Wednesday, September 9, 2009

Betul ke Isa Samad calon di Bagan Pinang?

BEKAS MB Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, adalah nama awal yang disebut sebagai bakal calon BN/Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan depan. Walaupun SPR belum lagi menetapkan tarikh pencalonan dan pilihanraya, rata-rata di Negri Sembilan topik siapa yang akan jadi calon menjadi bahan bualan yang hangat. Isa memang nama yang tidak asing dalam politik tanahair, dan mempunyai rekod memegang jawatan MB yang lama di negeri itu. Kerjaya politiknya tersentak buat seketika apabila Majlis Kerja Tertinngi Umno membuat keputusan menggantung kedudukannya sebagai naib presiden setelah didapati bersalah dalam kes salah laku politik wang dalam pemilihan parti beberapa tahun lalu. Secara automatis, kedudukan beliau sebagai MB juga terlucut. Namun, Isa ialah antara pembesar Umno yang mempunyai ciri kepimpinannya tersendiri. Soalannya sekarang - apakah Isa orang yang paling layak menjadi calon menggantikan Allahyarham Azman Mohammad Noor di dewan Undangan negeri Bagan Pinang? Perhubungan Umno NS yang dipimpin oleh MB Datuk Seri Mohammad Hasan sudah pasti akan meneliti nama-nama bakal calon dengan amat cermat. Umno tidak mahu pisang berbuah dua kali, selepas pengalaman pemilihan calon di Permatang Pasir bulan lalu.

17 comments:

Anonymous said...

rasanya, ikut cakap2 orang, pun ada kata anak lelaki Tan Sri Isa, Najib yang akan bertanding.... wallahualam

Ijan.

Quantum Metal Consultant said...

I.S.A atau Isa Samad adalah calon yang paling sesuai jika di ambil banyak perkara positif yang ada padanya.

Sejarah menunjukkan MB sekarang pernah jadi 'batu loncatan' untuk KJ dan Paklah menyingkirkan Isa dari jawatan Naib Presiden sudah tentu tidak akan mencalonkannya.

Segelintir kepimpinan atasan UMNO itu sendiri tentu merasa sedikit 'resah' jika Isa Samad masih terus diberi perhatian dan relevan kerana dia mampu mengganggu percaturan Majlis Tertinggi.

Najib pada sebelum ini pernah dikatakan ada perancangan untuk mengampunkan Isa lebih awal dari cengkaman tindakan tatertib UMNO di zaman Paklah tetapi tidak menjadi kenyataan dan mungkin Isa Samad sudah tidak lagi relevan baginya.

Isa Samad akan hanya jadi korban di dalam UMNO itu sendiri jika dia dicalonkan.

UMNO sedang sakit dan pembangkang bukanlah musuh utamanya. Mana mungkin UMNO yang sakit mampu mempunyai calon yang sihat ?

. said...

Tanpa mengurangkan rasa hormat kepada Ybhg Tan Sri Isa Samad, biar saya katakan bahawa beliau telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara dan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar dan Menteri. Sekarang ialah masa untuk generasi baru mengikuti jejaknya dan memberikan sumbangan. Atas semangat itulah maka saya berpendapat eloklah Barisan Nasional meletakkan calon baru di Bagan Pinang. Selain itu saya berpendapat adalah tidak manis untuk bekas Menteri Besar kembali bertanding sebagai ADUN dalam satu pilihanraya kecil.

Anonymous said...

Isa adalah seorang pemimpin yang berkaliber tetapi zamannya sudah berlalu. Kita hargai segala sumbangannya. Carilah calon yang relevan untuk masa kini dan masa hadapan. Saya yakin TSM akan belajar dari kesilapan pemilihan calon di Permtang Pasir. Ini bukan masanya untuk bersikap nostalgia.

K said...

puh kanan, puh kiri, puh depan muke kau...
harap2 UMNgOk letak Isa Si Rasuah ni. Amin.
Tapi apa2 hal pun mmg jelas UMNgOk akan kalah!!!!

TPJ said...

Salam Dato',

Persoalannya, BN perlu letak seorang yang "winnable". Ini tak silap saya adalah criteria BN semenjak kebelakangan ini. Sebab itulah orang2 yg berjawatan seperti Setiausaha UMNO bahagian di pilih menjadi calon sedangkan mereka tidak dipilih dalam parti yg kalau bertanding dalam umnopun mungkin kalah, tetapi hanya di lantik oleh ketua bahagian. Winnable ini Dato', tak semestinya ada track record yg baik, asalkan tak pernah masuk jail. Yang penting, adakah dia "powerful" enough di situ to bring in the numbers. Pembangkang berlambak dengan calon yg ada rekod tapi boleh menang juga! Bererti,we are not marketing our good product as good as they are marketing their foul ones!

Dato' tepuk dada tanya selera. Antara Isa Samad, dengan calon wanita, siapa yg Dato' fikir dengan jujur boleh menangkan BN?

Kalau di permatang pasir UMNO tersilap kerana memilih seorang yg ada rekod, di BP pula, UMNO/BN mungkin akan tersilap jika tidak memilih orang yg "ada" rekod. Ini bukan poetic justice, ini poetic irony Dato'.

Not many times do we have a sure thing coming our way Dato'. Now that it's staring us in the face, can we risk not taking it, considering our backs are already against the wall?

Terima kasih Dato'.

Non-partisan said...

Sebagai anak NS saya menyanjung tinggi sumbangan besar yang telah diberikan TSIS kpd NS dan negara. Kalau tidak masakan beliau boleh bertahan begitu lama sebagai MB.

Malangnya beliau telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kuasa baru dalam UMNO.

Kalau Ali Rastam boleh terus berkuasa di Melaka, di manakah TSIS sekarang. Jawatannya sebagai Menteri WP terpaksa dilepaskan sebaik sahaja didapati bersalah dengan apa yang dikatakan rasuah politik.

Walaupun beliau menyedari hakikat ini, sebagai pejuang UMNO tulin mewarisi darah bapanya, beliau tidak pernah melahirkan sentimen anti-UMNO atau anti sesiapa pun.

Sudah seharusnya UMNO menghargai jasa dan perjuangan beliau dengan menamakan beliau sebagai calon dlm PRK tersebut. Insya-Allah beliau akan membawa kemenangan kpd UMNO kali ini.

Apanama said...

Why not Isa Samad, if he still commands grassroot support?

Anonymous said...

Tan Sri Isa nama besar UMNO bahagian Teluk Kemang..Berjuang dalam UMNO dah Lama dah..Jasa Kat org Tempatan byk..tak payah nak citer, kadang pembangkang pun dia tolong..cuma ada org yang tak sedar diri yang inginkan perubahan. Perubahan itu baik tapi kalau perubahan itu membinasakan lebih baik tak perlu ubah..
Isu rasuah dia tak perlu diperbincangkan..cuma modal untuk pembangkang boleh le..Rasuah politik agak subjektif..ajak makan pun dianggap rasuah..yang rosak org Melayu akibat takut tak bertempat..beri duit bantu org melayu..kata rasuah..Sedangkan org ansar pun beri duit, harta mereka kepada kaum Muhajirin ketika hijrah Rasul ke Madinah. Semangat ni dah habis terutama kepada org Melayu Islam. Takut tak bertempat..Sifat Uhkuwah kita dah tak da kerana terlalu byk politik dalam hidup orang Melayu..

big cat said...

Dear Datuk, unfortunately, umno is still full of bodoh sombong people who simply refuse to accept that they are no longer wanted. masih tak sedar sedar diri lagi. perangai bongkak yang orang menyampah tu juga lah yang diamalkan. just look at what happened at the last bye-election in Penang and the ugly behaviour of all those umno clowns in terengganu. Its been one and a half year since the disasterous general election last year. Except for getting rid of Pak lah, all those other talks about reforming the party has remain just talks. I have seen the draft of the party's constitution amendmends and i dont see much which are encouraging. As much as i want to put my trust in Datuk Najib, the things that happened in the party so far has not yet given me the much needed hope. Even the administration is still full of the same people who wrecked Pak lah's tenure as PM. In fact Datuk, the same thing is also happening at institutions such as NST which u yrself is helming. Yes, u appointed some of yr trusted ppl to key posts there, but are u sure they have done enough till now to clean up the place? Do pardon me, but I m saying this with time running out in mind. Nonetheless, deep in my heart, I do hope that all these are actually part of a strategy to save this beloved country which i am yet to fully comprehend - thus my fear. Thanks datuk for giving me the space, and apologies if i got it all wrong.

zabidin4 said...

Sumbangan TanSri Isa tidak dapat dinafikan. Masa Tan Sri Isa sudah berlalu; UMNO tidak sepatutnya memilih calon yang sudah cedera. Buatlah perubahan. Kalau sudah cedera tu pastilah ada parut; jangan smpai parut lebih besar daripada kecederaan. UMNO Bahaian jangan syok sendiri, diluar sana ada banyak lagi pengundi yang bukan ahliUMNO.

zabidin4 said...

Kita hargai sumbangan Tan Sri Mohd Isa Samad. Masa beliau telah berlalu. Buatlah perubahan carilah calon yang sesuai dengan keadaan semasa. Kalau calon sudah cedera sudah pasti ada parutnya. parut itu akan dijaja oleh pembangkang. Lazimnya bagi pembangkang parut yang diceritakan itu lebih besar daripada lukanya. UMNO Bahagian jangan syuk sendiri, di luar sana ada banyak lagi pengundi yang akan menilai dan membuat pemilihan.

mangkok ayun said...

Saya rasa elok jugak di calonkan wanita. Kalau tak 100% bersih, sekurang-kurangnya susah dibuat modal PAS. Isa Samad akan jadi liabiti kepada UMNO sekiranya dia bertanding! Banyak modal PR pulak!

Kali ini saya percaya UMNO boleh menang. Kalau tak potong jari, potong kuku pasti! Ada hampir 5000 pengundi pos yang tak boleh keluar. Rasanya letak sapa pun boleh menang. Kalau Isa Samad (tak jatuh maruahkah dalam dewan? Kalau menang). Cuma MEJORITI tetap UMNO kurang.

Unknown said...

Jgn jadik macam Permatamg Pasir...calon dah disbar pun jadi calon..lagi Zahid Hamidi setuju & defend..BTW, bukan ke Zahid Hamidi pernah jadik anak didik DSAI...

Anonymous said...

Dato',

By UMNO giving another chance to Tan Sri Isa Samad to be a candidate at Bagan Pinang proves that UMNO either lacks credible young candidates or just oblivious to being transparent. It is truly an irony, when the President of UMNO is talking about "revolitionising" UMNO and getting the younger generation to be groomed for the future....alas it is only lip service. Well, Tam Sri Isa may or may not win this seat...but there shall be a lot of flak.

From the way things are going it looks like the people in UMNO is seriously engineering the demise of UMNO come the next general elections!! They are still arrogant, greedy and selfish!! Agreed that Tan Sri Isa had contributed to the state and country but then come a time when he can become a mentor to the younger generation as they are the laeders of the future. If UMNO is seriously trying to win the hearts of the younger generation then it really needs to "walk its talk."

I am not from Negeri Sembilan and and have no malice against Tan Sri Isa....it is just that I thought with the string of loses that BN had experienced since the last general election then it should have been a good wake up call. Alas, keep on dreaming the leaders of UMNO and may you wake up to reality when you are no longer in power!!

I am sure the opposition love the fact that Tan Sri Isa is a candidate...an extremely good target for defamation.

BRAVO UMNO....keep your defense down!!

Observer

Anonymous said...

Ada beberapa faktor yang menjadikan HANYA Tan Sri Isa layak dan sepatutnya dicalonkan di Bagan Pinang...

Ramai penyokong serta orang2 yg rapat dan mengenali beliau tidak berpuashati dengan keputusan Lembaga Dispilin UMNO terhadap TS Isa... Rata2 ahli UMNO semakin hilang kepercayaan dan respect kpd Lembaga Disiplin apabila keputusan yang dibuat tidak konsisten dari masa ke semasa. Kini, penduduk setempat khususnya UMNO BP/Teluk Kemang mahukan hak dan suara mereka didengar oleh Pusat, oleh kerana itulah pencalonan awal di peringkat Bahagian Teluk Kemang dan Perhubungan Negeri CUMA mencalonkan nama TS Isa seorang shj.

TS Isa menunjukkan sokongan yang tidak kurang hebatnya dengan Tun M, walaupun dihukum selama tempoh 3 tahun + melepaskan jawatan MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, namun beliau tidak menikam Parti, akur selama mana hukuman dikenakan ke atas beliau. Adakah tidak cukup dan Pusat hendak menghukum beliau selamanya? Sekiranya begitu keputusan parti, ramai pemimpin atasan UMNO yang disabitkan tidak patut diberi peluang memegang apa2 jawatan! Tun M sendiri pernah dilucutkan jawatan, Muhyiddin pun pernah ada isu dgn BPR. KJ? Ali Rustam?

Pusat telah membuat byk kesilapan dalam memilih calon dlm PRU-12 dan 6 PRK sebelum ini. Tagline "MENDENGAR HASRAT AKAR UMBI" hanyalah nyanyian bg menidurkan ahli2 bawahan shj. Siapa calon yang diletakkan, masyarakat setempat pun tak tahu dan tak kenal. Kini umum tahu bhw masyarakat setempat, melayu mahupun bukan melayu, tetap mahukan TS Isa menjadi calon mereka... penyokong UMNO, MCA, MIC mahupun pengundi atas pagar semua memilih beliau.

Hubungan beliau dengan penduduk Negeri Sembilan amat baik, sehingga kini ramai yang masih merasa "terhutang budi" kpd beliau atas jasa beliau kepada Negeri Sembilan semasa menjadi MB dahulu... Jadi, apa kata sekiranya Pusat membuat keputusan yang betul kali ini, dengan mendengar HASRAT AKAR UMBI. Jika dilihat sekarang, UMNO/BN terlalu takut kepada Pembangkang menggunakan isu disiplin TS Isa, sehingga tidak percaya kpd penyokong di kawasan tersebut. Jangan pula hendak menjaga ego sendiri dr Pembangkang dengan membelakangkan penyokong sendiri, takut nanti Penyokong sendiri yang merajuk dan protes, kalah UMNO di kubu kuat sendiri.

-Mazda6, Negori

Anonymous said...

UMNO dan penyokong UMNO ni kalau pembangkang liwat, rasuah masuk jel yang ditentukan oleh mahkamah sivil pun diaorang kata baik dan boleh diterima. Kalau org UMNO sendiri yang kena hukuman parti atas dasar politik bukan sivil, fuyooo... kitalah yang paling kotor. Pembangkang sepatah tak cakap apa orang UMNO lebih2 bunuh sesama sendiri. tahniahlah UMNO