Friday, July 31, 2015

Aksi sepak terajang politik semakin panas

ASSALAMUALAIKUM! WADUH! Satu minggu yang penuh drama. Pengguguran TS Muhyiddin Yassin dari jemaah menteri menjadi topik perbualan hangat di mana2 saja. Keputusan kerajaan untuk menamatkan khidmat Attorney General TS Gani Patail juga menjadi tajuk bualan yang besar dan panas. Sehari selepas pengguguran Muhyiddin, PM DS Najib Razak melantik DS Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri yang baru. Bagi wartawan, banyak betul bahan berita muka depan. Bagi orang2 politik, keputusan ini menghasilkan kejutan besar yang masih lagi diperkatakan di mana saja. Dalam sidang akhbarnya, Najib berkata keputusan itu dibuat dengan rasa sedih. Namun, realiti politik memaksa MP Pekan itu berbuat demikian. Bagi Muhyidin pula, MP Pagoh itu kekal sebagai Timbalan Presiden Umno. Ini tidak pernah berlaku dalam parti Umno dan dalam negara. Biasanya timbalan presiden dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam keadaan sekarang, Naib presiden Zahid yang memegang jawatan TPM. Situasi ini belum pernah wujud dalam parti dan dalam negara. Kita cuba lihat apa lagi yang akan berlalu dalam politik tanahair seminggu dua ni. Saya pasti sepak terajang politik tidak berakhir dengan rombakan kabinet ini. Tungguu....

2 comments:

mananbuyong said...

Masa inilah, pada hemat saya, ada baiknya jika ada pemerhatian dan kajian atas topik 'kerana parti ke kerana individu?' 'Kerana perjjuangan bangsa, agama dan tanah air atau kerana kedudukan sendiri?'

Akan banyak cintoh contohnya. Boleh buat thesis untok PHd.

mananbuyong said...

Rasanya sepak terajang baru bermula... Dengan Cabinet Reshuffle. Akan banyak gelagat2 pemain2.

Saya cukop meluat tengok orang2 yang fikir mereka 'pemimpin'
, tapi bertindak mementingkan kedudukan diri bukan kepentingan perjuangan, kepentingan bersama.

Mereka ini tidak berprinsip dan akan ikut arahan membutatuli asalkan kepentingan dan kedudukan sendiri dapat di-pertahan.

Akan banyak kes2 ini dapat di-lihat dengan jelas dan terang. Kalau di compile..boleh jadi BESTSELLER.