Saturday, December 19, 2015
Umno dan Pas - musuh boleh jadi sahabat?
Assalamualaikum! Perhimpunan Agung Umno dah habis. Hentam menghentam berterusan, walaupun tidak sekuat sebelum dan semasa perhimpunan. Dalam sehari dua ini, masyarakat Melayu dipaparkan satu lagi adegan politik. Adekan ini ada dua pelakon utama, DS Najib Razak selaku PM dan Presiden Umno, dan DS Hadi Awang, boss Pas. Mereka berdua hadir di satu pentas yang kemudian menjadi topik perbualan hangat di kalangan orang politik, pemerhati dan pemain-pemain politik yang lain. Antara soalan yang timbul ialah: apakah Umno dan Pas akan bersatu? Apakah ini titik permulaan penyatuan orang Melayu di persada politik tanahair? Saya tak nampak Umno dan Pas akan bersatu. Malah, ini juga bukan tujuan utama dua parti politik utama ini berada di atas pentas. Saya tidak fikir Umno mahu Pas masuk Umno; dan Pas juga tidak berhajat untuk dibubarkan dan ahli2nya masuk Umno. Yang mereka cari ialah titik permuafakatan yang boleh memberi nafas baru perjuangan politik kedua2 parti. DS Najib sedang diasak dari pelbagai pihak ekoran isu 1MDB dan derma 2.6 billion ke dalam akaun peribadinya. Hadi pula hilang beberapa pemimpin yang keluar parti dan menubuhkan parti baru, Amanah. Dalam keadaan demikian, adalah sesuai kedua-dua pemimpin mencari titik2 pertemuan ideologi jika mereka boleh berpasangan untuk jangka masa yang panjang. Dan bukan hanya sekadar PRU14 kira-kira dua tahun lahi. Jika kedua parti boleh mencari titik perkongsian pengaruh dan saling bantu-membantu, peluang untuk kekal berkuasa itu ada, walaupun ia bukanlah sesuatu yang dijamin. Sejarah menunjukkan Umno dan Pas pernah tidor sebantal. Jodoh mereka tidak berpanjangan dan Pas kemudian membawa diri. DS Najib dan DS Hadi serta rakan-rakan mereka perlu mencari asas permuafakatan yang jujur dan ikhlas dan untuk jengka masa yang panjang. Pakatan baru ini perlu hidup walaupun kedua-dua pemimpin - DS Najib dan DS Hadi - tidak akan memimpin parti masing-masing di masa depan. "The coopertion between the two parties must outlive the two leaders in the years to come." Sama-samalah kita tengok sejauh mana kerjasama ini boleh diwujudkan. Kunci bukan terletak kepada DS Najib dan DS Hadi. Kunci berada di kalangan ahli biasa yang sudah banyak tahun bermusuhan di seluruh pelusuk tanahair. Tetapi inilah politik. Sahabat boleh bertukar menjadi seteru dalam sekelip mata. Musuh juga boleh berbaik2 dan menjadi rakan apabila keadaan memaksa. Kita tunggu dan lihat.
Sunday, December 13, 2015
Sorry DS Najib, KJ, Sarah, Esther!
Good morning everyone! I hope everyone had a good sleep after the Umno general assembly and after watching football last night. We'll talk about Umno later. But I want to share some thoughts on football this morning. I gave away some tickets for the Malaysia Cup final last night and watched the game on TV instead. With my fever and cough, I better stay put and watch the game on TV. As everyone now knows, Selangor is M-Cup champion for the 33rd time. I'm a Selangorian and am happy of course. The team played really well I thought. Kedah played well too but the lacked good finishing. Selangor took their chances well. Better luck next time Kedah. Then again you did beat us before to become champion too right? The future for our football is bright, I think. But the football administrators must get their act together. The coaches too. If coaches fight among themselves (as they did about two weeks ago), then we might as well bury the team and give away the jerseys and socks and boots. We do have talent. It's a question of how to get the talent to gel and play seamless football.
It's the same thing with Man Utd (the team that has global appeal with PM DS Najib Razak and Sports Minister Khairi Jamaluddin as fans). TS Johan Jaaffar's wife, Sarah, is another hardcore fan. She watches almost every game. Ex-colleague Esther is another fan who's patience and loyalty are being tested. Tan Man U Manager LVG has good track records; his team of millionaires have abundant talent; training facilities are among the best in the world. But they are stingy where goals are concerned. At least that's what we see this season. It'll take a bit of time for the players to really gel and start showing their worth. Since I couldn't sleep last night, I watched the team played Bournemouth. It was a disastrous showing for the Red Devils. Granted LVG operates a hospital and not just a football club. But fans are baying for blood. Losing is one thing, but the manner in which the team has been playing this season can put die-hard fans to snore fairly quickly. Man U to occupy one of the top four slots end of the season? May not be a good idea to put your money on it.
Friday, December 11, 2015
Hujjah siapa yang lebih dipercayai?
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Tun Dr M dah bercakap. TS Muhyiddin pun dah bercakap. DS Najib Razak pun dah bercakap. Mereka semua dah beruacap di beberapa lokasi. Dr M berhujjah di pentas dan dalam blognya. TS Muhyiddin menyampaikan hujjahnya melalui facebook dan yang terbaru di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru. DS Najib pula berucap di PAU di PWTC. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Penyokong dan pengkritik boleh meneliti hujjah yang disampaikan dan buat oenilaian sendiri. Pendengar dan penonton akan membawa hujjah2 ini ke tempat masing-masing dan mengupas hujjah ini mengikut keupayaan mereka. Hujjah siapakan agaknya yang akan lebih berpengaruh? Isu-isu yang dibangkitkan tidak mungkin akan lenyap dengan begitu sahaja. Isu-isu ini (integriti pemimpin, perjuangan dan idealisme, hal-hal kehidupan harian, isu besar seperti 1MDB dan derma jutaan ribu ringgit, kesetiaan pada parti dan ketua, imej dan kewibawaan) akan terus menjadi bahan bualan. Besar kemungkinan isu-isu ini akan terus hidup sehinggalah PRU yang akan datang.
Monday, September 28, 2015
Wednesday, September 9, 2015
Demo bukan bukti kejantanan Melayu
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Rata2 saya tengok ada poster mengajak orang Melayu berkumpul dan buat demo di sekitar Bukit Bintang dan Low Yatt. Menurut cerita yang rancak dibawa ke sana ke mari, tujuan berkumpul ialah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu berani dan tidak boleh diperkotakkatikkan. Sebelum perhimpunan ini diadakan, satu demo kegagahan orang Melayu telah diadakan. Beberapa orang pesilat menunjukkan kehebatan mereka dipukul dengan kayu dan belantan tetapi mereka tidak cedera langsung. Nah, itu dia Melayu gagak perkasa. Namun, demo gagah itu mendapat pelbagai reaksi. Ramai juga yang mengutuk dan mempersoalkan demo tersebut. Sekarang orang Melayu diajak berkumpul pada 16 Sept. Mereka yang menganjur perhimpunan ini mungkin ada agenda lain dari mahu menunjukkan betapa hebat dan kuatnya orang Melayu. Takda cara lain ke bro? Penganjur ialah orang Umno. Mungkin ada juga orang bukan Umno tetapi pemimpin Umno dilihat sebagai penggerak utama. Nak jadi Datuk Harun Idris ke bro? Cuba kita kaji kekuatan orang cina. Mereka kuat kungfu atau kuat niaga? Mereka banyak senjata ke atau banyak duit dan harta? Saya fikir banyak cara lain kalau Melayu nak tunjuk gagah dan perkasa. Dalam masyarakat hari ini, rakyat bukan bodoh. Juga bukan naive atau tidak tahu "baca tingkah laku yang tersirat." Saya khuatir demo orang Melayu ini memungkinkan tindakan politik yang merugikan. Kuat berentap bukan bermakna kuat kuasa politik. Kuat kuasa politik pun bukan menjamin kesejahteraan rakyat, apatah lagi pada masa ini dimana wujud "trust deficit" atau sifat curiga terhadap kerajaan atau kurang percaya dan kurang yakin kepada kerajaan. Ini PM DS Najib Razak yang kata. Saya fikir elok kaji semula usaha nak berhimpun pada 16 Sept ni. Buktikan kejantanan kita dengan cara yang lebih santun dan matang. Salam.
Tuesday, August 25, 2015
Ringgit bukan jalan ke syurga
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata2 sejak kebelakangan ini cerita fasal duit kita menjadi tajuk bualan hangat. Mereka yang bukan pakar kewangan pun bercakap fasal ringgit. Kalau kita tengok dalam media sosial, kejatuhan nilai ringgi menjadi satu topic popular. Tulis fasal ringgit, mesti ramai yang komen. Pagi2 lagi saya dikejutkan dengan satu mesej SMS dari kawan yang berada di utara tanahair. Katanya, kalau ke Danok untuk makan tomyam dan urut kaki, duit kita sudah tidak diterima lagi. Peniaga2 Thai nasihat pelanggan pergi tukar ringgit kepada Baht dulu. Mereka takut ringgit yang mereka simpan akan terus jatuh. Oleh yang demikian, buat apa simpan ringgit, kata mereka. Nah, ini satu contoh. Kita boleh kata kalau nak makan tomyan yang sedap, tak perlu pergi ke Danok. Itu memang betul. Tetapi itu tidak mengubah keadaan bahawa ringgit Malaysia sudah tidak lagi dihormati atau sudah tidak lagi menjadi duit yang disukai. Apa pula kesannya kepada ekonomi negara? Kalau nak beli barangan atau perkhidmatan luar negara, kita kena bayar dengan sejumlah wang yang banyak.Bagi peniaga yang berniaga dengan mengimpot barangan luar, sudah tentu ini mejadi satu masalah besar. Apabila pemimpin negara ke luar negara atau misi perdagangan kita ke luar negara, sudah tentu perbelanjaan juga akan meningkat. Aoa kesudahannya? Saya tak tahu. Saya bukan pakar kewangan. Tetapi penjelasan yang diberi oleh kerajaan belum lagi meyakinkan orang ramai..
Wednesday, August 19, 2015
Ada komplot? Takda komplot?
ASSALAMUALAIKUM! SEMENJAK dua menjak ni heboh pula cerita tentang ada komplot di kalangan orang politik untuk menjatuhkan kerajaan. TPM merangkap menteri dala negeri DS Zahid Hamidi kata dia ada maklumat bahawa ini sedang diusahakan.Katanya ada satu "orang tua" yang mengetuai usaha ini. Beberapa hari selepas itu ketua Kelab Backbencher BN TS Shahrir Samad kata ini nak betul. Mana ada orang BN yang berkomplot nak jatuhkan kerajaan, katanya. Saya fikir DS Zahid perlu bagi pencerahan seberapa segera sebelum beliau dijadikan bahan jenaka. Apabila TS Shahrir menyanggah DSZahid, udah ada kata2 yang sinis. Siapa antara mereka yang bercakao benar dan betul. Atau mungkinkan DS Zahid tahu apa yang TS Shahrir tidak tahu. Jangan lupa - DS Zahid ialah menteri dalam negeri. Dia ada banyak info. Cakap2 di kedai kopi dan di alam maya menunjukkan ramai orang tidak mahu percaya apa yang disebutkan oleh TPM baru ini. Ada juga yang mendakwa ini ialah taktik penyokong PM Najib Razak untuk mengalih pandangan khalayak ramai dari isu 1MDB dan derma RM2.6 billion..Anda ada fening? Ramai yang fening...!
Friday, August 7, 2015
Antara kepentingan rakyat dan tembolok menteri
ASSALAMUALAIKUM! Kita ketepikan cerita politik kejap. Kita cerita fasal rombakan Kabinet. Dua tiga hari yang lepas ni kita tengok upacara serah tugas dari satu menteri ke satu menteri yang lain. Ia dibuat dengan serba serbi aturcara, lengkap dengan temuramah oleh media massa. Dan seperti biasa, menteri2 bagi kata semangat kepada kakitangan mereka dengan nasihat supaya kerja kuat dan rajin. Setiap kali ada perubahan macam ni, akan ada ucap semangat dan kata2 nasihat. Sikit masa lagi, kita mungkin akan dengar beberapa pindaan atau semak semula projek2 yang dibuat oleh menteri lama. Ini dah berlaku terlalu banyak kali. Dah jadi perkara biasa. Dalam keaadan politik yang sedang hangat hari ini, siapa antara menteri2 yang ada yang akan fokus kepada tugas dan tanggongjawab mereka habis-habisan? Tokpa? AWO (Wahid)? Saya pernah menghadiri satu mesyuarat di mana ahli jemaah menteri juga hadir. Ada seorang menteri ni tak mengeluarkan sepatah perkataan pun sepanjang mesyuarat satu jam itu. Dah dua kali mesyuarat saya tengok dia membisu. Soalan pokoknya - siapa antara jemaah menteri hari ini yang bersuara untuk kepentingan rakyat dan siapa menteri yang membisu untuk menjaga kepentingan dia sendiri?
Monday, August 3, 2015
BN Selangor bagi gambaran tak tepat dlm PRU13
ASSALAMUALAIKUM semua.
Betulkah PM DS Najib Razak termakan dengan cakap2 dari pemimpin UMNO negeri Selangor bahawa parti mereka, Barisan Nasional, boleh menawan semula negeri itu dari PKR dalam PRU yang lepas? Kalau apa yang saya baca dan dengar itu betul, PM kata dia dapat gambaran yang positif terhadap peluang di negeri kaya itu dalam PRU13. Namun, kita semua tahu bahawa keadaan di akar umbi jauh berbeza. Ketika berhadapan dengan musuh politik mereka, Selangor dipimpin oleh dua nakhoda. Dan PM sendiri menjadi ketua perhubungan negeri. Jika PM menaruk harapan bahawa beliau boleh menawan semula Selangor, nyata sangkaan ini jauh meleset. Kita semua tahu keadaan di Selangor sangat bercelaru. Jika dua nakhoda tidak sehaluan, macam mana nak tawan Selangor? Dan hari ini, BN/Umno Selangor sunyi sepi. Mungkin dah takda semangat. Atau dah tak kisah? Dalam telekan saya, BN/Umno akan berhadapan dengan masalah besar jika mahu merampas semula negeri itu dari PKR. Dengan kemelut yang kita semua nampak hari ini, PM lebih menumpukan usaha kepada kelangsungan kerjaya politiknya dari politik negeri Selangor. Tapi, itulah politik. Dan orang2 besar BN/Umno di negeri Selangor tidak pula kedengaran atau kelihatan mahu menebus kekalahan mereka di tangan PKR. Bukan sekali, tetapi dua kali. Kita tengok apa lagi akan berlaku di Selangor...
Friday, July 31, 2015
Aksi sepak terajang politik semakin panas
ASSALAMUALAIKUM!
WADUH! Satu minggu yang penuh drama. Pengguguran TS Muhyiddin Yassin dari jemaah menteri menjadi topik perbualan hangat di mana2 saja. Keputusan kerajaan untuk menamatkan khidmat Attorney General TS Gani Patail juga menjadi tajuk bualan yang besar dan panas. Sehari selepas pengguguran Muhyiddin, PM DS Najib Razak melantik DS Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri yang baru. Bagi wartawan, banyak betul bahan berita muka depan. Bagi orang2 politik, keputusan ini menghasilkan kejutan besar yang masih lagi diperkatakan di mana saja. Dalam sidang akhbarnya, Najib berkata keputusan itu dibuat dengan rasa sedih. Namun, realiti politik memaksa MP Pekan itu berbuat demikian. Bagi Muhyidin pula, MP Pagoh itu kekal sebagai Timbalan Presiden Umno. Ini tidak pernah berlaku dalam parti Umno dan dalam negara. Biasanya timbalan presiden dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam keadaan sekarang, Naib presiden Zahid yang memegang jawatan TPM. Situasi ini belum pernah wujud dalam parti dan dalam negara.
Kita cuba lihat apa lagi yang akan berlalu dalam politik tanahair seminggu dua ni. Saya pasti sepak terajang politik tidak berakhir dengan rombakan kabinet ini. Tungguu....
Monday, July 27, 2015
Edge online version to get more traffic?
ASSALAMUALAIKUM and Salam sejahtera!
I got a lot of questions asking about the suspension of the Edge. Many friends in the media industry talk extensively about the suspension too. Suspending a publication will always invite scrutiny. Sometimes, it's not a question of right or wrong. Rather, it is a question of whose judging, depending on which side of the divide are you. Then again, the timing of the suspension is also subject to discussions. Why now? Why not earlier? Will there be any more suspension? Will it stop at suspension?
Those who practise the trade also have their views. There are those who believe that the Edge has down what a newspaper is tasked to do - to inform, educate, entertain. In some instances, also to expose. Every newspaper in the country, has, at some time or other, exposed wrongdoings, shortcomings and a host of other misdemeanours. Be they from the establishment or elsewhere. There are also media practitioners who may look at the Edge with suspicion. They may feel that such expose by the Edge may be too much and may even affect national security etc. Like I said, it's not a question of who's right or wrong. It's a question of who's judging. Then again, by the norms of traditional journalism, the Edge could very well have done what they feel to be correct and expected. The newspaper made some very strong allegations. And they are prepared to stick to their belief.
I reckon suspending the Edge would not stop the group from publishing more stories online. All newspapers have their online versions. All newspapers have difficulty in monetising their online versions. I suspect, the Edge may capitalise on the suspension of its print version to further strengthen its online version editorially and revenue wise. I really don't know but I won't discount that possibility. Three months suspension would give the online Edge a boost, I think.
Saturday, July 25, 2015
Will The Edge do better after suspension?
Assalamualaikum.
I read the news that a weekly financially daily, The Edge, has been suspended. This came in the wake of several revelations made by the weekly pertaining to issues concerning the controversial 1MDB. The suspension is to last three months effective immediately. The publisher and editor of the weekly said the newspaper stand by their revelations,come what may.
This is not the first time the Government has suspended a newspaper. Many years ago, the 1980s, the Govt had also suspended the Star newspaper. It lasted three months. After suspension, the Star resumed publication and has risen in influence and circulation, not to mention profitability.
Many people expect the Edge would benefit from the suspension too. We'll wait and see. In the media industry, a news organisation usually gain ground after having acquired a certain degree of notoriety. Time will tell though..
Thursday, July 23, 2015
Satu lagi percubaan mati hidup kembali
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya cuba kembali menghiduplkan blog ini. Udah beberapa kali mencuba tetapi sudah lupa log in name dan password. Alhamdulillah, hari ini saya bernasib baik dan dapat masuk blog. Lanskap dunia blogging sudah menjadi lebih besar dengan pelbagai betuk dan ragam. Teknologi membolehkan ini semua menjadi atau "possible." Saya akan cuba tulis satu posting malam ini, insyaaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)