Sunday, March 29, 2009

Najib, Muhyidin, Dr M, Daim - amacam?





HARI INI RAMAI AHLI Umno bernafas dengan lega. Masaalah parti belum selesai lagi tetapi mereka tahu bahawa usaha untuk memperbaikki keadaan sudah bermula. Presiden baru Dato Seri Mohd Najib Tun Razak semalam muncul sebahagi pemimpin yang dilihat mampu membawa perubahan ini.

Kenaikan pangkatnya sebagai presiden Umno, dan kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan agung semalam memberi rangsangan yang sangat-sangat dinantikan oleh ahli parti. Malah, orang Melayu di luar Umno melihat perkembangan ini sebagai satu petanda positif untuk negara.

Apabila Najib menyuarakan hajatnya untuk duduk semeja dengan Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dewan Merdeka di PWTC bergema dengan sorakan dan teriakan gembira. Ucapan Najib di saat itu menunjukkan tahap kematangan politiknya, dan menaikkan tarafnya sebagai pemimpin yang mula menunjukkan prestasinya di pentas yang lebih besar.

Penantian ahli Umno yang dahagakan kepimpinan benar-benar berkaliber lima tahun yang lalu mungkin berakhir. Dalam beberapa hari lagi, Najib akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan mewarisi sebuah parti dan kerajaan yang penuh dengan kamelut politik dan beban kewibawaan.

Jika kepimpinan Umno yang baru ini boleh bergerak senadi dan senada, keyakinan ahli dan pengundi mungkin kembali lebih awal dari yang dijangkakan. Pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden, dan sebagai timbalan perdana menteri dalam masa yang terdekat, seharusnya menggerakkan Umno dari lamunannya sejak beberapa tahun lalu.

Dan kembalinya Dr Mahathir ke pangkuan Umno, selaku arkitek negara selama 22 tahun pemerintahannya, membuktikan betapa besar keinginannya untuk membantu Najib dan Muhyiddin. Najib sering diberi tekanan oleh Dr Mahathir agar segera mengambil alih kepimpinan parti dan negara dari Abdullah dan menyelamatkan kedua-duanya.

Ini sudahpun berlaku, dalam satu suasana yang berhemah dan santun. Maka apabila Dr Mahathir naik ke pentas dan bersalamam serta berpelukan dengan Abdullah, ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya merasakan kepedihan hati mereka terubat dan menyegarkan.

Sebelum itu, Muhyiddin, yang memang lantang menyuarakan betapa perlunya peralihan kuasa dibuat selepas Barisan Nasional mengalami tsunami politik pada 8 Mac tahun lepas, memulakan "upacara pemulihan" Umno dengan memohon maaf kepada Abdullah. Gambar Muhyiddin mencium tangan Abdullah terpampang di dada akhbar, dan ini menunjukkan bahawa kesungguhan permuafakatan yang baru sudah bermula.

Perhimpunan Umno kali ini berakhir dengan semangat juang yang tinggi dan setiakawan yang erat. Setelah berkampung di PWTC selama empat hari, dan mendengar pelbagai retorik, Najib tidak ada masa untuk bermulan madu. Repot kad rakyat terhadap pemerintaannya bermula sekarang.

Dengan nasihat dan pandangan orang lama dan berpengalaman seperti Dr Mahathir, dan dibantu oleh Muhyiddin, Najib berada di landasan yang kuat untuk memperbaikki maruah dan nama Umno. Waktu bercakap dan berjanji sudah tamat. Kini tiba waktu bekerja dan memerah keringat.

Dalam permuafakatan "baru," dan memandangkan masalah ekonomi yang begitu runcing hari ini, ramai pemerhati bertanya - apakah ada ruang untuk seorang lagi jaguh ekonomi negara - Tun Daim Zainuddin? Daim kini mengendalikan rangkaian banknya di Eropah Timur dan Afrika.

Dalam siri jelajahnya ke merata dunia, Daim tidak pernah tidak melapangkan masa untuk meninjau ekonomi negara. Malah, kita tahu bahawa Daim kerap dipanggil untuk memberi pandangan atau nasihat dalam hal ekonomi. Saya percaya Daim boleh memberi khidmatnya sekali lagi jika "regu" yang baik boleh diwujudkan.

Sebenarnya, banyak betul harapan rakyat dan negara terhadap kepimpinan Najib. Kita harap dia tidak mengecewakan.

8 comments:

Unknown said...

Doa kami mengiringi Najib utk membela nasib rakyat khusus nya orang Melayu

Rasa lega dan terharu melihat Tun Dr M kembali ke UMNO

Alhamdullilah ...

buyong said...

Yes!! Ini lah regu yang dinanti-nantikan sejak sekian lama.

Pengumumannya saja mampu merangsangkan indeks komposite BSKL!!

Unknown said...

If you believe in healthy intellectual discourses, thus enjoy 3 views on what actually happening in Perak; is there a crisis or not?

Mr. Ragunath Kesavan
Professor Dr Shad Faruqi
Datuk Muhammad Shafee Abdullah

Watch HUJAH, TV9 TUESDAY 9PM

MAHANOR SALEHA said...

PKR Kedah goyang kerana Anwar tikam belakang ketua cawangan Jerai

http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/pkr-kedah-tenat-anwar-tikam-belakang.html

Non-partisan said...

"Dalam perhimpunan kali ini, kita dapat melihat peralihan kuasa berlaku dengan amat baik. Ditambah pula dengan kedatangan Tun Dr.Mahathir,ia merupakan suatu perhimpunan yang sukses buat UMNO." Inilah reaksi Mahathir Khalid, bekas MB Kedah yg tersiar dalam Mingguan Malaysia.

Sama ada reaksi tersebut secara spontan atau tidak, tidaklah diketahui. Tetapi yang hendak diutarakan kita semua tahu bagaimana Tun diperlakukan suatu ketika dahulu. Politik oh politik!

Mahmud Yussop said...

Saya tidak berharap sangat dengan Najib kerana ia tidak mengiktiraf 16 hb September sebagai hari cuti am yang harus dirayai seluruh Malaysia sebagai mengingati tertubuhnya Malaysia- sebagai satu rumpun politik dan budaya Malaysia yang baru. Malaysia ini bukan milik orang UMNO sahaja.Orang Melayu Semenanjung leka dengan UMNO yang tidak bermaya lagi.Harus keluar dari kepompong 'comfort'( selesa)nya dan ayuh maju kedepan dan bertindak membangun bangsa Malaysia yang sebenarnya meliputi orang Sabah dan Sarawak( sekirannya Malaysia viable)Lihatlah penggunaan Bahasa Malaysia sejak dibawah pemerintahan UMNO, ia sudah tidak bermaya diguna di sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik, apatah lagi pembentukan Bangsa Malaysia. Tarikh 31 Ogos tidak bermakna untuk orang Sabah dan Sarawak. Kalau tidak percaya cuba adakan referendum.

MAHANOR SALEHA said...

Datuk, 001 dah kembali, mungkinkah Umno dapat mengambil kesempatan ini untuk melakukan perubahan

http://selamba-u.blogspot.com/2009/04/pkr-akui-silap-mencalonkan-manikumar.html

Anonymous said...

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-6;
Najib Razak

-azienmat-
(03 April '09)