Tuesday, October 21, 2008

Anak blogger-jurufoto di ICU, IJN

MOHD Ali Hafizudin, 21, anak lelaki blogger-jurufoto Anuar Hj Hashim kini di ICU, Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak selepas pembedahan jantung semalam (Isnin). Anak muda ini dibedah untuk membetulkan injap jantungnya.

Pembedahan yang memakan masa kira-kira lima jam itu selamat dijalankan dan Mohd Ali kini dibawah penjagaan rapi di ICU. Anuar memberitahu saya anaknya itu seorang remaja yang aktif, tetapi kesihatannya mula terganggu apabila sering demam.

Bagaimanapun, pembedahan ini dijangka memperbetulkan keadaan Mohd Ali agar dia boleh kembali aktif seperti dahulu. Marilah kita sama-sama berdoa agar Mohd Ali sihat seperti sediakala secepat mungkin. Ameen.

6 comments:

joolee said...

i add my prayers to yours.

rizal hashim said...

Salam Datuk,

Kita sama-sama mendoakan agar Mohd Ali cepat sembuh manakala Tuan Haji Anuar tabah dan gigih membantu anaknya menjalani proses penyembuhan. Amin.

perfectwater75 said...

Salam,
Semoga segera sembuh dan kembali pro-aktif dalam dunia blog, salam perkenalan....


thx!

Anonymous said...

Datuk Pahit Manis,

My doa for Ali speedy recovery too. Dan juga semuga Sdr Anuar tabah menghadapi segala kesulitan. Bukankah kesusahan itu diperturunkan Allah SWT kepada makhluk yang dia sayangi...

Btw Datuk, whatever happened to Sdr Karim Sulaiman? Lama sudah tidak mendengar khabar berita dia...

CT Tanjung Perak

ray tg8734 said...

Saya doakan semoga Mohd Ali cepat semboh dan pulih,insyaallah

anuarhashim said...

Alhamdulillah.Mohd Ali Hafizudin sudah mulai menjamah makanan dan nampaknya akan bertambah sembuh dan kini masih lagi di rawat di unit HDU.setelah berpindah dari unit ICU.Terima Kasih kepada saudara-saudari yang mendoakan supaya Mohd Ali segera sembuh melalui ruangan PAHIT MANIS .Semuga Allah jua memberi Rahmat kesihatan dan kesejahteraan keatas saudara-saudari .Terima Kasih. Wassalam .