Monday, September 7, 2009

BN/Umno jangan salah pilih calon lagi

PILIHANRAYA kecil Bagan Pinang yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri boleh disifatkan satu-satunya pilihanraya kecil yang amat penting bagi BN/Umno. Ia boleh disifatkan sebagai satu kerusi yang "wajib menang" dalam senario politik tanahair hari ini. Selepas kalah dalam 8 pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum Mac tahun lepas, BN/Umno tidak boleh tidak "mesti menang" di Bagan Pinang, salah satu dari lima kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Telok Kemang. Allahyarham Azman Mohd Nor menang kerusi itu dengan majority 2,333 Mac lalu. Mampukah calon BN/Umno mempertahankan kerusi itu kali ini? Disebaliknya, mampukan Pakatan Rakyat merampas kerusi itu dan meneruskan usaha menewaskan BN seperti mana yang kita lihat dalam 8 pilihanraya kecil negeri di seluruh tanahair.

Khamis ini, BN/Umno bahagian Teok Kemang akan bermesyuarat untuk mencari calon yang berpotensi. Ia perlu mencari iktibar dari kekalahan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana faktor calon menjadi isu utama dalam pemilihan itu. Jika BN/Umno tersalah pilih (lagi), parti itu perlu betul-betul merombak sistem pemilihan dalamannya.

Bak kata pepatah Inggeris, Umno "should not shoot itself in the foot" (Umno jangan semudah itu menembak dirinya dan sekaligus merosakkan peluang yang ada. BN/Umno hampir menang di pilihanraya kecil Manek Urai (Kelantan) bulan lepas tetapi ia tidak boleh berbangga dengan keupayaan mengurangkan majoriti pihak lawan. Jika BN/Umno tersalah pilih calon lagi, ia pasti akan tersisih.

5 comments:

umar said...

Salam Dato'
The computer techonology gets obsoleted by its own invention and evolution.
Technology today becomes obsolete the next day.
Remember 286, 386, 486 then pentium 1, pentium 2,3 etc. In politics UMNO has failed to reinvent itself. Reinvent is not the same as rebranding.Rebranding doesn't mean survival. Reinvent to survive and remain relevant.
Please Dato , reinvent UMNO since you have the capacity, position and power. Otherwise UMNO would be shooting itself on the foot or shooting aimlessly. UMNO never talk about by-elections.Now elections are a nightmare for UMNO.

Quantum Metal Consultant said...

Betul ke tersalah pilih calon menyebabkan UMNO terus kalah di pilihanraya kecil Permatang Pasir atau ia sekadar penyedap mulut..UMNO sudah hilang tari tapi menyalahkan tanah tinggi rendah.

Di Bagan Pinang semuanya akan terjawab, bolehkah jadi anak jantan tanpa 'politik wang' dan 'isu pembangunan' sudah tidak boleh dimainkan lagi kerana itu memang kawasan UMNO..

Pi mai pi mai UMNO tetap tersepit lagi..

Apanama said...

Everything seems to be moving very slowly, as though we have all the time in the world. Next GE tak lama but there is no sense of urgency. I really wonder why?

Non-partisan said...

Wak Ketua Penerangan UMNO telah menghuraikan 4 faktor kenapa UMNO tewas di Per.Pasir antaranya, pihak pembangkang sengaja memburukkan kepribadian calon UMNO.

Secara tidak langsung ia menggambarkan Wak masih lagi mengidap 'denial syndrome' bahawa pemilihan calon yang salah bukan sebenarnya penyumbang utama kepada kekalahan UMNO tersebut. Ia hanya permainan pembangkang.

Mungkin Wak hendak menutup rasa malunya atau sengaja mencari alasan berhubunbg teori pendulumnya yang tidak menjadi kenyataan.

Apa pun sekiranya dia dan lain-lain pemimpin UMNO masih lagi dibelenggu dengan sindrom tersebut saya tidak terperanjat UMNO akan sekali lagi menghadapi nasib yang sama seperti di lain-lain PRK yg lalu.

Col Roseli said...

Dengar khabarnya TS Isa Samad akan dibawa masuk semula. Nampaknya UMNO kali ini benar-benar teliti tentang pemilihan calun mereka. Betul juga tu, kalau dah tak ada calun yang baru apa salahnya UMNO guna barang 'recycle', janji 'mesra alam'.

Rgds.

* Dah beli songkok nampak!!!