Thursday, April 24, 2008

Perihal baju melayu, 'baju kot' org politik

WAKIL Rakyat yang kalah dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu menunggu dengan penuh harapan setiap kali talipon mereka berdering. Tetapi deringan ini tidaklah sekerap semasa mereka berkuasa, atau sebelum PRU lalu.

Mereka yang menang terus menerima seribu macam panggilan talipon. Ada yang mengucap tahniah dan syabas; ada yang memberi nasihat; dan tidak kurang pula mereka yang mohon bantuan.

Sesetengah wakil rakyat langsung tak jawab panggilan selepas dibawa arus tsunami politik. Mereka mendiamkan diri, dirundung malang. Ada yang pergi menunaikan umrah, ada yang bertafakur panjang.

Dalam kekalahan, ada yang menarik nafas panjang antara lega dan derita. Bagi yang menang pula, ramai yang diberi ingatan bahawa jangan terlalu gembira, kerana duka boleh menimpa pada bila-bila masa sahaja!

Baru-baru ini, kawan dikalangan orang politik bercerita tentang dua kisah - satu kisah wakil rakyat yang menang dan satu kisah calon yang kalah.

Yang menang sibuk bertanya rakannya: "You tahu kat mana I boleh buat baju kot yang elok? I nak masuk Parlimen ni, jadi kenalah pakai baju kot baru! Lepas tu nak buat baju melayu pula kerana yang lama tu dah lusoh."

Hebat dan gah bunyinya! Harap khidmat mereka kepada rakyat juga sama hebat!

Yang kalah ceritanya lain pula: "Aku dah mula naik boring duduk kat rumah. Baru-baru ni ada kawan ajak pergi jamuan. Aku jadi serba salah. Nak pakai baju kot, nampak tak kena kerana aku bukan lagi wakil rakyat. Kalau tak pakai, nampak sengkek pulak!"

Ada seorang bekas YB pula bercerita bagaimana dia memakai baju melayu setiap hari di rumah, samada untuk bersembahyang atau semasa berihat. Si polan mempunyai banyak baju melayu yang berwarna warni. Maklumlah, semasa menjadi YB dia sering dijemput ke majlis-majlis yang memerlukan pakaian demikian.

Satu hari anak bekas YB bertanya dengan nada yang bersahaja: "Ayah, kan ayah dak kalah dalam pilihanraya dulu. Mengapa ayah masih pakai baju melayu setiap hari? Tak perlu lagi ayah..."

Si ayah tergamam mendengar soalan anaknya. Nak ketawa pun ada, sedih pun ada. Jika dia masih dalam suasana muram, soalan anaknya itu membuat dia tersentak dari lamunan panjang.

Tiga dailog ini mencerminkan betapa jelasnya roda politik itu berpusing tanpa mengambilkira ego dan perasaan pelakon utama di persada siasah. Kita tunggu dan lihat apa lagi lakonan dan dailog bakal muncul, terutama dalam suasana politik yang semakin panas sekarang.

5 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dato',

Paling best ialah pakai kain sarong dan bahagian gulungnya tarik ke pinggang . Jalan2 dan ronda di batasan bendang memanah ikan . Boleh ikan keli @ haruan ,masakan asam-pedas . Tak boleh compare syoknya dari pi ke parlimen.

Anonymous said...

Sdra nginap srengenge.

Ekoran kisah berkain sarung ini mengingatkan saya kepada seorang peniaga kedai runcit di kampung saya sekitar awal tahun 70han dulu.

Kampung saya terpencil dan hanya ada satu kedai runcit itu sahaja.

Peniaga ini memang sering berpakaian kain sarung dan jarang berbaju. Kalau pakai bajupun hanya bersinglet .

Selalunya, bila kain sarungnya longgar dia akan gulungkan lagi untuk mengetatkannya sehingga suatu ketika melebihi pahanya.

Dalam kesibukan luar biasa melayan pelanggan termasuk wanita petang itu..tahulah orang kampung bahawa peniaga ini juga tidak suka memakai seluar dalam.

Saya masih mengingatinya sekalipun telah hampir 30 tahun kerana saya antara pelanggan yg `tenampak` anunya` itu.

Adnan M

Norizan Sharif said...

Bagi saya mudah saja. Yang menang, buat kerja. Yang kalah, buat cara kalah. Pilihanraya lima tahun lagi. Saya kadang-kadang pening kepala tengok wakil rakyat yang dah menang tapi cakap macam pembangkang. Begitu juga yang dah jadi pembangkang, cara cakap macam orang menang! Entahlah ... pening!

Anonymous said...

Salam

Saya Zulfikar Samsuri, Editor bagi blogzine Republik Kata sedang melakukan survey untuk kolum saya bernama 'SUARA RAKYAT' di http://republikkata.blogspot.com . Saya ingin tahu pendapat sdr/i sama ada dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang 30 orang Ahli Parlimen BN akan 'lompat parti' menyertai Pakatan Rakyat betul atau tidak, atau cuma perang saraf untuk menyatu padukan Pakatan Rakyat dan melemakan BN seperti diperkatakan oleh Fathi Aris Omar kepada blogzine ini beberapa hari sudah. Kedua, apakah tindakan keluar GERAKAN oleh Lee Kah Choon wajar? Dan yang ketiga, bagaimana masa depan DSAI dalam politik di Malaysia? Mampukah beliau menjadi PM. Oleh itu saya mengharapkan kerjasama sdr/i untuk menjawab soalan-soalan mudah dari saya.

Terima kasih. WS.

Editor Republik Kata
Ahmad Zulfikar Samsuri
zulfikar.samsuri@gmail.com

Anonymous said...

sdr zul

jawapan mudah
1. betul
2. wajar
3. mampu

terima kasih