Tuesday, December 28, 2010

Malaysia - esok masih ada bagi mu!

SALAM! Banyak juga peristiwa pahit manis menjelang akhir tahun ini. Kemalangan jalanraya yang meragut banyak nyawa seolah-olah sudah menjadi budaya kita. Tak kira samada yang terbunuh itu penumpang tempatan atau pelancong asing. Begitu juga dengan kes pembunuhan kejam seperti yang kita dimaklumkan di Johor - anak gadis belasan tahun dikelar leher dan dicampak dalam kebun kelapa sawit. Tak kurang juga berita yang memberangsangkan seperti tindakan membawa ke muka pengadilan terhadap beberapa kes tuduhan rasuah besar dan berprofil tinggi. Harap2 keadilan dapat dilihat seberapa segera.

Dalam pada itu, berita kemenangan 3-0 pasukan bolasepak negara keatas Indonesia memberi semangat kepada negara. Bukan saja pasukan bolasepak kita yang berpuas hati, seluruh negara juga bertepuk sorak meraikan kemenangan itu.Dahaga sungguh negara ku ini terhadap kemenangan pasukan bolasepaknya! Dan Hari Natal pula disambut dengan penuh meriah dan semangat muhibbah, sekaligus membantu memberi harapan kepada negara tercinta bahawa esok masih ada untuk kita hidup bersama dalam aman, damai dan sejahtera. Politik bagaimana? Pasti ada caci cerca, ada suka duka dan sepak terajang yang penuh "intrigue" atau muslihat. Ada orang buat kesimpulan: politik itu kotor! Saya teringat Allahyarham Dato Harun Idris, bekas MB Selangor yang pernah saya temui ketika mula2 bertugas sebagai wartawan 30-tahun lebih dulu: "Politik tak kotor. Tapi orang mengotorkannya."

Dan hari ini kita dapat lihat bagaimana tipu muslihat diguna untuk memesong pandangan rakyat, termasuk menggunakan parlimen untuk menegak benang yang basah. Hati2 wahai politikus "mee segera" dan "pejuang" tangkap muat! Rakyat akan mengadili mu tak lama lagi.

3 comments:

Anonymous said...

Pengalaman mengajar kita. Wartawan yg tak beringat pun akan "kena" juga

Pemerhati said...

Orang Melayu tidak akan sedar bahawa kenaikan harga barang keperluan adalah rancangan halus dari kaum Cina yg rata2 adalah peniaga.
Sebagai pemborong, kaum Cina boleh menyorokkan barang. Tengoklah contohnya sekarang ini bekalan minyak masak tidak ada di pasaran. Ini menyusahkan orang Melayu dan kaum Cina mahu orang Melayu rata2 marah kpd Kerajaan BN.
Kaum Cina sedar bahawa kaum Cina tidak boleh memerintah Malaysia tanpa sokongan kaum Melayu. Dgn cara ini, kaum Cina dapat sokongan dari Cina DAP, Gerakan, MCA dan PKR dan juga orang Melayu dari PAS, PKR DAN juga orang Melayu yg marahkan BN sebab harga barang naik.
Kalau BN nak menang PRU13 senang saja. Turunkan harga petrol, gas, gula, minyak sawit dgn cara menambahkan sabsidi. Adakan pilihanraya PRU13. Lepas itu bila dah menang dgn selesa, naikkanlah harga barang2 dgn perlahan2.
Melayu mudah lupa .......

Anonymous said...

Tokmat


Please oversee the atrocious pronounciations of your newscasters and reporters on TV3 Berita Utama News Bulletin.
Many times it's good for laughs and it's really an embarassment.
A case in point tonight (Jan 13), your newscaster pronounced Lebuh McCallum in Penang as Lebuh M C Alum.
It's understandable if most of your newsreaders cannot pronounce Tucson, Arkansas, Chesire or Stratfordshire.
But really it's no excuse since the foreign news agencies do issue guide to pronounce the names.
Thank you.