Wednesday, September 2, 2009

Acheh kembali hidup lepas tsunami 2004






SALAM! Saya baru mendarat di lapangan terbang baru di Acheh, Sumatera Utara. Perbezaannya begitu ketara sekali. Lapangan terbang Sultan Iskandar Mulia yang tersergam indah ini baru saja dirasmikan oleh Presiden SBY kira-kira tiga minggu lalu. Kali pertama saya mendarat di sini ialah pada Januari 2005, kira-kira dua minggu selepas tsunami yang melanda pada 26 Dis. 2004. Saya masih ingat mendarat dengan pesawat Berjaya Air di sebelah malam membawa pakaian, ubat, makanan, peralatan sembahyang dan keperluan kesihatan atas nama Yayasan Salam. Suasana di lapangan terbang ketika itu seperti pusat kecemasan. Nama-nama mereka yang hilang dan dicari ditampal di mana sahaja ada ruang dinding yang lapang. Setiap orang yang saya temui dalam keadaan trauma. Di wajah mereka kelihatan kesedihan yang amat kuat. Dalam perjalanan ke pusat khidmat Yayasan Salam sejurus selepas pendaratan, saya melalui tanah perkuburan yang menempatkan puluhan malah ratusan mangsa tsunami. Baunya menusuk hati. Air mata meleleh sepanjang perjalanan ke pusat khidmat kami. Rakan-rakan sukarelawan - Hadi, Mike, T Azela, Oni, Jabez, Nizam, Doc Malcolm dan ramai lagi - bertugas tanpa mengira penat lelah. Dalam hati mereka, ada keperitan yang menginsafkan. Begitulah keadaannya ketika itu.

Hari ini, penumpang di lapangan terbang di sambut dengan senyum manis dan ucap Selamat Datang yang mesra. Sekumpulan anak muda membuat persembahan Ratuk Bantai, iaitu nyanyian unsur agama yang meraikan setiap pengunjung asing. Terharu juga dibuatnya apabila dibanding dengan resepsi tahun 2005. Rombongan kami menetap di salah sebuah hotel baru di Bandar Aceh bernama Oasis Atjeh. Hotel ini lengkap dengan wi-fi percuma dalam kamar! Kami melawat beberapa tempat yang pernah dilanda tsunami dan sempat bersolat asar di Masjid Baitul-Rahman, satu-satunya mercutanda Acheh yang menjadi tempat perlindungan ketika tsunami melanda. Ada suka dan duka dalam lawatan kali ini. Saya sempat merakamkan beberapa pemandangan dalam perjalanan hari ini.

Moga-moga roh mereka yang terkorban dalam malapetaka tsunami mendapat ketenangan. Al-Fatihah.

6 comments:

JAM said...

Boossss,

Kenapa tak ajak ... huhuhu. Sedih ni. Hadi ikut, tak aci betul...

Anonymous said...

Salaam buat PakCik Mat,

Malapetaka yang melanda Aceh amat menginsafkan.

Sememangnya warga Aceh punya semangat yang jitu untuk bangkit daripada kemusnahan.

Adakah di sana ketika ini punya sentimen anti-Malaysia seperti di Jakarta?

Kita terus bersangka baik dan menghulur bantuan, tetapi media mereka terus-terusan mengipas api ganyang Malaysia.

::pak malau::

niezam said...

Salam .. Dato' .. ya benar .. misi SALAM ke Acheh telah benar benar memberikan sedikit nafas kepada rakyat Acheh ketika itu .. misi ini juga memberikan impak yang besar kepada diri saya sbg volunteer .. anyway terima kasih SALAM berikan sy peluang bersama dalam misi Acheh, Pulau Nias dan Jogja ..

Anonymous said...

Salam Pak Datok!

Terima kasih kerana membawa kami ke Acheh melalui blog anda. Saya telah ke Acheh membantu membersihkan kota Acheh dari mansa tsunami. Apa yang saya lihat dan rasa masih jelas dalam ingatan. Moga2 ia tidak berulang. Terima kasih pak Datok!

Saputra

Radzi Sapiee said...

Salam Cik Mat, Radzi Sapiee ni former ex-NST journo. Saya pergi berada di Aceh selama 8 hari pada bulan Jun, memang banyak perubahan yang memberangsangkan.

Saya kini dalam proses merekodkan kembali perjalanan dan tempat-tempat yang dilawati semasa itu di blogspot saya melalui cerita-cerita bergambar. Kalau ada masa sila masuk ke link-link ini...

http://www.merahsilu.blogspot.com/

http://artmelayu.blogspot.com/

http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/

Selamat meneruskan ibadah puasa di sana! :]

Anonymous said...

boosss, org acheh paling pandai berniaga di malaysia..cha pun kalah..byk bisnes cha kureng selepas byk org acheh mula menapak di bumi Malaysia dan mendapat PR selepas dua tahun bermastautin dan berniaga di Malaysia...sayangnya...ada juga pihak mereka yg memanggil kita malingsia..kalu diingat kata-kata itu mesti banyak tangan2 yg disentap dan muka-muka yg dipaling dari membantu..tapi itulah tinggi nilai murni org kita..hidup budaya dan tamadun org Malaysia ini tetap melihat serumpun sejiwa sehati bersama dlm sukar dan kala senang menjengah..