Saturday, April 5, 2008

Pemilihan Umno - calon mula atur langkah

APABILA Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno, soalan spontan yang datang ialah - dia nak bertanding jawatan Naib Presiden ka?

Soalan lain yang timbul ialah - siapa jadi pengganti beliau di Pemuda? Dan bolehkah Hishammuddin mengisi satu dari tiga kerusi naib presiden yang ditawarkan?

Pengumuman Hishammuddin minggu ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Malah, di kalangan ahli Umno dan pemerhati politik, pengumuman itu memang sudah diduga. Beliau tidak pula menamakan siapa yang harus menjadi pengganti, dan ini meningkatkan spekulasi bahawa ramai dikalangan jawatankuasa pemuda yang mungkin mahu mencuba nasib.

Dua nama yang sudah menyuarakan minat untuk merebut jawatan itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo, yang juga ahli majlis tertinggi Umno. Ahli Parlimen Jerlus, Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan AJK Pemuda di pemilihan lepas, juga mengumumkan minat untuk bertanding.

Naib Pemuda, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin yang juga menantu kepada Perdana Menteri dan presiden Umno, belum lagi membuat keputusan samada akan bertanding atau tidak. Menurut berita yang tersiar dalam akhbar, Khairy akan membuat keputusan selepas menemui penyokongnya dan ahli akar umbi Umno.

Mukhriz, anak mantan Perdana Menteri dan presiden Umno, dan Dr Khir, adalah antara dua pemimpin yang mencetuskan kontroversi dalam tempoh satu tahun yang lampau. Mukhriz, selepas menang kerusi Jerlun, menulis surat kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur dari jawatannya akibat prestasi buruk Umno dan BN pada pilihanraya umum ke 12 8 Mac lalu.

Dr Khir pula hilang negeri dan kemudian melepaskan jawatan ketua perhubungan Umno negeri Selangor atas alasan bahawa beliau bertanggungjawab atas kekalahan Umno dan BN di negeri itu. Nasib orang politik begitulah - ada naik, ada turun, ada puji, ada keji.

Mereka yang marah dengan Dr Khir kerana memberi penyapu kepada seorang kakitangan kanan negeri itu kerana penurunan prestasi, berkata: "Dulu Dr Khir beri hadiah penyapu kepada setahnya. Tetapi, rupa-rupanya dia yang kena sapu."

Saya percaya ada beberapa nama lain yang akan timbul sebelum pemilihan Pemuda akhir tahun ini. Dan adalah tidak mustahil juga salah seorang dari dua nama yang tertera setakat ini mengundur diri dan membeli laluan kepada rakannya. Yang pasti, akan bermulalah kempen dikalangan calon. Soalnya, setakat mana kempen ini akan berjalan dengan jujur tanpa menjejaskan imej parti?

Begitu juga perebutan untuk kerusi naib presiden. Buat masa ini, jawatan itu dipenuhi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Tidak atau belum ada tanda kedua mereka akan melepaskan jawatan ini.

Malah, ada ahli Umno dan pemerhati politik yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir apabila menyebut nama Muhyiddin sebagai salah seorang yang layak memimpin Umno. Dalam percaturan politik, perkara sebegini mungkin ada muslihatnya tersendiri.

Apapun, selepas pilihanraya umum, kegiatan politik akan masih menjadi tumpuan utama setidak-tidaknya hingga akhir tahun ini. Besok (Ahad) Pak Lah akan berucap kepada ahli Umno di PWTC, dan sama-samalah kita tunggui intipati ucapannya.

Jika tak silap saya, Dr Mahathir juga akan mengadalan perjumpaan dengan ahli Umno bahagian Cheras dalam satu pertemuan pagi. Dan semalam, Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan mesyuarat di bahagiannya di Gua Musang dan beliau juga berucap tentang halatuju Umno dan masalah yang melanda parti itu sekarang.

Tahun ini ialah tahun penting bagi Umno. Sejauh mana ia boleh mengukuhkan kedudukannya sebagai tonggak dalam BN bergantung kepada sejauh mana parti Melayu itu berjaya menghasilkan muafakat yang televan, telus dan padu.

Jika dahulu ahli Umno tidak boleh memandang Pas atau PKR dengan sebelah mata sekalipun, hari ini keadaan sudah berubah. Dalam pilihanraya yang baru tamat, sudah ada ahli Umno yang mengundi parti lawan atas pelbagai sebab - protes, kecil hati, kurang yakin dengan kepimpinan, dimungkiri janji, hilang setiakawan dan entah apa lagi.

Apakah pemilihan parti akhir tahun ini dapat mengubat hati luka mereka? Tunggu dan lihat.

6 comments:

anak parit said...

Salam sejahtera saudara,
Pada hemat saya,
Pemilihan Ketua Pemuda Umno secara kasarnya adalah lebih kepada pertandingan antara puak Mahathir dan Puak Pak Lah sekiranya Mukhriz lawan KJ sekiranya ianya berlaku. (mungkin KJ pun takut atau diarahkan supaya tak bertanding untuk menyejukkan kemarahan akar umbi UMNO). Tetapi secara tersirat ia adalah pertandingan antara puak Najib yang diwakili oleh puak Mahathir dan puak Pak Lah.(cakap politik kedai kopi yang tak tahu mana sumbernya)
Barisan kabinet baru Pak Lah menunjukkan puak Najib dah habis di cantas oleh Pak Lah seperti Jamaluddin Jarjis dan beberapa orang lain lagi.
Pak Lah menaikkan semula Mike Tyson yang kita tahu amat setia dengan ketua (isu wang dibawa ke Australia bukan milik dia).
Pak Lah memerlukan orang-orang yang neutral seperti Shahrir Samad yang amat lantang bersuara dan berpegang pada prinsip untuk hadir dalam kabinet dan UMNO dan mungkin bertanding Naib Presiden.( itu kita masih tak tahu kerana pemilihan dan pencalonan belum dibuat). S/U baru UMNO dan Ketua Penerangan memang orang Pak Lah sebab dilantik orang seperti Mike Tyson dan Tengku Adnan.
Puak Najib hanya terdiri dari Hisham dan Najib sendiri. Puak Najib berusaha mengatur orang-orang nya untuk menghadapi puak Pak Lah dan mencantas kedudukan KJ sekiranya KJ menang Ketua Pemuda.
Namun walau apa pun kita tunggu dan lihat aje la.

A KADIR JASIN said...

Sdr Tok Mat,

Teringat saya kepada pemilihan pemuda 1982 apabila Anwar mencabar penyandang iaitu Suhaimi Kamaruddin.

Remember Anwar's victory night at Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka?

He beat Suhaimi by a mere 10 votes. Anwar, Umno, Dewan Bahasa.

Today, not even the smallest and poorest parties holds their AGM at a place like Balai Budaya. It must be at a hotel.

That was probably the last genuine fight for the Umno Youth post. In the following contest, Anwar decisively beat Haji Suhaimi.

Thank you.

Anonymous said...

Jerlun, bukan Jerlus.

norizan sharif said...

Tok Mat, kalau tak dak pertandingan tak meriah UMNO ni .. Biar semua jawatan ada pertandingan, baru seronok sikit... Mengenai komen Tok Kadir Jasin, biasalah... hasil DEB orang Melayu senang lenang ... bukan setakat buat mesyuarat di hotel, kalau nak bertanding ketua pemuda bahagian, mesti ada sekurang2nya Harrier. Kalau setakat naik proton saga, tok sah harap ler ... Bila depan nak ubah sikap? Entah ler ...

ChineseSupporter said...

Hi,

As Umno member of you, you should understand the evolution of social trench. In 1960s (Before 513 Events occured), All Malays are living in poor condition, majorities were working as slave or not living together with other races. Since the "Razak Report" implemented in 1970s, all the Malays and Chinese, even India are living together during the Primary, Secondary school, even the University. BN especially UMNO proposed and Executed the "Razak" policies, but does not aware the evolution trench of social and always shout "Perjuangan untuk Melayu". Can you imagine, since Malays living and working together with other races, is they interesting or response on "Perjuangan untuk Melayu"? This politic marketing not only cannot attracted the participation of Malays, also leading hatred of other races. (factor 1: without awareness of social trench)
Secondly, Malays Leave or split from UMNO is because of they can't get any opportunities in development of their career. Although the current Infrastructure had strengthen the leadership power, but lost a lot of professional, even some are not take care by UMNO surpreme may join the PKR and PAS. (factor 2: Infrastructure had been restricted the opportunities of all Members)
Thirdly, UMNO over concerned the leadership or ruling power of country and result-in some members abusing the power and handled the issue in arrogantly way. By this reason, the sentences of "UMNO Warning xxx" and "Strictly Punished xxx" are boosted by media. As you're a NewsPaper Reader, when u read this kind of sentence, what is your feeling of this party? This issue being dislike by all Malaysia, members of royalty kingdom, even the Sultan. (factor 3: Arrogantly boosted by media)
Others factors would be social issues such as petrol, price, living, pig farm etc. As a CEO of BN --- Mr. Abdullah, his poor leadership images already stick at all BN members memory. aforementioned the UMNO overconcerned the ruling power of leadership, everyone including MCA - Ong Kar Ting, MIC - SAMY, Gerakan - Dr. Koh even the UMNO members always saying that the "Final Decision are decided by Mr. Abdullah" resulting Mr. Abdullah have to bear the responsibilities even some are not proposed by Mr.Abdullah. That's disadvantageous of overconcerned of leadership power. Since every leaders do everything in discretion power way, do you think the follower will against their leader obviously for any dissatisfaction. "Support u in front and tabbed at your back", u understand this sentence right? Mr. Abdullah had overcome the risk of above the sentences, can u assure that BN Members will not "Lompat" in the future? Every Malaysian know that the cabinet structure organized by Mr. Abdullah only strengthen and gained the supported by "UMNO Tertinggi" continue to be CEO of BN, not all the BN Members, the probability of ruling power shaking still overthere under the growth of "Pakatan Rakyat" or Anwar Ibrahim. It's obviously that, Dr.Mahathir attacked UMNO frequently is due to private affair between him and Mr. Abdullah. You can imagine that, since the affair related to their both benefit which cannot reveal to everyone, what are the things Mahathir blamed? of course, that's government policies, Mr. Abdullah really tarnished / destroyed UMNO, even the BN because of his and Mahathir private affairs (Mr. Abdullah will not tell you the truth). In order to minimize the risk of "Lompat" and regained the confidence of BN member, resolved the issue of Mahathir attacking and revamp the infrastructure of UMNO, that's only one solutions --- kindly advise Mr. Abdullah to step down. In Taiwan, Korea even some democratic countries, the party leader step down and apology when his/her morality/behavior found which could threaten the reputation of party and not awaiting for evidence because they awared the party survive rather than others. Therefore, the party leardership restructure and continuous compete with competitors. Timing is very important, since your leader's bad things already stick in your memory, and your leader would tell you that "there's no evidence to show I'm wrong", what's your thinking? that's a reason, all the Malaysian pull down the BN without warning. This is common sense and predictable. If Abdullah does not step-down in proper timing, Mahathir will continue to attack, dissatisfaction of BN may Lompat, do u think Barisan National can survive in the future? People only think that, the corruption and other drawback still continue if Mr. Abdullah still make a long staying instead of he is a responsible CEO. UMNO is very important and play an important roles in Barisan National and Malaysia --- Save your party, Save the Barisan National and Save the Country.

Capt. Sam said...

Salam sejahtera saudara2 sekrlian,

Maaf pada saudara2 Ahli Umno semua, Demi ketuanan Melayu, Islam dan dan Tanah Melayu, Saudara-saudara2 yg dipilih dan dilantik termasuk G7 akan menentukan masa depan UMNO dan anak cucu kita nanti, Janganlah terlalu mementingkan diri untuk kepentingan materialistik dan sanggup mengandai masa depan kita dinegara sendiri,

Mmg telah banyak kesilapan yg dilakukan, tapi masih belum terlambat, masih ada peluang untuk perbetulkan keadaan,

Pada pemimpin yang telah hilang pengaruhi secara keseluruhan harus terima hakikat yang kita telah gagal lepaskanlah jawatan secara terhormat selagi UMNO boleh diselamatkan, Jangan dok kerana nak pastikan koroni memcapai kedudukan yg baik dalam parti kita nak melawan Arus hingga tenggelam keseluruhan perahu yang dinaiki ...

Pak Lah harus terima hakikat ini, Ramai yg minta belau berundurlah cara terhormat, kerana ramai disana hanya membodek tapi didalam hati mahu Pak Lah berundur.. Saya tak mahu Pak Lah kalah dalam pertandingan UMNO Dec ini. Terutama pada Ku Li,

Ku Li nampak pasti akan bertanding Persiden, Saya berharap Najib akan bertanding Jawatan Persiden juga,.. Tapi jika pertandingan 3 penjuru, Pak Lah, Ku li & Najib, Besar kemungkinan Ku Li Boleh Menang...

Pak Lah kena berundur dan beri Laluan & Sokongan terbuka pada najib, Biar Najib lawan Ku Li... Baru ada harapan Najib Menang,...
Najib Mungkin hilang sokongan dek kerana isu terkini yg melibatkan Kes Prempuan Mogolia....

TSMY, mesti bergerak dari kelompok Naib Persident,.. Tempat yg paling baik untuk beliau ialah Timbalan Perseident, Tapi kalau belaiu yakin Persidentpun boleh ada harapan... Cuma TSMY ini kurang pengaruh wlaubagaimanapun peribadi agak baik...

Ali dan Isa Samad pun boleh cuba jawatan timbalan Persiden, kalah tak rugi mana !!..

Saya Harap Lepas Pemilihan Nanti kita akan dapat yang terbaik seperti;

Persident - Najib
Timb Persident - TSMY
Naib Persident - Tok Pah
Naib Persident - Ali
Naib Persident - Pak Syed
Pemuda - Muhkriz
Wanita - Sharizat

Amin