saudara. Selamat beristirahat di hospital. Get well soon.

Terima kasih.

EditorSemasa.Net said...

Najib nampak meyakinkan. Tapi saya kurang yakin malah, tidak yakin langsung sebenarnya.

azmah said...

salam dato,

sebab itu generasi muda byk di parti pembangkang...tambahan pula yg ketuanya pandai manipulasi...so tidak hairan mereka semakin ramai di parti pembangkang..ruang dan peluang terbuka luas..