Thursday, March 26, 2009

Saf Najib bermula dgn KJ, Sharizat, Rosnah







KEMENANGAN KHAIRY JAMALUDDIN sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru malam tadi menghasilkan pelbagai persoalan di kalangan ahli Umno. Malah, kemenangan itu juga menjadi bahan perbualan di luar Umno.

Saya berada di dalam dewan di mana pengumuman keputusan dibuat. Suasana dalam dewan gamat dengan teriakan penyokong-penyokongnya. Beliau memasuki dewan ditemani beberapa rakan dan isterinya, Nori Abdullah.

Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas memasuki dewan lebih awal dan terus dikerumuni jurufoto dan wartawan. Pencabar ketiga, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, bagaimanapun, tidak kelihatan di dalam dewan.

Semasa di luar dewan, penyokong pemimpin yang bersaing berteriakan dengan gamat sekali. Mereka melaungkan-laungkan nama calon. Suasana ini berterusan sehinggalah keputusan diumum.

Rasa tidak puas hati terhadap kemenangan KJ jelas dilihat di luar dewan. Ramai hadirin juga kelihatan kebingungan melihat suasana gamat di situ. Ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan. Namun mereka bukan perwakilan yang menentukan siapa yang difikirkan layak memimpin Pemuda.

Bisik-bisik di kalangan ahli Umno ialah bagaimapun seorang calon yang didapati bersalah atas politik wang boleh dibenarkan bertanding. Dan kemudiannya menang.

Khairy mempunyai ramai pengkritik, termasuk mereka di kalanan ahli Umno. Apakah ini akan menyulitkan tugas beliau? Apakah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan melantik Khairy dalam kabinet barunya nanti?

Ada juga pandangan bahawa kemenangan KJ akan memberi nafas baru kepada Pemuda. Dalam nada yang sama, mereka bertanya mampukah anak muda ini merapatkan semula barisan di kalangan Pemuda setelah melalui pemilihan yang sengit, terutama ketika parti berhadapan dengan tiga pilihanraya kecil minggu depan.

Apapun, lewat malam ini, kita akan tahu samada Najib akan dapat saf baru pilihan hatinya. Tiga ruang sudah dipenuhi. Apabila semua saf sudah dipenuhi, presiden Umno baru ini akan menilai samada mereka memenuhi kriteria yang akan menjadi bala tenteranya untuk memulih dan merawat parti yang diwarisinya.

6 comments:

NFH said...

Salam Datuk,

Saya kira mahu tak mahu SPRM terpaksa bertindak berani dalam mensabitkan seterusnya menghukum KJ dalam jenayah politiknya.

Dalam pada itu, Najib harus berani menidakkan beliau dalam jemaah menteri kabinet beliau.

Rakyat tak boleh terima KJ dalam UMNO hatta sebagai ahli biasa pun.
Lagak seperti KJ ni lebih baik kiranya berada di pihak pembangkang. Lebih mudah UMNO nak menang pilihanraya.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Kemenangan KJ adalah sebenarnya kekalahan UMNO! Saya berdoa agar Najib berani membuat keputusan yang di jangkakan oleh rakyat bukan luarbiasa dengan memberi kedudukan kpd KJ! Perasuah di lantik menjadi ketua Pemuda Umno, pemuda Melayu, pemuda Islam!!!
Sungguh mengecewakan!

acai

DonCorleone said...

Salam. Saya tanya di sebelah kanan, kemudian di sebelah kiri, kemudian di atas dan kemudian di bawah. Semuanya memberikan jawapan yang sama iaitu "aku berdoa Khairy" tak menang.

Saya menonton TV malam tadi dan jelas dia menang.

Jelas juga dia sudah didapati bersalah atas politik wang.

Tapi saya bingung. Teman2 saya semua sekali bingung.

Dan masih bingung dengan diksi "masa depan".

Anonymous said...

Salam Dato'

Najib perlu solat hajat dan istiqarah. Yang jelas di pandangan umum KJ tak sesuai dipilih utk jadi ahli kabinet najib. Its definite. Kalau ambik juga saya bersedia menjadi pembaca talqin untuk UMNO selepas PRU13. Anyway Pak Lah has made a joke of the year dalam ucapan perasmiannya tadi, its confirmed what Tun has said about him that ' he seemed not to know anything'. ..

Anonymous said...

Bagaimana dia dapat merapatkan Pemuda UMNO kalau cara menangnya dipertikaikan? Dan dia tidak dapat pun separuh dari undi Pemuda. KJ adalah liabiliti bagi UMNO dan bukannya aset.

Kehadiran KJ dan penyokong-penyokongnya yang menjerit-jerit dan terkinja-kinja di 3 bukit besar kemungkinan akan menyumbang akan kekalahan kepada BN.

Hide this character in some dark basement - sebagaimana Bush telah lakukan kepada Dick Cheney.

Jin bukan Jean

Ir J said...

Pemuda-pemuda semua, saya harap KJ akan mengadakan kelas khas kepada pemuda-pemuda melayu semua bagaimana hendak menjana jutaan ringgit dalam masa yang singkat dan dalam usia yang muda. Aku yang dah nak masuk 40 nie pun ASB masih lompong aje...