SEJAUH manakah perjumpaan antara beberapa orang Ketua Bahagian Umno dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak dapat mempengaruhi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mempertahankan jawatannya sebagai presiden parti?
Menurut berita yang dibawa orang politik, beberapa orang Ketua Bahagian dari tiga buah negeri yang ditakluki Pakatan Rakyat telah turun berhari-raya di Sri Perdana hari ini, membawa kata-kata panas dalam usaha memberi Abdullah semangat untuk jangan melepaskan jawatannya.
Utusan Online melaporkan kira-kira 20 orang Ketua Bahagian berkumpul di kediaman rasmi Perdana Menteri hingga lewat malam. Beberapa orang penasihat Abdullah juga difahamkan berada dalam perjumpaan tertutup itu.
Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pagi Rabu dan seterusnya mempengerusikan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di sebelah petang. Abdullah dijangka memaklumkan keputusan samada mempertahankan jawatannya atau tidak.
Pertemuan ini dilihat sebagai tindak tanduk penyokong Abdullah untuk cuba memujuknya supaya jangan mengaku kalah sebelum bertarong dalam pemilihan parti Mac depan. Mereka mahu Abdullah membuat keputusan untuk menawarkan diri sebagai calon presiden. Seterusnya, mereka mahu Abdullah mengumumkan keputusan sebelum mesyuarat tahunan bahagian yang bermula Khamis ini.
Sebanyak 191 bahagian Umno diberi masa dari 9 Oktober hingga pertengahan November untuk mencalonkan sesiapa yang mereka fikir layak untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti. Hanya calon yang dapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan layak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Mac ini.
Setakat ini hanya Tengku Razaleigh Hamzah, MP dan Ketua Bahagian Gua Musang, yang telah menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan presiden. Abdullah dijangka tidak akan bertanding, dan sekaligus memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Razak, untuk menawarkan diri sebagai calon.
Pemerhati politik menyifatkan pertemuan malam ini sebagai permainan politik yang mempunyai impak besar terhadap percaturan politik Umno. Jika mereka berjaya mempengaruhi Abdullah untuk bertanding, senario di mesyuarat tahunan peringkat bahagian akan menjadi panas dan rumit.
Abdullah berhadapan dengan beberapa situasi: mampukah beliau mendapat 30 peratus kuota untuk layak bertanding? Jika gagal mendapat cukup pencalonan, bukankah ini memalukan? Bagaimana pula kedudukan Najib. yang diura-urakan akan bertanding jawatan presiden?
Mungkinkah kita akan melihat pertandingan tiga penjuru - Abdullah, Najib dan Ku Li?
Najib telah beberapa kali menyatakan bahawa dia tidak akan melawan bossnya. Beliau hanya akan bertanding jika kerusi presiden kosong, iaitu jika Abdullah tidak bertanding.
Bagaimana pula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, MP Pagoh dan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa? Muhyiddin dijangka menawarkan diri untuk jawatan timbalkan president pagi Jumaat ini.
Dalam masa 24 jam akan datang, penasihat dan penyokong Abdullah akan bekerja keras untuk mendapatkan pencalonan. Abdullah akan membuat keputusan muktamad hanya selepas mendapat gambaran jelas berapa banyak bahagian akan mencalonkan beliau.
Oleh kerana hanya dua bahagian - Machang dan Kimanis - yang bermesyuarat Khamis ini, pemerhati politik tidak hairan jika Abdullah mengumumkan keputusan pada hari Khamis, dan bukan hari ini (Rabu).
Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Wednesday, October 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Kalau Pak Lah nak mempertahankan kedudukannya, kenapa pula nak tunda AGM ke March? Mengapa tak teruskan saja pada bulan December?
Semua ini mengambarkan kekarutan yang amat sangat. Kalau betul Pak Lah akan mempertahankan jawatannya, maka MT itu hari sudah kena tipu bulat bulat. Bila sudah kena tipu sampai tertonggeng begitu sekali dan masih nak mengampu, maka saya tidak nampak MT ada maruah diri.
Jika MT Umno tidak ada maruah diri, tidak payahlah nak terjerit mempertahankan maruah bangsa Melayu.
Terima kasih.
JMD-
Sdra,
mereka yg cuba memujuk adalah org yang mementingkan kepentingan diri mereka sendiri. bukan kepentingan parti atau pak lah...
johan
adakah Pak Lah akan ambil keputusan untuk kekal atau tidak?
dengan sokongan yang padu sudah semestinya dia mahu kekal dan tidak mahu menghampakan penyokong-penyokongnya.penyokong Pak Lah diseru agar memberikan sokongan sepenuhnya agar dapat menangkis tekanan untuk berundur.
menang atau kalah dalam pencalonan itu cerita.yang penting jangan mudah berundur tetapi tekad kehadapan.
bro
hebat you punya source. Blogger politik Jelapang pun petik artikel you dalam blog dia.
Dato'
If you you were in Pak Lah's shoes now, what would be your decision?
I've posted three posibble scenarios in my blog. Pick which you might think will prevail. But I'd like to know if you were him, what would you do.
If he leaves now, he would leave in disgrace regardless.
If he doesn't, he'll live to fight another three and a half months to either die with his boots on or turn the tables on Najib and the Nation. Remember, only 1300 votes will make the difference.
What would you do?
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com
ramai yang tak suka pada Pak Lah dan masih ada yang inginkan Pak Lah terus berkhidmat.
ada sebilangan NGO yang sudah menyatakan sokongan mereka buat Pak Lah.
sesiapa yang mahukan Abdullah untuk kekal hendaklah memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau dan berikan peluang untuk dia terus menjadi Perdana Menteri sehingga tiba saatnya dia berundur.
bro,
Re branding UMNO memerlukan dinamisma yg mantap dialaf ahli ahli UMNO mencari hero dan ikon yg baru . UMNO misti mencari pemimpin yg berkarisma sebagai Jaguh dimana mana pun samada diKampung/bandar malahan juga bolih dihormati dipentas antarabangsa .
Najib , Rafidah ,Muhyiddin ,Rais Yatim dan Ali Rastam di antara pemimpin yg berkaliber .
Dato'
Expect Najib tak ada telor nak lawan.
Kita tengok Muhyiddin la ...
Percaya la.
Siapa yang tak ada telor tak lama lagi habis dikerjakan rakyat.
Hanya pemimpin yang berani saja.
Post a Comment