Friday, December 10, 2010
Ramai percaya usaha basmi rasuah MACC
SALAM! Seorang teman menalipon saya petang tadi memaklumkan bahawa usaha kerajaan menangani rasuah kini dilihat sebagai satu usaha yang sirius. Kajian yang dibuat oleh Transparency International itu juga memaklumkan bahawa 48 peratus dari 1,000 orang yang ditemubual percaya bahawa usaha Kerajaan itu benar2 bertujuan membasmi rasuah. Menurut kajian itu lagi, angka ini berbanding dengan hanya 28 peratus tahun lepas. Walaupun kajian itu hanya meliputi 1,000 orang, ianya dibuat dalam pertemuan depan mata (eye to eye) dan bukan melalui soalselidik jarah jauh (Internet) atau melalui edaran soalan tanpa mengetahu siapa yang disoal. Usaha ini amat menggalakkan walaupun perjalanan masih jauh. SPRM dan pengurusannya boleh merasa gembira atas keputusan kajiselidik ini walaupun mereka sendiri tahu bagaimana peritnya usaha2 membasmi rasuah. Laporan Transparency International itu diumum ketika pihak2 tertentu membuat kesimpulan bahawa usaha2 SPRM untuk menangani rasuah di peringkat tinggi adalah sandiwara politik belaka. Sama-sama kita fikirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
SPRM tidak bolih dipersalahkan melainkan badan itu diberi kuasa penuh untuk menyiasat dan mendakwa dan tidak diganggu olih mana2 pihak. Macam mana teliti siasatan dilakukan olih SPRM kalau pihak pendakwa tidak menggunakan maklumat tersebut dengan 'cekap' maka kes2 itu akan ditendang keluar olih mahkamah. SPRM bolih berjaya dan bergerak dengan berkesan jika semua pihak bekerjasama sepenuhnya dengan mereka dan mereka2 yang bergelar pemimpin2 tolak budaya rasuah ini! Selagi perkara itu tidak berlaku selama itulah SPRM akan buang masa cuba menghapuskan rasuah!
Post a Comment