Friday, March 20, 2009

Karier politik Mohd Ali di hujung jalan?






MINDA ORANG POLITIK NI MACAM-MACAM ADA! Siapa sangka Datuk Mohd Ali Rustam akan muncul di majlis terakhir memperkenalkan calon kepada perwakilan Umno yang berlangsung di Seremban malam tadi (Khamis)? Kemunculannya sekaligus mengundang debat dan spekulasi.

Mohd Ali tampil dengan baju melayu puteh bersampin songket di majlis itu, walaupun beliau ditegah dari merebut jawatan Timblan Presiden setelah didapati bersalah dalam hal politik wang. Dia kelihatan tenang, kesana kemari menghulur tangan dengan ukiran senyum sepanjang malam.

Oleh kerana perjumpaan itu yang terakhir, saya ke Seremban untuk menyaksikan drama bersiri itu. Tidak menghampakan, dari segi persembahan mahupun kandungan. Pementasan yang mana Datuk Mohamad hassan menjadi tuan rumah sebagai ketua perhubungan Umno negeri menjadi buah mulut sehingga ke hari ini.

Mereka yang datang dapat melihat bagaimana Mohd Ali secara bersahaja bersalaman dengan Tan Sri Muhyidin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Sebelum Lembaga Disiplin melarang Mohd Ali bertanding, mereka bertiga bersaing untuk merebut jawatan nombor dua tertinmggi dalam Umno.

Sepanjang malam, perwakilan dan pemerhati membincang, mengupas dan meneka apa lagi percaturan orang politik menjelang perhimpunan agong minggu hadapan. Beberapa isu yang menjadi tarikan pada malam itu ialah:

1. Mohd Ali menegaskan bahawa tidak ada konspirasi terhadapnya yang menyebabkan Lembaga Disiplin membuat keputusan melarangnya bertanding;

2. Muhyidin menyangkal tuduhan bahawa dia menjadi dalang penyingkiran Mohd Ali;

3. Apakah Mohd Ali muncul untuk membuat Muhyidin merasa tak senang pada malam itu?;

4. Apakah Mohd Ali muncul untuk meninjau popularitinya walaupun dilarang bertanding?;

5. Jika Mohd Ali terus popular di peringkat akar umbi, apakah ini akan menjamin kedudukannya sebagai Ketua Menteri Melaka?;

Semua mata tertumpu kepada mereka berdua pada malam itu walaupun ramai lagi calon hdir untuk berkempen dan meraih undi. Rata-rata, hadirin malam itu tertanya-tanya apakah Mohd Ali mempunyai tujuan lain yang tersirat yang hanya beliau dan pengikut-pengikutnya sahaja yang tahu?

Saya percaya Naib Presiden itu akan mematuhi apa juga tindakan yang dikenakan terhadapnya. Beliau sendiri mengakui bahawa dia adal;ah "orang parti," dan ini bermakna dia akan akur kepada pucuk pimpinan yang ada dan yang mendatang.

Hanya tinggal dua soalan sahaja lagi dalam kes Mohd Ali: apakah beliau akan terus menerajui Umno Melaka dan kekal sebagai Ketua Menteri selepas peralihan kuasa awal bulan hadapan? Dan patutkah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selaku Presiden baru yang akan mewarisi jawatan Perdana Menteri, mengekalkan Mohd Ali dalam kedua-dua jawatan yang disebutkan tadi?

4 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya karier semua kepimpinan UMNO dan juga BN dah berakhir pada PRU 12 yg lepas. Semuanya disebabkan oleh penipuan and rasuah dalam PRU tu yg dilakukan oleh UMNO dan BN. Takpe nanti PTU 13 UMNO dan BN akan jatuh dan rakyat tak perlu disogokkan dgn Pemilihan UMNO. Kalau UMNO kalah dlm PRU 13, rakyat dah tentu tak ambil kisah siapa jadi President UMNO! Masa tu Buang masa aje mengikuti PA UMNO!

Anonymous said...

Sdra,
Orang politik memang begitu. Mereka nampak apa yang kita tak nampak (umpamanya peluang buat duit) dan mereka juga kuat bersukan (lompat dari parti ke parti). Macam panglima melaka ni, dia patut tahu bahawa keupayaannya setakat jadi CM aje. Jadi ngapa nak sibuk2 cuba yang tak termampu. Lepas ni, kalau dia kekal jadi CM, dah kira elok sangat tu. Whatever, aebagai CM, dia memang hebat - cepat buat keputusan, mesra rakyat, sentiasa senyum dan mudah didampingi. Tapi ini saja tak cukup nak jadi TPM kan?

cencalok

Mahmud Yussop said...

Datuk,
It has been said( through reading mainstream media) that Mohd Ali is a scape goat.What this imply is that the political beast is still at large ( in UMNO)

Awang Maya said...

Awang Harap nama berikut akan menang:-

1. Tim. Presiden - Tan Sri Muhyidin Yadin

2. N.Presiden:- Hishamudin, Rais Yatim dan Syed Hamid Albar

3. Ketua Pemuda:- Mukhriz Mahathir

4. Wanita:- Rafidah Aziz

AMARAN DARIPADA AWANG MAYA:-

Awang akan seal pintu hati Awang untuk menyokong apatah lagi mengundi UMNO jika nama-nama berikut menang:-

Muhammad Taib
Khairy Jamaludin

UMNO akan hancur jika dua nama diatas menang.

Awang tidak akan teragak-agak menyokong dan mengundi serta berkempen kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai agar menyokong PAS jika dua nama diatas menang.

Itu sahaja harapan Awang.