Sunday, October 5, 2008

Malays have too much guilt; morbid too

THIS is Hari Raya week - a happy week - but the TV stations made it to be a very morbid week indeed. Well, that's my conclusion after having had to endure several Malay dramas these past few days.

Since I was playing house nurse, I had to sit through several dramas shown on various channels. There were a few repeats as well.

Almost all the dramas had deaths in them. Either the parents die, or the children die. In one drama, father and son died. And all these deaths take place on the eve of Hari Raya or on Hari Raya day itself.

The central theme of these dramas is filial piety, and the balik kampong phenomenon. There was an episode where three sisters whose parents are blind returned to their kampong in Perlis only to be greeted by their father's death.

Yes, you guessed right - the siblings had not gone back to their kampong for several years, having left the blind parents to fend for themselves while they found fortune in the big towns.

The one shown earlier tonight showed the death of a daughter who was trying her best to get back her estranged parents together. She died on the eve of Hari Raya. When her mother came to visit on Raya morning, she came smack into her daughter's dead body in the hall of her father's big mansion.

I also concluded there's a lot of guilt in the Malay community. Almost every drama depicted guilt on the part of the lead and supporting roles - guilt for neglecting parents, for neglecting children, for living a life of sin.

And inevitably, on the eve of Hari Raya, they all came to realise they have erred and frantically made their way to the kampong to seek forgiveness from their loved ones. And very, very few succeeded.

However, one drama stood out. Produced by Sheila Rusly and her husband, Hanya Aku was shot in a drug shelter home managed by Pengasih. With well-known singer Hattan playing a lead role, the drama showed how several addicts tried to kick the habit, and how their efforts were made more difficult by uncaring family members such as parents and spouses.

I thought the dialogue was realistic too, and the acting better than most. I must admit that I'm not a drama critic, but Hanya Aku is worth seeing for those who missed it on Astro Ria.

Of course there were deaths - a girl addict on the road to recovery went back to her bad ways when her uncaring parents surprised her with their divorce plans; and Sheila's husband was found dead in an alley of Aids.

When will we see these dramas graduate to become outstanding good movies, such as HBOs 'Bury my Heart at Wounded Knee' shown earlier today? Never you say?

15 comments:

Anonymous said...

Datuk Pahit Manis,

Terima kasih kerana menonton drama Melayu. Ada orang tidak menonton langsung drama2 Melayu ni sebab katanya tidak merangsang minda. Betul lah tu, saya setuju benar.

Pengamatan saya:

1. Kalau kita tidak menonton drama Melayu, macam mana kita hendak mengkritik? Dan seperti Datuk yang kebetulan menontonnya sebab kena jaga rumah maka dapatlah Datuk mempertikaikan minda orang Melayu berdasarkan drama yang dihasilkan.

2. Saya bukanlah peminat drama Melayu, tapi sesekali, bila ada kelapangan saya menontonnya juga terutama drama arahan rashid sibir dan jinggo. Maklumlah orang Melayu. Kalau orang Melayu sendiri tidak sokong orang Melayu, siapakah lagi yang akan menyokongnya? Sebab itu akhbar jawi hidup segan mati tak mahu sebab orang Melayu tidak menyokong berbanding akhbar Cina yang terus menjadi akhbar no 1 negara sebab semangat orang Cina terhadap bangsa sendiri begitu tebal ditambah pula oleh isi kandungan akhbar itu sendiri yang bagus. Macam Umno dan BN dulu lah - pemimpin dan pengisiannya bagus maka majoriti rakyat sokong. Masalah memang ada dan akan tetap ada, tapi penyelesaian masalah itu segera dileraikan. Bukan macam sekarang, masalah dah membukit baru hendak ambil tindakan.

3. Pengamatan Datuk tepat sekali - drama Melayu banyak sangat tragedi. Satu lagi, dalam drama Melayu mesti ada tengking menengking dan menjerit-jerit. Apakah bertengkar mesti menjerit? Apakah kita tidak boleh bercakap lembut dalam mempertahankan pendapat? Yang penting ialah isi ucapan bukan tona suara. Cuma suara boleh ditinggikan sikit bila kita hendak memberi penekanan berhubung sesuatu perkara. Semua ini bertunjangkan budaya dan ajaran.

4. Kematian di penghujung drama macam satu kemestian. Lemas dan membosankan... pemikiran jumud.

5. Ya, saya juga puji drama Hanya Aku sebab pengkisahannya berbeza sikit walaupun ada kematian. Setakat ini Sheila dan Jinggo tidak mengecewakan. Harap2 pemikiran mereka terus berkembang.

6. Hari raya itu sebenarnya satu ibadat dan tidak disebut dalam mana-mana yang kita perlu menyambutnya sebulan macam kita berpuasa. Tapi kalau kita buat benda baik yakni kunjung mengunjung untuk mengerat silaturahim dan bermaaf-maafan, itu amalan mulia dan digalakkan. Oleh itu rancangan televisyen, jika dibiarkan, akan menjejas dan akhirnya melupuskan budaya berhari raya sebab orang kita lebih leka menonton drama dan filem, sesetengahnya diulang tayang. Ada yang tidak mahu kemana-mana sebab takut terlepas rancangan kegemaran.

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

Beb,

Drama Melayu ni bukan hanya cetek dan membosankan, bahkan barisan pelakon nya pun kebanyakan nya tiada bakat, karisma dan penampilan diri yang menawan.

Dalam erti kata lain,... sorry lah beb ..., tapi banyak artis2 kita ni tak cantik, bahkan jelek dan tak sedap nak pandang. Ya, ramai dari "artis-artis" ini memang tidak patut menjelma pun di kaca TV. Tiadakah orang lain yg lebih menawan dari Sheryl Samad dan Saiful Apek?

Jadi timbul lah fenomena sinetron dari seberang yg kian mendadak tayangannya. Orang Melayu kini amat tertarik dgn drama2 Indonesia dan Thailand di mana watak2 nya rata2 ganteng dan menawan banget. Sedap mata memandang. Sutradara nya pun mantap dan menarik, dgn tempo dan adegan2 yg cepat dan kemas, tiada masa dan ruang utk menonjolkan ekspresi hambar dan muram yg amat ketara dlm drama2 Melayu kita.

Mungkin ini hal budaya. Mungkin ini hal sikap dan minda. Mungkin ini hal kekurangan bakat. Mungkin ini hal ketandusan skrip. Mungkin ini hal pengarah dan penerbit yg tidak komited. Mungkin ini hal penonton -- kita sendiri -- yg sanggup terima terbitan karut dan tidak bermutu dari pembikin filem2 Melayu.

Yang penting, kita harus mantapkan minda kita.

Quantum Metal Consultant said...

Drama Melayu adalah pilihan yang terakhir jika sudah tidak ada pilihan di saluran lain...ramai yang begitu kan.

Apa juga isi cerita, tema dan keseluruhan jalan cerita drama dan cerita Melayu memanglah tidak dapat dari stereotype kerana itulah hakikatnya hidup budaya orang Melayu, cuma orang Melayu sendiri seolah olah jelek dengan drama Melayu sedangkan penghidupan mereka sendiri pun tidak pernah lari dari persaolan yang sama, cuma ego sahaja tidak mahu mengaku.

Sebenarnya yang menjadikan drama Melayu kaku, beku dan bangang untuk ditonton adalah kerana tiada penjiwaan lakonan, mereka lebih menghafal skrip, over action dan terlalu merasa diri terlalu bagus. Lakonan seperti azean dan ogy jelas muak kerana merasa diri terlalu bagus dan over acting dalam penjiwaan. Terlebih menangis, terlebih garang, terlebih emosi kononnya mereka 'menjiwai'.

Bahkan menjadi trend pulak semua pelakon ingin memegang watak cacat dan papa kedana kononnya itulah menunjukkan mereka 'serba boleh'. Nasir Bilal Khan mungkin berjaya dalam watak sebegitu tetapi bukanlah semestinya terlalu banyak watak itu yang mahu dilakonkan sehingga cacat hari itu dengan cacat hari ini, hampir sama sahaja sedangkan dalam drama yang berbeza.

Pendedahan yang bertalu talu seperti Saiful Apek dalam filem Melayu dan rancangan TV merosakkan dirinya sendiri, dia diperdedahkan bukan sebagai 'pelakon' tetapi sebaliknya 'itulah realiti apek sebenarnya'...stereotype dalam semua filemnya, cuma yang membezakan ialah tajuk filem itu sahaja. Saiful apek bukan seorang pelakon, cuma watak peribadinya yang dikembangkan melalui filem.

Drama drama Indonesia tidaklah pula bagus sangat berbanding dengan drama Melayu cuma kelainan dalam beberapa segi seperti pelakon, bahasa, menggunakan memek muka melebihi gerak badan lain merupakan sesuatu yang agak baharu untuk penonton Melayu yang terpaku seketika.

Drama Indonesia lebih 'merapu' dan banyak tidak logik berbanding dengan drama Melayu tetapi sekadar hiburan sambil lalu menjadikannya ia popular.

Apakah drama Melayu akan lebih mantap jika pelakonnya Melayu berbahasa Melayu tetapi membawa watak dari skrip Italy misalnya.

TPJ said...

Datuk,

I strongly concur. I get very cross with distant relatives whom we travel far to visit when they get depressed on raya evenings watching Malay Dramas.

I refuse to beleive that we Malays seem to like being qand watching charity cases all our lives. Even when you close your eyes and just listen to the dialogue in the dramas accompanied by the pathetic background music it can make you ill!

This is evident even in real life where reporters try to make sad situations sadder than it already is. I encountered it first hand when giving out aid to single mothers, we included a family that lost the breadwinner two days prior to that in JB which was reported in the media. The reporter which was recording the widow's statement actually asked stupid and obvious sad questions....asking everyone around to looks sad.

It makes me sick, and my wife actually gave the reporter a peice of her mind.

Anonymous said...

TPJ, I guess that the Press would prefer to have a bit of drama in their stories, don't you think Datuk Ahmad?

Drama/Filem Melayu kebanyakannya merupakan kisah cinta, hari raya, dan keluarga. Jarang sekali yang tema utamanya tiada kaitan dengan kisah cinta antara watak.

Filem seperti Layar Lara dan Leftenan Adnan adalah antara yang memperjuangkan tema utama yang berlainan daripada majoriti Filem Melayu. Walaupun ada sedikit menceritakan tentant kisah cinta, tetapi ia hanyalah kisah sampingan disebalik tema sebenar cerita.

Saya sokong yang cerita Melayu banyak menggunakan tema tragedi dan kematian. Saya juga sokong yang cerita Melayu kebanyakannya berkaitan dengan 'rasa bersalah'.

Tetapi itu jika dilihat dari segi negatif. Jika dilihat dari segi positif, ia menunjukkan yang Melayu mempunyai kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan. Itu menunjukkan yang Melayu prihatin terhadap keluarga, bangsa, dan agama.

Tetapi saya harus menegaskan bahawa Melayu sekarang sudah tidak lagi seperi Melayu yang dulu. Sekarang Melayu hanya fikirkan tenang Wang Ringgit, tentang kekuasaan.

Saya sedih Datuk. Sedih apabila Orang Melayu sendiri yang menindas bangsa kita sendiri. Datuk semestinya faham, bukan?

Selamat Hari Raya Datuk Ahmad. Assalamualaikum.

Ahmad A Talib said...

CT Tanjong Perak yg dihormati,

Dari masa ke masa saya memang menonton drama Melayu. Jika ada sinopsis yang menjanjikan yang baik atau dilakoni oleh pelakon2 ternama, saya berusaha menontonnya. Saya berpendapat kita juga ketandusan pelakon yang hebat, yang boleh membawa watak dgn berkesan dan boleh meninggalkan impak yang kuat. Ada pelakon yang meniti dua medium- drama dan filem. Ada antara mereka yang boleh diketengahkan. Sebaagian besar pula menunjukan lakonan yang hambar atau 'average,' tidak ada keluarbiasaannya.

Dalam drama 'Hanya Aku,' saya dapati ia hebat kerana barisan pelakon yang membawa watak dengan baik, jalan ceritanya kontemporari dan tidak pula mempunyai unsur mengada-ngada. Juga jelas bahawa banyak penyelidikan yang dibuat oleh penerbit dan pelakon.

Dalam hal drama yang menyebabkan ramai orang lebih gemar duduk depan peti televisyen dari menhunjungi sanak saudara, ia boleh diatasi jika stesen TV berkenaan memaklumkan lebih awal tarikh dan waktu siaran ulangan drama itu ditayangi. Walauapapun, kunjung mengunjungi itu lebih penting dari menonton drama atau filem samada di panggong atau di ruang tamu rumah.

TQ

Ahmad A Talib said...

Kijangmas yang dihormati,

Saya setuju bahawa kita mesti selalu memantapkan minda. Dan ini boleh dibuat dengan banyak cara. Mungkin menonton drama yang baik boleh mencetuskan kesedaran atau memberi idea yang baik dan positif. Tetapi saya tak setuju bahawa pelakon kita semuanya tidak cantik dan tidak aka karisma. Yang cantik tak semestinya boleh berlakon, dan yang 'jelek,' untuk mengguna perkatataan Kijangmas, tak semestinya buruk dari segi lakonan. TQ

Ahmad A Talib said...

Sdra TPJ,

Memang kita terjumpa reporter yang kurang sensitif bila menjalankan tugas. Mungkin juga mereka ini tidak cukup latihan atau bimbingan. Tidak salah kita menegur reporter, samada mereka ini yang bekerja tetap atau part-time. Teguran ini akan menjadi lebih berkesan jika pengarang yang bertanggungjawab ke atas reporter itu juga dimaklumkan dengan kadar segera. TQ

Ahmad A Talib said...

A.S.A. yang dihormati,

The Press would certainly like a bit of drama in their stories provided the drama does not compromise the accuracy and impartiality of the articles written. People like dramas, and people are the dramas!

Banyak perkara positif yang boleh didapati dalam drama dan filem Melayu. Yang saya pertikaikan ialah lakonan yang dibawa oleh dramatis atau bintang filem kita. Itu yang kadang2 membuat saya rasa meluat, maaf cakap.

Seperkara lagi - siapa sasaran drama atau filem ini? Orang muda belasan tahun atau yang dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun? Penghuni bandar atau kawasan pendalaman? Jika mereka dalam lingkungan umur yang saya sebut, saya tak nampak golongan ini akan duduk didepan peti televisyen menanti drama atau filem2 kita. Orang muda bandar tak menonton TV. Itu saja! TQ

Ahmad A Talib said...

Kluangman yang dihormati,

Saya setuju bahawa ramai pelakon kita yang gagal menjiwai lakonan. Ini kerap berlaku dan jelas diperhatikan. Mungkin mereka belum cukup masak dari segi latihan dan pendedahan. Mungkin juga mereka tidak membuat kajian (research) sebelum berlakon. Saya harap pihak yang bertanggungjawab akan memberi penekanan terhadap semua ini. TQ

Anonymous said...

Saya rasa ada orang muda yang menonton TV, tetapi mereka hanya mahu menonton HBO, Cinemax, atau MTV. Jarang sekali saya mendengar anak-anak muda yang suka melihat drama Melayu atau filem-filem Melayu. Tetapi jangan lupa bahawa ada beberapa cara pemikiran yang berbeza di kalangan mereka.

Datuk pernah menulis tentang hari raya tahun lepas, di mana budak-budak belasan tahun datang beraya dirumah Datuk. Kebanyakannya tiada motivasi yang cukup untuk mengubah cara hidup mereka. Kemungkinan besar mereka akan menjadi mat rempit, atau peniaga. Jika ada antara mereka yang menjadi jurutera, ia adalah sesuatu yang agak jarang dilihat.

Jadi kita perlulah melihat dari sudut itu, jika mahu dibandingkan dari segi umur.

Senang kata, pelajar kolej swasta mungkin lebih suka menonton filem Ironman berbanding Mami Jarum.

ChengHo said...

bro,
bukan drama melayu saje bahkan lagu lagu raya melayu pun mendayu dayu meratap meraung mengenang nasib yg malang
satu lagi pemerhatian saya artis laki laki melayu ramai yg lembut
kurang yang macho sapert lagu sm salim ..apa nak jadi..

Anonymous said...

Dlm drama Melayu, scene makan tgh hari atau mlm mesti minum air sirap atau oren. Dan juga mesti ada scene tgh drive kereta atau dlm kereta. Dalam drama Cina pulak, mesti ada yg kena lempang!

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

Looking forward to your take on the EPL. It's been very exciting so far.

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

Sabah/Sarawak/Brunei/Kalimantan will form United States of Borneo. Borneo will make better nation than Malaysia.