Wednesday, March 25, 2009

Muhyiddin, Mukriz pilihan Najib?











JIKA PERWAKILAN UMNO mengundi mengikut "nasihat atau petunjuk" dari Datuk Seri Najib Tun Razak, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi pemimpin terkanan yang baru dalam parti itu minggu ini.

Dalam 48 jam lagi, mereka akan berdiri sebaris dengan Najib menjadi tonggak parti yang akan menentukan naik turun Umno khususnya, dan BN amnya. Najib memberi cukup petunjuk siapa yang beliau mahu untuk membantunya merawat Umno dari penyakit yang boleh melumpuhkannya sama sekali.

Dalam ucapan yang dilihat sebagai satu-satunya ucapan yang terbaik pernah diberi oleh anak Perdana Menteri kedua negara ini, Najib mahu perwakilan memilih pemimpin yang "berani menegur" dan yang "berani berubah."

Ahli Parlimen Pagoh diiktiraf sebagai pemimpin yang "berani menegur" manakala Mukriz melandaskan kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda atas laungan "berani berubah."

Soalnya apakah perwakilan akan menerima "petunjuk" Najib? Beberapa orang ahli umno di luar Dewan Merdeka di PWTC pula bertanya dengan nada sinis: "Perwakilan ni fahamkah apa yang disebut oleh Najib?"

Apapun, kita tunggu 48 jam lagi dan semuanya akan terjawab.

4 comments:

MANTRA said...

Salam Dato'

I supposed those pic you displayed are your predicted favorite winning team for this year's election...

At this point of time, the rakyat could only hope for the best and wise choice from delegates... Should they fail to make the best choice, UMNO and rakyat would blame them for failing to be wise.

Bloggers campaign for our dear delegates... WANG ATAU BANGSA?

Update us!

haidan_imia said...

hi uncle yob..

nk dtg uitm melaka ye?
see u there..
saya belajar di sana..
and my faculty incharge for your program..
can't wait to hear your talk..

mohdfazli said...

DAtuk, nampaknya semua y diramalkan tak berjaya, dengan keputusan malam nie terbalik dgn ramalan datuk.Y korup pun leh menang, susaah ramal tok nujum siam pun pening klu p tgk,..
Saya takut muhyidin pun terlepas,..
Pahit manis dah tak manis, skrg pahit,..

Awang Maya said...

Well, well well,

Seluruh suku sakat Awang adalah penyokong kuat UMNO.

Namun detik 11.45 malam tadi, Awang dah menekan button AMARAN dan ARAHAN bahawa seluruh suku sakat Awang akan MENYOKOKONG dan MENGUNDI PAS pada pilihanraya ke 13akan datang.

Pergi JAHANAM UMNO terutama PEMUDA BANGSAT lagi BODOH kerana pemilih petualang sebenar menjadi pemimpin.

Awang tidak menyokong mana-mana calon tetapi bukan Khairy bin Jamaluddin yang memang BANGSAT dan PETUALANG di sebalik tadbir kepada seluruh rakyat Melayu yang tiada kepentingan politik.

SELAMAT TINGGAL UMNO! That's it.