Tuesday, October 19, 2010

Melayu, bukan Melayu sama2 teliti Umno


SALAM! Sebahagian besar negara kini berada dalam suasana politik. Ada dua pilihanraya kecil iaitu di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah. UMNO mengadakan perhimpunan agong tahunannya minggu ini manakala PKR pula mengadakan pemilihan pemimpin tertinggi akhir bulan. Presiden MIC DS Samy Vellu pula dijangka berundur setelah menerajui parti berpuluh tahun lalanya. Penasihat Parti Gerakan, Tun Lim Keng Yeik, pula berundur dari menjadi penasihat parti itu setelah keciwa dengan pemimpin parti hari ini. MCA pula baru saja mengadakan perhimpunan agongnya yang dirasmikan oleh PM DS Najib Razak. Di sana sini kita lihat orang bercerita hal politik. Juga jelas bahawa politik akan sentiasa bermain di kepala warga negara ini, samada secara langsung atau tidak. Dalam hal ini, penelitian khas diberi kepada Umno, tunjang negara sejak sebelum Merdeka lagi. Agenda Umno adalah agenda negara; dan seharusnya sebahagian besar agenda itu juga adalah agenda melayu. Dalam beberapa ucapan minggu ini, orang Melayu umumnya dan ahli Umno khasnya akan meneliti setiap ungkapan dari ucapan yang akan disuarakan di Dewan Merdeka. Kata2 semangat dan sebarang petunjuk akan dinantikan oleh hadirin, dan setiap ayat akan dianalisa secara terpeinci. Bagi DS Najib Tun Razak, presiden Umno, ahli parti mahu mendengar halatuju yang dibentangnya, terutama dari segi agenda Melayu, iaitu asas perjuangan parti sejak penubuhannya. Sebahagian besar orang Melayu melihat parti itu sebagai parti keramat yang mempertahan dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu tanpa menjejaskan kepentingan bangsa lain yang mewargai negara tercinta ini. Sama2 kita tunggu ucapan dasar, debat, pembentangan usul dan ucapan penggulung DS Najib di majlis yang berlangsung di PWTC. Melayu dan bukan Melayu, ahli dan bukan ahli sama2 meneliti Umno dan asas perjuangannya dalam konteks lanskap politik hari ini.

4 comments:

Pemerhati said...

Di PRU13 nanti,
1. Kaum Cina tidak akan mengundi MCA dan Gerakan sebaliknya akan mengundi DAP.
2. Kaum Melayu tidak akan mengundi UMNO kerana melihat UMNO tidak serious menjaga kepentingan Melayu.
3. BN akan tewas besara-besaran!
Melayu mudah lupa ............
Melayu mudah lupa ............

The Eugenist said...

Salam..

Tok Mat, masalah Melayu sekarang bukanlah terletak kepada parti mana yang mereka anggotai.

Masalah Melayu sekarang ialah, setelah sekian lama mereka menikmati segala kemudahan yang diperolehi Kerajaan, mereka mula menjadi complacent dan mula memperleceh-lecehkan "tangan" yang menyuap mereka.

UMNO masih lagi releven dan diperlukan oleh orang Melayu. Namun, kerana kemarahan kepada orang tertentu inilah yang membuatkan mereka menjadi seperti apa yang telah dinyatakan tadi.

HESMEL FAZNEE FAISAL

Anonymous said...

Pemerhati2

Buletin utama 20.10.2010 penyampaian pada PAU begitu teruk, terutama mengenai perbahasan puteri & pemuda. Teruk. Dahlah selama ini dipandang teruk. Rupanya memang teruk betul seperti yang didengar. Kalau siapa yang ada disana mungkin tidak terasa, tapi bagi siapa yang lihat dari jauh mahu saja diubah siaran tv.
Sabotaj atau disabotaj, atau memang sengaja mensabotajkan diri...

Anonymous said...

Pemerhati 3

Buletin utama tadi teruk, nightline pulak ok...