Thursday, October 9, 2008

Ada Laksamana Do Re Mi dalam Umno?

APAKAH yang membuat Datuk Ahmad Zahid Hamidi, MP Bagon Datoh dan ahli Majlis Tertinggi Umno, mengubah fikiran dari mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden kepada Naib Presiden?

Yang tersurat memang jelas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau menarik balik hasrat bertanding jawatan nombor dua demi 'kepentingan dan perpaduan parti.'

Yang kita semua ingin tahu ialah yang tersirat. Apakah penarikan itu hasil pertemuan empat mata antara beliau dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak awal minggu ini? Atau apakah pengumuman awal itu semata-mata untuk mendapat perhatian ahli parti dan mereka yang akan mengundi di pemilihan parti di perhimpunan Mac depan?

Apapun, pengumuman Zahid itu sedikit sebanyak mengurangkan 'pening kepala' perwakilan, terutama di mesyuarat agung bahagian yang bermula hari ini (Khamis). Mungkin ada yang membuat kesimpulan bahawa Zahid menarik balik keputusannya setelah sedar bahawa kemenangan bukan automatik.

Dalam pergelutan untuk jawatan timbalan presiden, setakat ini Datuk Wira Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib adalah dua pembesar Umno yang menawarkan diri untuk bertanding.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyatakan hasrat yang sama esok dalam sidang akhbar khas di Putrajaya.

Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka dan salah seorang penyandang jawatan Naib Presiden, yakin boleh menang atas popularitinya yang memang susah ditandingi. Namun, populariti sahaja belum tentu boleh memberi kemenangan untuk jawatan kedua terpenting dalam parti, dan seterusnya, dalam kerajaan.

Begitu juga dengan Muhammad Taib, Mike Tyson Umno ini. Sejarah hitamnya akan menghantui orang kuat Umno ini. Ketua Penerangan Umno ini memerlukan 'satu keajaiban politik' jika mahu menang dalam pertandingan ini.

Pemerhati politik tanahair tahu bahawa keajaiban atau 'miracle' bukanlah satu perkara yang sukar ditempah. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Ini jugalah yang menjadi pegangan Tengku Razaleigh Hamzah, MP Gua Musang, seorang gergasi dalam politik Umno dan tanahair.

Jika Ku Li mendapat cukup pencalonan, bekas Bendahari Umno ini akan berdepan dengan Mohd Najib, anak bangsawan Umno yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Mac ini (jika dia lulus ujian pemilihan parti).

Dalam sejarah Umno Baru, pemilihan Mac ini adalah satu-satunya yang boleh disifatkan sebagai pemangkin kepada apa juga reformasi yang perlu dibuat untuk memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik tanahair.

Kita lihat juga bagaimana dua anak muda yang berhasrat menerajui Pemuda Umno masing-masing dapat satu pencalonan dari dua bahagian yang bermesyuarat hari ini - Khairy Jamaluddin (Machang) dan Datuk Mukriz Mahathir (Kimanis).

Apapun, Umno berada dalam keadaan terbaik atau terburuk dalam usaha menentukan masa depannya. Terbaik kerana pemilihan Mac betul-betul boleh mengembalikan keyakinan ahli dan rakyat terhadap kepimpinannya jika pemilihan dibuat berasaskan kejujuran dan keikhlasan.

Terburuk kerana keghairahan dan sifat gila kuasa yang tiada sempadan boleh meranapkan sebuah wadah yang telah lama berjasa. Mundur maju Umno terletak kepada kewarasan dan kematangan pejuang-pejuang dalam parti tua ini.

12 comments:

Anonymous said...

Salam bro,
The curtain has been drawn and now is the showtime. The most intriguing and scandal-ridden soap opera has just begun. The excitement starts now.
The battle for supremacy in Umno has always been the favourite sandiwara in the country offering multi talented casts which attract huge viewers, locally and abroad.
Like any top-rating soap opera, this one promises many exciting plots with colourful characters and large number of equally important extras. From comedy to horror, this sandiwara has it all.
Umno members particularly the delegates must be looking forward to the coming months as they became the kingmakers in deciding the fate of this country. The stake is high to the aspiring contestants and this is something that benefits those with the golden votes. As the saying goes, lagi ramai lagi meriah as more contests means more business. In short, no contest no money. This year's elections is something that the Umno delegates had missed for a very long time since the 1987 showdown which saw contests for all posts which ultimately, ends with Umno being declared an unlawful party.
This time the contests seem to be equally damaging considering the number of posts and leaders involved. It has all the plots and intriques which can even outshine the current US presidential election. Like many other Malay (and Malaysian), I hope Umno leaders and members realise the importance of this election and the stakes at risk to the party and country. This is the time for them to prove the sceptics wrong and demonstrate that the party has learnt from the recent general election. This is the time for them to show to other BN component parties and the rakyat at large that Umno is serious and sincere in correcting its past mistakes and win over the ordinary rakyat and business community who had so often being let down by this dominating party. But judging by the number of those juggling for the positions available, this seems like a wishful thinking.

Anonymous said...

Dato' Pahit Manis,

Saya lebih suka Ku Li-Muhyiddin - biar betul-betul baru dan tidak ada kesinambungan langsung daripada warisan Pak Lah.

Yang lain-lain itu sekadar mahu memeriahkan suasana. Harap Umno Bahagian faham. Kalau ada yang calonkan jugak mereka maka dapatlah kita ukur tahap pemikiran ahli mesyuarat bahagian berkenaan...

Masalah/Bebanan paling besar Najib setakat ini - Rosmah! Masalah/Bebanan Najib yang kedua besar - pegawai/petugas media.

p/s Sdr Zukri Valentino dalam blognya utarawan.blogspot.com menyebut Dato' bakal jadi NSTP boss? Tahniah!

CT Tanjung Perak

Anonymous said...

Saya nak Obama Malaysia, saudara Nurjazlan

Awang Maya said...

Pastikan Khairi Jamaludin tidak cukup pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO. Kalau ada yang pilih dia, memang sah masih ada golongan TAMAK, GILA KEKAYAAN, BODOH dan BANGSAT dalam UMNO. UMNO Bahagian Machang telah berada dalam golongan tersebut.

Bahagian-bahagian lain, tolong jangan jadi LUNCAI yang akan TERJUN dengan LABU-LABUnya.

Anonymous said...

Mungkin lebih sesuai guna analogi "Three Stooges" atau lebih sedap/tepat lagi "Nasib Si Labu Labi"...

Mohd. Ramesh

Anonymous said...

Ahli UMNO kena mengubah paradigma berfikir. Mereka hendaklah faham bahwa calon yang dipilih mestilah calon yang akan mengembalikan kegemilangan UMNO yang sedang nazak ini, yang akan mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka; bukannya yang menjadi kesukaan ahli ahli UMNO. Muhammad Taib, Ali Rustam, Shahidan, Anuar Musa, Khairy etc. bukanlah golongan yang akan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO. Mereka mungkin merasa bahwa mereka disokong kuat oleh ahli UMNO tetapi, haruslah dingat, mereka ini tidak disukai majoriti rakyat

Anonymous said...

Dato'

masih teringat sambal cili padi tumbuk kemudian digoreng ...perrghh

Geng Lornie Road..

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya amat bersetuju Tan Sri Muhyiddin tawar diri utk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Calon-calon lain tarik diri lah...

Off topik sikit: Mat Taib Timbalan Presiden UMNO?

Semua orang UMNO apabila berhasrat bertanding sebarang jawatan di dalam parti selalu mengungkapkan alasan demi agama, bangsa dan negara bagi menjustifikasikan niat/tindakan mereka. Hampir tiada yang akan memberikan alasan demi untuk kemajuan karier peribadi. Di dalam perkara ini Tan Sri Mat Taib aka “Mike Tyson” harus dipuji kerana berterus terang seperti katanya ketika mengumumkan keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu beliau sudah banyak kali beliau mengambil peperiksaan SPM (bertanding Naib Presiden 1993, 1996, 2000, 2004) dan sudah tiba masanya untuk Ketua Penerangan UMNO ini mengambil peperiksaan STPM (bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO).

Namun kewajaran Tan Sri Mat Taib bertanding nombor dua di dalam hierarki UMNO boleh dipertikaikan. Hakikat ini timbul apabila kita mengambil kira kepentingan negara, bangsa dan parti. Ini berpunca kepada fakta bahawa secara tradisinya sesiapa yang memegan jawatan ini akan juga secara tradisi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sememengnya jawatan Timbalan Perdana Menteri bukanlah jawatan yang diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan seperti mana jawatan Perdana Menteri yang tata cara perlantikannya telah dimaktubkan didalam perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi malaysia. Jawatan TPM adalah jawatan yang wujud hasil konvensyen perlembagaan.

Namun sejarah telah menyaksikan jawatan TPM berevolusi menjadi jawatan kedua paling penting selepas PM. Ini kerana mengikut tradisi UMNO individu yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO akan juga memegang jawatan TPM dan mengikut tradisinya akan menggantikan Perdana Menteri apabila sesuatu terjadi kepada pemegang jawatan PM atau PM mengundur diri dari jawatan tersebut dan selaku Presiden UMNO.

Tradisi ini telah dimulakan oleh Presiden UMNO kedua dan PM pertama negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman apabila beliau telah melantik Timbalan Presiden UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah beliau (Tunku) dilantik menjadi Perdana Menteri apabila negara merdeka pada tahun 1957. Konvensyen ini kemudiannya telah diterus dan perkukuhkan oleh Tun Razak apabila beliau melantik Allahyarham Tun Dr.Ismail sebagai TPM ketika mengambilalih jawatan PM daripad Tunku apabila Tunku bersara di dalam tahun 1970, Tun Dr.Ismail yang meninggal dunia pada tahun 1973 kemudiannya digantikan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia pada tahun 1976 semasa masih memegang jawatan PM beliau digantikan oleh TPM Tun Hussein. Proses pewarisan ini telah berterusan semasa era Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 Fasal 2 (a) seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat. seorang ahli Dewan Negara (Senator) berkelayakan dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri tetapi seorang Senator tidak boleh sekali-kali mengikut Perlembagaan dilantik sebagai Perdana Menteri. Jika beliau ingin menjadi PM beliau harus meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen dan memenanginya.

Ditakdirkan Allah SWT YB.Senator Tan Sri Muhammad Taib menang jawatan Timbalan Presiden UMNO di dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac 2009 maka beliau akan dilantik sebagai TPM mengikut tradisi UMNO, ini tidak menjadi masalah asalkan parti UMNO/BN masih berkuasa namun komplikasi dan krisis perlembagaan akan timbul jika (mohon dijauhkan Allah SWT) berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada PM. Ketika itu bagaimana Tan Sri mat Taib hendak dilantik oleh yang sri Paduka Baginda Di Pertuan Agong sebagai PM kerana beliau bukan ahli Dewan Rakyat.

Ya beliau boleh bertanding di dalam pilihanraya kecil Parlimen namun ketika ini hanya ada empat kerusi Parlimen yang masih dikuasai UMNO di negeri Selangor iaitu Parlimen Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sepang. Hari ini bagi Parlimen Tanjung Karang dan Sepang keduanya diwakili oleh Anggota Kabinet yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO manakala bagi ahli parlimen Sungai Besar pula beliau adalah Timbalan Menteri adalah amat merugikan kepada parti jika beliau perlu meletak jawata. Hakikatnya hanya ada satu kerusi Parlimen yang dipegang oleh individu yang tidak memegang jawatan pentadbiran persekutuan iaitu ahli parlimen sabak Bernam.

Namun Tan Sri Mat Taib adalah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya iaitu kawasan parlimen yang bermaoriti bukan Melayu. Ahli parlimen Kelana Jaya hari ini adalah dari parti pembangkang PKR. Jika diadakan pilihanraya umum untuk beliau bertanding agar membolehkannya dilantik menjadi Perdana Menteri jika sesuatu berlaku kepada PM bukan sahaja proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dari notis peletakkan jawatan salah seorang ahli parlimen dari UMNO Selangor yang ada (ahli yang meletakkan jawatan juga tidak boleh bertanding selama lima tahun) belum tentua lagi beliau akan menang di dalam iklim politik hari ini.

Pada masa itu negara yang tidak mempunyai ketua kerajaan berkemungkinan akan berada dalam situasi kelam kabut. Alternatifnya adalah untuk melantik salah seorang dari enam Naib Presiden UMNO yang merupakan Ahli Parlimen untuk menjadi PM sementara atau melantik salah seorang pemimpin parti komponen BN yang mana paling kanan bermula dengan Presiden Parti MCA sebagai Perdana Menteri.

Sudah tentu alternatif-alternatif ini kurang sesuai. Cara yang paling baik sebenarnya adalah bagi Tan Sri Mat Taib yang terkenal dengan kesetiaan kepada UMNO (beliau patuh kepada arahan Presiden untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 1997 dan bercuti dari semua jawatan parti ekoran terbabit dengan insiden bawa beg berisi wang akibat ketidakpandaian membaca borang berbahasa Inggeris di Australia, beliau tidak keluar parti dan berjuang di platform pembangkang sebaliknya menerima hukuman yang diberikan parti) meletakkan kepentingan negara serta parti di atas kepentingan peribadi dan mengundur diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden. Eloklah beliau menumpukan tenaganya untuk mengembalikan kekuatan UMNO Selangor dan menjadikannya sebagai kerajaan di negeri Selangor Darul Ehsan pasca PRU-13. Bukan beliau tidak layak untuk jawatan Timbalan Presiden namun keadaan menyebabkan beliau perlu untuk meletakkan prioriti beliau ditempat yang lebih hak iaitu utuk memperkasa UMNO Selangor selaku Pengerusi UMNO dan BN Selangor.

Anonymous said...

Khairy nampak sangat gila kuasa yg dah tak sabar2 lagi. Terang2 org dah tak suka, dengan muka tak malu mencalunkan diri. Menteri Malaysia dari golongan gila kuasa dan memerintah negara nanti macam orang mengigau dan melatah sana sini.

A KADIR JASIN said...

Sdr Pahit Manis,

1. Mohd Zahid Hamidi adalah 'ciptaan' Anwar Ibrahim - Mohd Najib.

Pada era mereka sebagai Ketua Pemuda lah MZH memulakan kegiatan Umnonya.

2. Ketika krisis Anwar pada 1998, MZH memilih untuk kekal dalam Umno dan menyimpan kekayaan korporatnya.

3. Ramai tahu hasil 'perbualan' antara MZH dengan Dr Mahathir berkaitan kekayaan korporat MZH yang diperoleh pada era Anwar.

4. Saya lebih mirip mengaitkan MZH dengan Mohd Najib daripada Abdullah.

5. MZH mempunyai sejarah melompat daripada kapal yang akan karam untuk menaiki kapal yang lebih selamat. Dia lompat daripada kapal Anwar pada 1998.

6. Tidak ada sebab mengapa pelompat politik ini harus kekal di dalam kapal Abdullah yang sedang berlayar ke arah ufuk dan mungkin tidak kembali lagi.

7. Penawaran dirinya ada dua sebab. Pertama, sebagai percubaan terakhir menegakkan Abdullah dan kedua, mengasak Muhyiddin yang dianggap sebagai instrumental kepada pemesatan pengunduran Abdullah.

8. Ia hanyalah political postering. MZH tidak terlalu bodoh untuk menyedari dia akan kalah teruk di tangan Muhyiddin. Nak menang lawan Muhammad Muhd Taib pun susah...

9. Namun saya tidak menolak kemampuan beliau menjadi barisan pelapis yang baik kalau mendapat nasihat dan petunjuk yang betul.

10. Tentang MMT melawan Muhyiddin, itu saya nampak ada kaitan dengan percubaan mengajar Muhyiddin kerana melawan Abdullah. MMT memang bergantung hidup kepada Abdullah. Politiknya sudah sampai ke hujung kalau tidak kerana dipulihkan oleh Abdullah. Jadi tidak hairanlah kalau MMT menjadi proksi Abdullah atau Khairy Jamaluddin.

11. Mengenai Ali Rustam pula, dia mungkin mencari publisiti. Saya tidak menganggapnya sebagai bersedia berkorban demi Abdullah. Saya percaya dia ada agenda sendiri. Tapi kalau dia bertanding juga, lawan dia yang sebenar bukan Muhyiddin tetapi MMT kerana mereka daripada barisan yang sama.

Terima kasih.

Quantum Metal Consultant said...

Sesiapa sahaja yang bertanding Timbalan Presiden adalah bermaksud untuk memecahkan undi sokongan kepada Muhyiddin. Golongan pro paklah mahu membalas dendam, dan golongan pro Najib mahu Muhyiddin tidak kelihatan terlalu kuat yang boleh menggugat Presiden dalam membuat keputusan di masa akan datang.

Sudah menjadi kebiasaan kepada mana mana Presiden untuk menguasai 100000% dan melenyapkan bayang calon pesaing. Timbalan Presiden UMNO tidak semestinya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri mungkin menjadi saatu agenda perubahan di zaman Najib dan sesiapa jua yang menjadi Timbalan PM di bawah najib akan menghadapi laluan sukar dan cabaran kerana Najib akan terlalu lama untuk memegang jawatan PM, beliau cuba mengatasi rekod yang ada.

Gandingan KuLi dan Muhyiddin adalah lebih sesuai dan mantap. Jarak umur akan menyebabkan kstabilan jangkapanjang dan dijangka Ku Li hanya setakat sepenggal atau dua penggal sebelum menyerahkannya kepada Muhyiddin. Kita berharap ahli UMNO akan berfikiran lebih matang untuk satu perubahan yang total dan bukannya 'kulit' sahaja.

Anonymous said...

A'kum Pahit Manis,

I used to read your articles in the NST diligently, apart from Other Thots (until the author pissed me off for ogling), Harun Hashim's column and some old man who wrote for the Mainichi Shimbun which was co-opted into the NST (which I personally find to be a funny way of corresponding).

I have really been wondering as to what happened to your pal who only developed 4 houses on any piece of land. That was a neat story!

Btw, isn't Razali Ibrahim emboldened for change as well just like Najib? How come he's lagging for the Deputy Youth Chief post?

p/s: The originator of yang "tersirat dan tersurat"!