Saturday, January 29, 2011

Mesir goncang, Timur Tengah turut goncang







Salam! Satu dunia pasti tergamam melihat Mesir yang dilanda krisis dalaman. Menurut semua berita yang keluar dari Mesir, tunjuk perasaan berdarah sebegini besar tidak berlaku hampir lebih tiga dekad. Presiden Hosni Mobarak wajib melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negaranya. Kesetabilan Mesir ialah salah satu kunci kesetabilan di Timur Tengah atau Asia Barat. Kalau Mesir bergolak, Timur Tengah juga turut bergolak. Selepas Tunisia, Mesir pula dilanda ancaman dalaman yang boleh menjejas keamaan rantai itu. Rakyat mahu Mobarak undur, tetapi Presiden itu belum mahu berbuat demikian. Walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan, rakyat berdegil dan terus keluar membuat bantahan. Dalam hal ini, kita perlu kaji: apakah Mobarak dan kerajaannya sahaja yang menjadi sasaran rakyet? Atau ada faktor2 lain yang mencetuskan keadaan huru hara ini? Ramai anak2 kita yang menuntut di Mesir, samada di Kaherah atau di Alexandria. Kita doakan mereka selamat.

Gambar2 di sekitar Kaherah dan Alexandria.

No comments: