Tuesday, June 1, 2010

Tembak sukarelawan tu pertahan diri?

BERITA yang kita terima dari luar negara berkata Israel menyifatkan tindakan mereka terhadap sukarelawan dalam kapal Turkey semalam sebagai tindakan menyelamatkan nyawa mereka. "Self defence," (mempertahan diri) kata mereka! Perkara serangan ke atas kapal yang membawa bekalan kemanusiaan itu tidak boleh dilihat hanya dari apa yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara itu. Sekatan ke atas Gaza sudah berjalan tidak kurang dari tiga tahun. Ini bermakna rakyat Gaza hidup semata-mata atas usaha mereka dalam tanah tumpah darah mereka yang dijajah oleh Israel. Tiada dagangan, tiada jualan, tiada harapan - itulah yang dilalui oleh rakyat Gaza. Ini bermakna rakyat Palestine di Gaza memang dihalang untuk mendapat apa-apa juga bantuan dari negara luar. Maka, apabila Israel kata yang tindakan mereka ialah "self defence," satu soalan yang timbul ialah - apakah sekatan terhadap Gaza itu bukan satu kekejaman yang juga mengakibatkan penderitaan termasuk kematian dan kehilangan harta benda? Apabila tentera Israel menyerang Gaza awal tahun lalu, apakah ini juga "self-defence?" Sebenarnya, apabila tentera Israel mendarat atas kapal Turkey itu, mereka membawa senjata dan tujuannya bukanlah untuk berkawan atau berdialog dengan sukarelawan berbilang bangsa berbilang negara itu. Serangan itu juga berlaku di perairan antarabangsa, seperti yang disuarakan oleh sukarelawan.

Kita harap dunia tidak termakan dengan kata-kata tentera Israel bahawa tindakan membunuh sukarelawanan ialah usaha mempertahan diri!

6 comments:

Anonymous said...

Tebuan/Lebah kalau dah terkejut sama ada dilakukan oleh manusia atau pun sebab sarangnya bergegar kena angin dia bukan kira sebab apa, siapa yang dekat je kena sengat.

tu lah perangai yahudi/Israel

rinandamku said...

Israel memang bagitu , dia buat ikut suka hati dia je ...biar seluruh makhluk diplanet ini mengutuknya , Israel peduli apa ,

sebagai Islam , apa kata muslim seluruh dunia doa sama2 , timpakan balasan yg setimpal pada pembunuh2 itu ? Allah maha mendengar ..cuma mampukah kita duduk dan berdoa bersama2 dalam satu doa ?

Anonymous said...

Dato,

I am quite disturbed that Malaysiakini choose to publish the following piece at times like this. "http://www.malaysiakini.com/news/133368"
I think you as a well position blogger who happens to have some influence on government media should push for these kind of online "news" to be banned.
We might not be able to stop the Israelis/Zionist, at least we can stop its kind of thinking here in our own soil.

Anti Munafiq.

Anonymous said...

sudah termaktub di dalam kitab suci Muslims AL-Quran bahawa yahudi mmg pandai menjatuhkan org Islam.

Anonymous said...

salam, mat...apasal blog kau jarang update, dan kalau update pun dengan shallow and cheap takes?

Anonymous said...

Setinggi syabas kepada TV3 dan Astro/Awani kerana berani melibatkan diri dengan rakyat Palestin dengan menyertai Flotilla Gaza. Tapi RTM camana?? Tak bertelur!!! Rais Yatim kena letak jawatan!! Jangan pandai berfalasafah aje!! Malu...mana nak simpan muka??