Monday, June 7, 2010

Dunia yang buta mata, buta hati




MISI kemanusiaan membantu Gaza bukannya mudah.Ia berbeza dengan misi kemanusiaan seperti yang pernah kita lihat di Acheh, Kota Tinggi, mahupun di Filipina atau di India dan Afghanistan. Sukarelawan pada keseluruhannya bebas bergerak di semua tempat yang saya sebutkan tadi. Tetapi misi kemanusiaan untuk Gaza mempunyai risiko yang amat mencabar. Dan kita lihat bahawa nyawa jadi tarohan. Maka apabila sukarelawan negara pulang ke tanahair setelah ditahan dan diacu senapang di kepala, maka mereka amat bernasib baik. Di tempat-tempat yang saya sebut tadi, setidak-tidaknya sukarelawan dapat masuk dan memberi bantuan. Tetapi misi ke Gaza yang terbaru ini amat berbeza sekali. Niat mereka tidak kesampaian. Apa juga niat ikhlas mereka untuk memberi bantuan tidak berhasil. Tetapi sebenarnya, mereka amat berjaya sekali. Pelayaran beberapa kapal kemanusiaan yang berakhir dengan rampasan dan pembunuhan itu berjaya membuka mata warga dunia, kecuali mereka yang sengaja buta mata dan buta hati. Tindakan seterusnya ialah bagaimana kita semua boleh menggunakan peluang ini untuk menggerakan satu usaha sejagat untuk membawa rejim Zionis Israel ke muka pengadilan.

4 comments:

Praxis said...

So, what's new about the Israeli atrocities?

They have managed to maintain this blockade agaisnt Gaza for some three years now, without any impunity. How is that possible against a pious and rsourceful people?

The mainstraeam media in the West and the US have been caught in this logic that the blockade which disallows even coriander and notebooks is reasonable.

Bockade to stop rockets? Hamas' lasting truces were broken by Israel on the pretext Hamas has no control over random rocket fire ? It is a truce if Hamas, the effective power, doesn't fire. What threat to Israel from one or two rockets? Does Netanhayu being in power mean that he can control actions of all Israelis? Can he stop the Palestinians in Israel and Israelis from demonstrating? Has he?

Hamas has shown remarkable ingenuity, patience, and courage in this matter, despite it's non-recognition of Israel. They should receive all the support we can give, morally and physically.

manai vaie said...

Datuk,
Saya nak lihat Singa Islam mengaum.
Perjuangan belum selesai.
Gaza di hati.

tok kirana said...

salam Dato',

saya mmg menyokong langkah gomen utk bawa prangai biadap rejim zionis ni ke mahkamah antarabangsa (ICJ)..
tp ape2 pun, kalo sume negara d dunia xbsatu utk yakin kan amerika yg zionis ni mmg salah, pe yg kite harapkan ssh utk jd kenyataan..
sedangkan PBB nye usul pun dorg dngan selamba je bantah n tolak..
arap2 kekejaman israel ni dpat blasan yg setimpal..

Shaf Nor said...

Betul tu Datuk!
Ramai kita yang tidak buta mata tapi buta hati dan pekak pula!
Kita Melayu ni pun bukan lagi kaum majoriti di Malaysia, tak sedar-sedar lagi ke?
Cuba ikut macam Chua Tee Yong anak Chua Soi Lek.
Di atas keberanian dia meliwat semua Ahli Parlimen Melayu dalam persidangan Parlimen pada 16 Mac lalu, MCA hadiahkan dia jawatan Timbalan Menteri!
Bacalah kisah kehebatan dia di www.merdeka-online.net.
Orang Melayu sekarang dah lumpuh ke… tidur ke?
Kita asyik sibuk pasal Israel dan Palestin, kain kita Melayu dilondeh di Parlimen oleh budak mentah dari MCA itu!