Friday, September 11, 2009

Kita nak tolong, kita pulak nak diganyang!

SEORANG rakan bertanya kepada saya - mengapa kita mahu terus bantu Indonesia sedangkan mereka tidak bersyukur dengan bantuan yang kita hulur? Mengapa kita mahu mencurah air di daun keladi? Dalam suasana hari ini di mana sebahagian rakyat Indonesia mahu "berperang" dengan kita, mengapa kita harus peduli dengan apa yang berlaku di sana? Sebenarnya, seperti yang saya tahu dan dimaklumkan, bukan semua rakyat Indonesia benci kepada kita. Cuma sebahagian kecil saja. Di Malaysia juga begitu. Bukan semua orang benci atau mendera pembantu rumah mereka. Kita dengar macam-macam cerita ngeri berkenaan pembantu rumah Indonesia di Malaysia. Ada yang Islam dan bekerja di rumah orang bukan Islam dan dipaksa melakukan perkara-perkara ditegah agama kita. Kita sendiri pun tidak tergamak berbuat demikian. Dalam hal membantu mangsa malapetaka alam di Indonesia, ini dibuat sebagai menyambut seruan fitrah kita membantu orang susah. Walaupun ada segelintir rakyat Indonesia yang benci kepada kita, ini tidak seharusnya melemahkan semangat kita untuk terus membantu. Ini adalah ujian kepada keikhlasan kita. Kita tak perlu bertindak seperti mereka bertindak. Lambat laun, mereka akan tahu bahawa bantuan kita berniat baik tanpa sebarang motif lain.

8 comments:

feeza said...

Yang melalak dijalanan tu cuma makhluk upahan, ada agenda yang cuba merosakkan hubungan antara Msia dan Indonesia. Ada pembiayaan tu. Apa pun kita minta rakyat kita tangguhkan perjalanan ke Indon, industri pelancongan akan terjejas.Mat Saleh pergi enjoy bukannya shopping giler mcm orang Msia, mereka tak pakai telekong bersulam dan kebaya bersulam. Org kita je yang pakai. Bila industri terjejas, ganyang sesama mereka la pulak.
Waktu mereka susah baik dek kerana kegawatan mahupun bencana alam , kitalah yang sampai dulu. (Walaupun sukarelawan kita ni lambat tiba sewaktu banjir melanda Johor dulu). Bak kata perpatah Melayu Susu diberi, dibalas tuba.
Nasib baik rakyat Msia ni berpelajaran dan berinfomasi, maka mereka cool je. Tapi hati mak bapak yang ada anak belajar di sana , pasti gundah . Rakyat Indon yang tinggal di Msia pun takut juga, rakyat Msia pun ada batas kesabarannya.

Anonymous said...

Amat bersetuju dengan saranan Datuk. Kenapa harus merosakkan amal jariah kita kerana segelintir rakyat Indonesia yang membenci kita. Melakukan amal jariah merupakan tuntutan agama. Berdemonstrasi di jalanan oleh kumpulan buluh runcing di Jakarta adalah mainan politik orang yang dah bankrup politik di Indonesia. Bagaimanapun kerajaan di dua negara tetangga harus duduk semeja dan berbincang untuk mengatasi beberapa masalah yang perlu diberi perhatian segera. Negara-negara lain bertepuk tangan apabila kedua2 negara 'adik-beradik' ini berantakan seperti anak2 kecil......

Rakyat Marhaen

mangkok ayun said...

Sebenarnya apa yang terjadi tidaklah sehebat mana kecuali media perdana yang mengembar-gembur supaya isu berkenaan agar kelihatan nampak sensasi dan ada sikap 'kebencian' rakyat Malaysia terhadap rakyat Indon di sana.

Apa yang terjadi menunjukkan kebebasan bersuara oleh rakyat Indon tanpa sekatan berikutan segelintir rintetan-rintetan 'peristiwa-peristiwa' pahit yang berlaku oleh warganegaranya di Malaysia. Kita tidak perlu terlalu prajudis terhadap sungutan mereka. Mereka hanya sekadar bersuara agar pihak peperintah kedua-dua negara jangan 'tidur' dibuai mimpi hidup bahagia dalam 'rumpunan kemelayuan' yang fasik! Isu tarian itu hanya sekelumit. Masih banyak isu-isu lain yang tidak sekata dan senada terutama isu-isu persempadanan yang lebih bercorak nasional.

Ingat! Masih ramai lagi saudara mara kita di sana dan begitu juga sebaliknya. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Salam!

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Kita mesti dahulukan orang kita dalam soal amal jariah ini. Di Malaysia pun cukup ramai fakir miskin yang perlu pembelaan.

Kita mungkin terperanjat dengan cerita begini, tapi ada di kalangan penduduk Malaysia yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana tidak mampu membayar tambang sebanyak 30 sen sehari.

Ada juga kes di mana adik-beradik seramai tiga orang dari satu keluarga daif terpaksa bergilir-gilir ke sekolah kerana ibu-bapa mereka hanya mampu membeli sepasang pakaian seragam.

Dalam kita beramal jariah, kita perlu utamakan orang kita.

Unknown said...

assalamualaikum datuk

iDAN said...

YBhg Datuk,

Terkadang saya terfikir kenapa mesti dunia ini ada sempadan. Lantaran sempadan ini membuatkan kita terkadang lupa diri, lupa asal kejadian kita.

Kita megah dengan bangsa kita, kita pandang hina dengan bangsa lain. Di sebaliknya jika kita kembali kepada sejarah, manusia ini sebenarnya semuanya sama sahaja. Semuanya adalah keturunan Nabi Adam AS & Hawa. Hamba Allah SWT yang hina belaka.

Nafsu Nafsi kita yang membuat hati kita hitam.

Apa yang diprovokasikan oleh segelintir warga Indon tersebut sebenarnya hanya perkara remeh & tak boleh atau selayaknya sampai sesama kita berperang.

Kita sebenarnya serumpun; kalau kita mengkaji salasilah kita pun ramai kalangan atuk atau moyang kita orang seberang. Pun ada juga orang Tanah Melayu ini asalnya dari darah Arab, Bugis pelbagai.

Kenapa mesti mahu bermusuhan!.

Rasanya jika batas sempadan ini telah tiada & agama kita insan seantero dunia juga menjadi satu. Seperti tertulis di dalam kitab sedemikianlah Islam itu adalah pilihan Utama; setelah Nabi Isa al-Masih turun dari langit. Barulah rasa pergolakkan ini akan tiada. Barulah aman dunia ini.

Sementara menunggu saat itu kita seharusnya menyabar-nyabarkan diri.

Anonymous said...

Datuk,

What is happening? The last time you were on TV3 meeting up with the Indonesia media whereby it was "agreed" not to sensationalise the issue "Ganyang Malaysia" as propogated by some Indonesians.

However, in the news last night, the said group has issued the warning that they shall be launching their attack tomorrow if I am not mistaken. True, we should not panic but remember how many millions of Indonesian nationals are now working and earning a living in Malaysia! Lest we should underestimate what this number could do! Far from being paranoid it sets us thinking.

Well, the military, police and immigration are stepping up by being vigilant at the entry points...but then again they could be the "Trojan Horse."

When the Padang earthquake happens...yes on humanatarian grounds we should help as we had done so during the tsunami. In fact I believe Malaysia and Malaysians had contributed a lot in the re development of Aceh. A friend mention...why do we have to bother raising funds to help those in Padang when their fellow Indonesians are after our throats?

If only the Malaysians are not too choosy about the jobs then we shall be less dependent...alas the younger generation in general are not to keen to work in homes or at construction sites, prefering to work in the comfort of factories. If we were to do simple arithmetics actually those working in the homes at the end of the day gets more as they are not subjected to finding accomodation, transportation, food, electricity so on and so forth. But, alas they are lured by the prospect of being "free" to do what they want with no restrictions as compared to those working as domestic help.

So Datuk....it looks like we are now saddled in dealing with a group of angry Indonesians...who are adamant to "Ganyang Malaysia." Guess...we just wait and see! God forbid any untoward incident.

R Andrian KB

Anonymous said...

Surat terbuka Kapada Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Menjalin hubungan sehingga hari ini Indonesia naik pijak kepala Malaysia sudah keterluan.
Indonesia tidak sangat ambil berat kesan negatif terhadap maruah dan martabat bangsa Melayu kita.
Kesan ekonomi,martabat, dan kepakaran.
Taada Untung sikit pun kita antar pelajar kita.
Kita balik mesti bayar balik pinjaman PTPTN,dan wang itu sudah lepas di Negara Indon..
Aliran tunai ke Indonesia atas urusan pelajaran tak sangat banyak.

Malaysia sebaliknya harus kaji dan bertindak atas kajian kajian atas kebanjiran warga Indonesia sama yang ade MYKAD MERAH,Pas KERJA sah,kerja tanpa pas ,melangar syarat lawatan saperti kerja segala macam maasalah sosial dan mengaku pelancung (malam malam pergi dangdut di Pudu dan Chowkit).
Yang daftar dengan kedutaan Indon telah mencecah nya 1,800,000 orang.
UMUM tahu melalui media masa, artikel dan berita rencana, masih tiada pemutus dasar bersabit dengan hubungan kita sampai kan di hina segala nya .
Mereka pulak dapat hantaran wang ke luar negara RM15,000,000,000 setahun.
Kesan negatif "social cost" emamng ta imbang dengan pungutan levi.
Tambah merek beranak pinak macam tiada ke habisan.
Pusat kesihatan kerajana dan klinik bidan di banajiri ngan ibu yang menganadung ,dan beranak tak berhenti(24 bulan tahun dapt dua anak).
Itu semua dan lain lain orang melayu tak ambil berat sangat kerana orang melayu murah hati kapada tiap pendatang(tanya Ng Yen Yen) dan Immigresen)
Tetapi Kita harus kaji perkara besar saperti ini kerana melibat kan MARUAH Negara.
Perkara tak berapa besar macam ini kena amabil kira dalam "Balance of Payments" negara dan "BOT antara Msia dan Indonesia.
Kita mesti ambil sikap berani dan to sah lah nak tak imbang.
Tapi tiada siape pemimpin atau menteri ambil pendirian tegas berkenaan kebanjiran warga asing jumlah 3,100,000 orang.
kalu nak guna semua tenaga pekerja kerajaan Malaysia seramai 1,300,000orang pun tak cukup nak awasi 3,100,000 orang.
Kerajaan Malaysia bertindak sekarang,jangan nasi di jadikan kanji.
Banjir katakan.
changkat lobak.
arjuna waspada.