Tuesday, October 13, 2009

Jalan pemulihan mula di Bagan Pinang

BN menang besar di Bagan Pinang. Ini berita yang semua orang dah maklum. Sekarang timbul banyak soalan. Apa faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini? Faktor calon? Kekuatan jentera parti? Kelemahan parti lawan? Atau kesemuanya? Orang politik membuat kesimpulan bahawa jentera parti yang licin menjadi penentu besar dala kemenangan itu. Tidak kurang penting ialah personaliti calon itu sendiri. Umum mengetahui bahawa Tan Sri Isa Samad ialah calon yang popular dan mesra rakyat. Jangan lupa bahawa beliau juga adalah tempatan. Sebagai Menteri Besar Negri Sembilan Isa banyak berbakti. Pengundi, seperti yang kta lihat dalam keputusan tempoh hari, masih ingat kepada jasa2 beliau. Parti pembangkang meletakan seorang calon yang mungkin tidak setanding dengan Isa, menyebabkan beliau hanya meraih kira-kira suku undi sahaja. Umno tidak boleh begitu ghairah atas kemenangan ini. Memang ia penting, tetapi perjalanan masih jauh dan banyak lagi ranjau yang perlu diatasi. Suruhanjaya Pilihanraya pula perlu mesti lebih tegas menangani karenah parti politik sambil meningkatkan kerjasama dengan pihak Polis bagi menjamin proses demokrasi negara tidak tergugat dengan tindak tanduk liar mereka yang berkempen.

2 comments:

hellioz said...

Apa faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini?

senang je nak jawab
bagi prk, 90% akan disandang semula oleh parti lepas yang menang.
realitinya?

take a glimpse of the previous prk.
mostly take side on the previous winning party.

senang kan?
the only moving fact is whether undi tu banyak atau sikit.

xpayah nak bangga lebih.
its all fated that way.

Anti Hipokrit said...

Oh yekah hellioz?

Apa beza kubu2 kuat Manek Urai-PAS, Bagan Pinang-BN? Kenapa kubu kuat PAS hampir hancur?

Terimalah realiti yang PAS akan dipinggirkan oleh pengundi Melayu jikalau terus menggadaikan prinsip2nya selama ini.