Thursday, April 10, 2008

Umno Johor & isu babi PR jadi tumpuan

ISU politik saban hari menjadi berita utama di akhbar dan televisyen arus perdana. Begitu juga di laman web dan blog, yang mengikuti setiap langkah perkembangan terutama selepas berlakunya tsunami politik sebulan lalu.

Hari ini saya terbaca laporan akhbar Singapura yang menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan 'dipujuk' untuk meletakkan jawatan. Kerja memujuk ini dibuat oleh Umno Johor, menurut laporan itu lagi.

Saya belum lagi terbaca penafian terpeinci dari pemimpin Umno Johor. Mungkin ia akan menyusul selepas pertemuan Pak Lah dengan pemimpin Johor besok (Jumaat). Nampaknya, tumpuan politik Umno berpindah sekejap ke Johor, apatah lagi dengan kunjungan Tengku Razaleigh Hamzah yang dijadualkan berucap di Muar Ahad ini.

Rata-rata politik menjadi buah mulut. Beberapa usahawan yang saya temui khuatir kerana terlalu banyak masa dihabis kepada politik dan mereka tertanya apakah ini tidak akan menjejaskan pentadbiran, terutama dari segi kerja-kerja pengisian masyarakat selepas pilihanraya.

Umpamanya, Kerajaan Negeri Terengganu hanya baru tertubuh dengan penuhnya selepas ahli EXCO mengangkat sumpah semalam. Banyak masa terbuang dengan politik, kata mereka. Mereka berpendapat politik akan terus menguasai agenda negara setidak-tidaknya hngga akhir tahun apabila Umno mengadakan perhimpunannya.

Tetapi di Selangor lain pula. Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berhadapan dengan isu keputusannya untuk meluluskan projek ternakan babi berjumlah RM100 juta. Sudah pasti perkara ini memaksa Pas sebagai komponen Pakatan Rakyat bergelut dengan rakan kongsinya. Apapun, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas untuk meneruskan projek itu.

Kesediaan Pas untuk menerima projek itu walaupun ia tidak bersetuju dengannya sebelum pilihanraya membuktikan bahawa parti komponen PR benar-benar sedang berusaha mencari titik pertemuan dalam barisan mereka yang setahun jagung itu.

Kita boleh membuat andaian bahawa isu sensiviti tidak langsung menjadi faktor dalam keputusan projek ini. Kerajaan PR melihat ini sebagai pelaburan besar yang menjamin pulangan besar. Soalnya, apakah PR sanggup mengenepikan perasaan pengundi Islam semata-mata mahu mengejar laba? Tidakkah PR khuatir bahawa mereka akan kehilangan pengundi Islam di masa depan?

Disebaliknya, apakah PR akan kehilangan pengundi bukan Islam pula di masa akan datang? Ini adalah satu-satunya cabaran awal kerajaan PR Selangor. Mungkin ada baiknya jika Kerajaan Selangor mengkaji semula projek itu, terutama dari segi saiz dan jumlah pelaburan. Mungkin kerajaan Selangor berhasrat mengekspot babi ke negeri lain, atau ke luar negara.

Usaha menternak babi dengan kaedah baru menggunaklan teknoloji moden memang ada. Antara lain, teknoloji ini boleh menyekat pencemaran alam dan menjamin ternakan yang lebih teratur.

Soalannya - apakah kerajaan Selangor benar-benar memerlukan projek sebesar ini? Mengapa tidak buat yang kecil mencukupi untuk keperluan Selangor sahaja? Kita tidak mahu melihat kerajaan Selangor mengutama keuntungan sambil membelakangkan sensiviti pengundi dan rakyat.

13 comments:

demon lord said...

Che Mat,
how i wish i m still in johor. things are hotting up down there. do please keep us up to date, especially, the behind the scene happenings. nonetheless, hopefully this too much politics wouldnt dragged on till end of the year. the quicker things settled, the better. hoping for calm and rebuilding of umno for the sake of malays and the country. the corrupts and incompetents should immediately be asked to leave or thrown out.

Hisam Zawawi said...

Datuk, I think that the Babi issue will actually blow up in Umno's face because it has now come to light that the project was actually approved during Khir toyo's time. I am personally in support of the project because enclosed modern farming is the only solution we have to prevent anymore nipah virus outbreak and reduce pollution. It appears that the Selangor Government will only be giving the land for the project while the farms itself will be paid for by the taukehs.
anyway Babi is a food and we should not take too much offence against it, after all we Muslims regularly hold korban in school compounds where Hindus send their children as well...

that's my two cents worth

dsaint said...

Dengar kata Pengurusan UMNO pergi Penang dan Kedah kena belasah dengan orang UMNO? Depa marah kat leadership. Suruh PM undur and Najib and Muhyiddin ambil alih?

Anonymous said...

Oink, oink...Bila dah invest 100juta, boleh buat export bisnes. Mula Export ke Perak dan Penang. Lepas tu mintak permit Export overseas sebab babi membiak cepat. Kemudian mintak Kerajaan allocation buat downstream bisnes, buka Cold Room, Abattoir (tempat sembelih), daging bisnes.Transport lori asingan, kena pergi Port naik kapal, tak payah samak,boleh suruh Kerajaan supply kapal, transport.Ni Bisnes bagus sebab Negara lain tak buat jadi demand babi tinggi.Lagi pun Pig Farm Selangor ada Chop Royal Selangor Pig Farm, boleh dapat Certificate Best Farming Practice, Organic Certificate untuk feed makanan babi, ISO Std,Hygienic International Std,Canggih Pig Farm boleh jemput FDI, kalau boleh, buat Agro Tourism, open untuk orang lihat produktion babi, boleh masuk tv macam pergi tengok crocodile farm. Nanti buat barangan jenama buatan kulit babi. Lama-lama orang Islam pun tak hairan babi, tak berasa jijik, anak-anak ingat babi cute, sebab banyak toy babi as souvenir. Jadi amacam? Orang bukan Islam berjaya mengalah semangat perjuangan Islam! Berjihad Ekonomi?

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Kita mengimport 70% daripada keperluan daging lembu untuk negara. Walaupun ada keperluan yang nyata tetapi kita (kerajaan) tidak pula memberi RM100 juta kepada sesiapa untuk membina ladang lembu bagi memenuhi permintaan dalam negara.

Sehubungan dengan ini kenapa kita tidak menggunakan pendekatan yang sama untuk memenuhi keperluan daging babi? Bukankah itu lebih mudah dan dapat mengawal sensitiviti masyarakat Islam serta mengatasi masalah pencemaran kronik yang berlaku daripada penternakan babi.

http://c-bok.blogspot.com

dhomnirhahs said...

hmm .. revise balik manifesto parti pemerintah selangor ni ..

DAP - Just Change It For:

Safer Streets

15,000 policemen to patrol streets in Selangor to reduce crime & protect our families ( belum laksana )

Establish the Independent Police Complaints & Monitoring Commission (IPCMC) ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

More employment opportunities for the urban poor & marginalized in Selangor ( jawatan telah dibuka - penternak babi )

Lower Costs

Renegotiate unfair contracts e.g. highway concessions for lower tolls ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

Implement open and transparent tenders for all government contracts ( belum laksana )

Improve public transportation in major cities in Selangor ( belum laksana )

Quality Education

Equal opportunity and access to education for all Malaysian students ( belum laksana )

Ensure that the state government provide quality education through Universiti Industri Selangor (UNISEL)( belum laksana )

Fair and institutionalized financial allocations for vernacular schools, ie SJKCs (Chinese primary schools) and SJKTs (Tamil primary schools) ( belum laksana )

Clean Government

Local government elections to ensure accountability & efficiency ( belum laksana )

Ensure that the state/federal government is accountable to the Rakyat ( dalam proses )

Provide and protect green lungs for densely populated cities in Selangor ( dalam proses - bermula dengan ladang ternakan babi termoden .mungkin mufti baca ni kot )

Stronger Opposition

Provide effective checks and balances to the Selangor government and the federal government ( dalam proses)

Immediately halt the indiscriminate demolition of temples, mosque, surau or churches ( belum laksana)

Legalise temples, mosque, surau or churches built on private or state land. (dalam proses - agaknya )

Protect women’s rights and eliminate discrimination ( babi first - then women )


PAS Selangor

Urustadbir Berwibawa

* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)

* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri ( dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung )
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses - agaknya )

Sosial dan Kebajikan Rakyat

* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran
Selangor ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke
nurseri ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah ( belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat
tawaran ke Universiti ( belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor ( diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah
tangga ( belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang
upaya dan anak yatim ( belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak ( belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga ( belum laksana)
sepenuh masa anak-anak kecil mereka ( belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman
sendiri ( belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam ( belum laksana)

Kesihatan Rakyat

* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas ( belum laksana )


Ekonomi Rakyat

* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( mula dengan ladang bab* dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepadagolongan belia dan wanita
muda ( belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa
minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua
tahun pertama (air ok, elektrik belum.. tq)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai
premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20
meter padu pertama setiap bulan ( dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama
petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi
di atas garis kemiskinan ( belum laksana ( atau mungkin akan dilaksana jika termasuk pada projek pemodenan pembelaan ni kot?) )

Keselamatan Rakyat

* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg
mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir ( belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang
lebih berkesan ( peringkat federal, susah skit )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah
dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan pusat khidmat sehenti bab* dulu )

Anonymous said...

Sdra Ahmat
Saya berasa orang Melayu kebelakangan ni lebih banyak hentam menghentam sesama sendiri daripada memikirkan sesuatu yang bernas untuk memajukan ekonomi. Bukankah lebih baik kita bermuhasabah dari segi kemajuan Melayu dalam ekonomi daripada menyalahkan mantan Perdana Menteri Dr M atau Pak Lah atau sesiapa saja kerana budaya salah menyalah ni tidak akan habis sehingga kiamat.

Cuba kita perhatikan MCA, mereka kalah juga dalam PRU12, tetapi tidak ada pula hikayat demi hikayat isu salah menyalah ni?

Berkenaan projek babi di Sepang, saya rasa wajarlah ia dikaji semula sebab jumlah pelaburan RM100 juta tu terlalu besar. Jika diambil perkiraan rambang, RM100 juta itu boleh menternak R10 juta ekor babi berdasarkan kos "membesarkan" seekor babi RM100. Dan jumlah 10 juta ekor babi tu lebih banyak daripada 4 juta ekor kambing biri-biri di Australia dan 2 juta ekor lembu feedlot New Zealand. Jika babi di Selangor saja berjumlah 10 juta ekor dan penduduk di Selangor 2 juta orang (dicampur dengan Wilayah), bagaimana ye nisbah satu babi dan seorang penduduk? Astagfirullah, takut nak congak!

Editor said...

Assalamualaikum

Bila orang politik bersuara, seperti ada yang tidak kena. Semuanya dipolitikkan. Baik orang politik BN mahupun PR. Apapun kita kena kembali pada kaedah Islam. Jangan terlalu mempolitikkan sesuatu isu, contohnya isu babi. Kena jaga sensitiviti kaum, Jika hal-hal ini dibesarkan oleh orang melayu Islam, apa kata orang bukan Islam? Jadi sepatutnya kita tunjuk contoh baik, biar mereka terpikat dengan akhlak kita. BArulah, mereka mahu masuk Islam. Masalah yang boleh diselesaikan secara berhemah, akhirnya kerana kepentingan politik, jadi isu nasional dan sensasi. Mengapa tidak kita mengambil iktibar kejatuhan empayar Islam terdahulu?

Anonymous said...

oink oink!!!

anakbulan said...

Seorang sahabat saya di Tumbok menceritakan kisah menjadi penunjuk perasaan upahan dan mendedahkan cukai ufti kepala babi yang dibayar oleh tokey2 babi di Selangor kpd ketua2 kampung Umno selama ini.

http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Anonymous said...

Shahrin Mohd,

Kawan, baru sebulan shj, pilihanraya berlepas, takkan awak harap semua manifesto PR dapat habis dilaksanakan?
Padahal BN yang buat janji 2004, banyak yang tak dapat dilaksanakan...ingatleh bro?

Relaks sikit, bagi chan kpd PR, tapi kalau tak nak bagipun kami pahamler, mungking awakni ahli UMNO????

Anonymous said...

tok mat yang dihormati

tokok-tokoh agama tentu lebih arif tentang hukum dan fatwa bela babi ni, tambah lagi di kalangan pemimpin pas yang tak fail agama, tentu ramai yang bijak dalam hal ni. keputusan pru12 juga turut membuktikan bahawa yang urusan bela babi ni tak kenal siapa pemimpin politik mereka. baik masa bn atau pr memerintah, urusan bela babi ni mesti difikirkan juga, yang pasti babi ni tetap nak dihidupkan, malah dalam persekitaran lebih selesa, kerana nak bela babi ni bukan senang, banyak cerewet dan kosnya pun bukan calang-calang tinggi - demi kebersihan dan keselamatan umum. malangnya ada nasib umat yang hidup lebih malang daripada nasib seekor babi.. itulah yang menjadi isu dan persoalan sebenar yang patut diambil perhatian baik oleh pemimpin bn atau pr... nak bela babi belalah sebab babi pun makhluk di alam semesta ini,,, asalkan nasib umat terus terpulihara dan lebih baik nasibnya daripada seekor babi..

rakyat biasa yang tak makan babi.

Anonymous said...

"Kawan, baru sebulan shj, pilihanraya berlepas, takkan awak harap semua manifesto PR dapat habis dilaksanakan?
Padahal BN yang buat janji 2004, banyak yang tak dapat dilaksanakan...ingatleh bro?

Relaks sikit, bagi chan kpd PR, tapi kalau tak nak bagipun kami pahamler, mungking awakni ahli UMNO????"



Apa salahnya menjadi ahli UMNO.... berdosa ke???