Wednesday, September 30, 2009

Isa vs Zulkefly in Bagan Pinang


TAN SRI Mohd Isa Samad menjadi pilihan BN/Umno untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Hari penamaan calon ialah 3 Okt dan hari mengundi ialah 11 Okt. Satu majlis menamakan calon yang sekaligus majlis sambutan Aidilfitri diadakan di PD semalam. Ramai yang hadir. Jelas Isa seorang yang popular di kalangan penduduk setempat. Dalam politik populariti sahaja belum menjamin kemenangan, tetapi penyokong-penyokong kuat bekas MB itu yakin bahawa Isa boleh membawa kemenangan kepada parti. Pencalonan Isa bukan tanpa kontroversi tetapi beliau dilihat sebagai calon yang ramai pengikut setia yang boleh memberi kemenangan. Itulah politik. Kalah menang bukan dtentukan oleh cerdik-pandai semata. Dalam politik, yang pernah dihukum juga mempunyai peluang untuk menang dan meneruskan khidmat. Lihat saja di persada politik tanahair kita. Macam-macam ada. Isa akan ditentang oleh calon Pas, Zulkefly Mohamed Omar, 45, pesuruhjaya Pas Negri Sembilan. "Nothing is impossible in politics." (Tiada yang mustahil dalam politik)

Saturday, September 26, 2009

Hari Raya mesra pemimpin2 kita






SAYA sempat sampai di kediaman Tun Dr M beberapa minit sebelum PM Datuk Seri Najib Tun Razak sampai di majlis Rumah Terbuka mantan PM itu. Orang ramai beratur untuk bersalaman dengan Dr M dan Tun Dr Siti. Bermacam gaya dan saiz. Sepasang pengantin Cina muncul memohon "restu" dari kedua-dua Tun. "Ini hari baik untuk saya," kata pengantin lelaki apabila saya cuit bahunya. Bigitulah tarikan kedua-dua Tun. Saya hanya sempat merakam beberapa gambar sebelum beredar untuk perjalanan ke Singapura menonton F1.

Sunday, September 20, 2009

SHR dan MZB! Hati2 ke sana ke mari.


SELAMAT HARI RAYA! Maafkan yang salah dan silap. Sudah tentu saya ada terlanggar kata dan tersalah bahasa. Atas semua kesalahan dan kesilapan, saya susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf. InsyaAllah saya akan cuba baikki diri. Dalam hidup kita setiap hari, sudah tentu kita tidak boleh lari dari melakukan dosa sesama kita. Moga-moga ibadat kita diterimaNya dan setiap usaha kita dirahmatiNya jua.

Wednesday, September 16, 2009

Samy Vellu - letting go is ultimate sacrifice

MIC President Datuk Seri S Samy Vellu is under siege after failing to stop one of his delegates from suggesting that a garland of slippers be given as a gift to Tun Dr Mahathir Mohamad. Samy Vellu, in statements issued after the slipper issue was highlighted by Utusan Malaysia, said he had ordered the delegate to cease talking about Tun M in such deragotary tone during last weekend's MIC annual assembly. Yesterday, he said he had taken disciplinary action on the delegate, after he had been lambasted left, right and centre. He would have been spared the strong public criticisms if he had taken disciplinary action before the matter was made public. It seems that his action came a little too late. Everyone is now waiting for his next move - quit as suggested by some quarters, or stay on and lead the party he had helmed since 1981. It's been suggested that Samy Vellu may need to sacrifice himself to save the party he loved so much. Samy Vellu won't quit on the strength of the slipper issue but many believe that now is as good a time to quit as ever.

Sunday, September 13, 2009

Samy Vellu to pass baton to Palanivel soon?

G PALANIVEL retained his Dep President MIC post, though with a reduced majority. His position as the number two man to Samy Vellu has been consistent over the years. His policy is simple - the Boss is always right; do not overshadow the Boss; do not speak out of turn; be supportive; and be patient. I've known Palanivel since we were reporters in Bernama many years ago. He joined Bernama a few years after me and I remember covering the stock market together. I expect Palanivel to take over the number one post before the next general election, which will give him time to propose to the BN leadership his choice of candidates. His critics are many, but I suppose not big enough to topple him from the dep president post. Palanivel believes in his own public relations approach to winning votes - SMS to his supporters, maintaining contact via personal contacts. He may not be as colourful as the other candidates but Samy Vellu's support obviously still has some influence on voting trends.

My question for Palanivel: What will be his brand of leadership for the MIC? Will it be good enough to restore the MIC as a winning component in the BN?

My question for Samy Vellu: When is a good time to pass the baton to Palanivel? Is he ready to hand over the leadership after being at the helm from 1981?

My question for the MIC: Will it be re-energised after the weekend's assembly?

Friday, September 11, 2009

Kita nak tolong, kita pulak nak diganyang!

SEORANG rakan bertanya kepada saya - mengapa kita mahu terus bantu Indonesia sedangkan mereka tidak bersyukur dengan bantuan yang kita hulur? Mengapa kita mahu mencurah air di daun keladi? Dalam suasana hari ini di mana sebahagian rakyat Indonesia mahu "berperang" dengan kita, mengapa kita harus peduli dengan apa yang berlaku di sana? Sebenarnya, seperti yang saya tahu dan dimaklumkan, bukan semua rakyat Indonesia benci kepada kita. Cuma sebahagian kecil saja. Di Malaysia juga begitu. Bukan semua orang benci atau mendera pembantu rumah mereka. Kita dengar macam-macam cerita ngeri berkenaan pembantu rumah Indonesia di Malaysia. Ada yang Islam dan bekerja di rumah orang bukan Islam dan dipaksa melakukan perkara-perkara ditegah agama kita. Kita sendiri pun tidak tergamak berbuat demikian. Dalam hal membantu mangsa malapetaka alam di Indonesia, ini dibuat sebagai menyambut seruan fitrah kita membantu orang susah. Walaupun ada segelintir rakyat Indonesia yang benci kepada kita, ini tidak seharusnya melemahkan semangat kita untuk terus membantu. Ini adalah ujian kepada keikhlasan kita. Kita tak perlu bertindak seperti mereka bertindak. Lambat laun, mereka akan tahu bahawa bantuan kita berniat baik tanpa sebarang motif lain.

Wednesday, September 9, 2009

Betul ke Isa Samad calon di Bagan Pinang?

BEKAS MB Negri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, adalah nama awal yang disebut sebagai bakal calon BN/Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang bulan depan. Walaupun SPR belum lagi menetapkan tarikh pencalonan dan pilihanraya, rata-rata di Negri Sembilan topik siapa yang akan jadi calon menjadi bahan bualan yang hangat. Isa memang nama yang tidak asing dalam politik tanahair, dan mempunyai rekod memegang jawatan MB yang lama di negeri itu. Kerjaya politiknya tersentak buat seketika apabila Majlis Kerja Tertinngi Umno membuat keputusan menggantung kedudukannya sebagai naib presiden setelah didapati bersalah dalam kes salah laku politik wang dalam pemilihan parti beberapa tahun lalu. Secara automatis, kedudukan beliau sebagai MB juga terlucut. Namun, Isa ialah antara pembesar Umno yang mempunyai ciri kepimpinannya tersendiri. Soalannya sekarang - apakah Isa orang yang paling layak menjadi calon menggantikan Allahyarham Azman Mohammad Noor di dewan Undangan negeri Bagan Pinang? Perhubungan Umno NS yang dipimpin oleh MB Datuk Seri Mohammad Hasan sudah pasti akan meneliti nama-nama bakal calon dengan amat cermat. Umno tidak mahu pisang berbuah dua kali, selepas pengalaman pemilihan calon di Permatang Pasir bulan lalu.

Monday, September 7, 2009

BN/Umno jangan salah pilih calon lagi

PILIHANRAYA kecil Bagan Pinang yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri boleh disifatkan satu-satunya pilihanraya kecil yang amat penting bagi BN/Umno. Ia boleh disifatkan sebagai satu kerusi yang "wajib menang" dalam senario politik tanahair hari ini. Selepas kalah dalam 8 pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum Mac tahun lepas, BN/Umno tidak boleh tidak "mesti menang" di Bagan Pinang, salah satu dari lima kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Telok Kemang. Allahyarham Azman Mohd Nor menang kerusi itu dengan majority 2,333 Mac lalu. Mampukah calon BN/Umno mempertahankan kerusi itu kali ini? Disebaliknya, mampukan Pakatan Rakyat merampas kerusi itu dan meneruskan usaha menewaskan BN seperti mana yang kita lihat dalam 8 pilihanraya kecil negeri di seluruh tanahair.

Khamis ini, BN/Umno bahagian Teok Kemang akan bermesyuarat untuk mencari calon yang berpotensi. Ia perlu mencari iktibar dari kekalahan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana faktor calon menjadi isu utama dalam pemilihan itu. Jika BN/Umno tersalah pilih (lagi), parti itu perlu betul-betul merombak sistem pemilihan dalamannya.

Bak kata pepatah Inggeris, Umno "should not shoot itself in the foot" (Umno jangan semudah itu menembak dirinya dan sekaligus merosakkan peluang yang ada. BN/Umno hampir menang di pilihanraya kecil Manek Urai (Kelantan) bulan lepas tetapi ia tidak boleh berbangga dengan keupayaan mengurangkan majoriti pihak lawan. Jika BN/Umno tersalah pilih calon lagi, ia pasti akan tersisih.

Wednesday, September 2, 2009

Acheh kembali hidup lepas tsunami 2004






SALAM! Saya baru mendarat di lapangan terbang baru di Acheh, Sumatera Utara. Perbezaannya begitu ketara sekali. Lapangan terbang Sultan Iskandar Mulia yang tersergam indah ini baru saja dirasmikan oleh Presiden SBY kira-kira tiga minggu lalu. Kali pertama saya mendarat di sini ialah pada Januari 2005, kira-kira dua minggu selepas tsunami yang melanda pada 26 Dis. 2004. Saya masih ingat mendarat dengan pesawat Berjaya Air di sebelah malam membawa pakaian, ubat, makanan, peralatan sembahyang dan keperluan kesihatan atas nama Yayasan Salam. Suasana di lapangan terbang ketika itu seperti pusat kecemasan. Nama-nama mereka yang hilang dan dicari ditampal di mana sahaja ada ruang dinding yang lapang. Setiap orang yang saya temui dalam keadaan trauma. Di wajah mereka kelihatan kesedihan yang amat kuat. Dalam perjalanan ke pusat khidmat Yayasan Salam sejurus selepas pendaratan, saya melalui tanah perkuburan yang menempatkan puluhan malah ratusan mangsa tsunami. Baunya menusuk hati. Air mata meleleh sepanjang perjalanan ke pusat khidmat kami. Rakan-rakan sukarelawan - Hadi, Mike, T Azela, Oni, Jabez, Nizam, Doc Malcolm dan ramai lagi - bertugas tanpa mengira penat lelah. Dalam hati mereka, ada keperitan yang menginsafkan. Begitulah keadaannya ketika itu.

Hari ini, penumpang di lapangan terbang di sambut dengan senyum manis dan ucap Selamat Datang yang mesra. Sekumpulan anak muda membuat persembahan Ratuk Bantai, iaitu nyanyian unsur agama yang meraikan setiap pengunjung asing. Terharu juga dibuatnya apabila dibanding dengan resepsi tahun 2005. Rombongan kami menetap di salah sebuah hotel baru di Bandar Aceh bernama Oasis Atjeh. Hotel ini lengkap dengan wi-fi percuma dalam kamar! Kami melawat beberapa tempat yang pernah dilanda tsunami dan sempat bersolat asar di Masjid Baitul-Rahman, satu-satunya mercutanda Acheh yang menjadi tempat perlindungan ketika tsunami melanda. Ada suka dan duka dalam lawatan kali ini. Saya sempat merakamkan beberapa pemandangan dalam perjalanan hari ini.

Moga-moga roh mereka yang terkorban dalam malapetaka tsunami mendapat ketenangan. Al-Fatihah.

Dr Mahathir's eldest sister passed away

THE eldest sister of Tun Dr Mahathir Mohamad, Rafeah Mohamad Iskandar, 95, died at the Kedah Medical Centre, Alor Star last night. She was also the mother of Datuk Ahmad Mustapha, the former GM of Bernama and one time Press Secretary to Dr M when he was DPM and Minister of Trade and Industry. Dr M flew back to Alor Star last night. May her soul be among the blessed and the faithfuls. Al-Fatihah.

Former Dep IGP Tan Sri Jaafar Abdul died

FORMER Deputy IGP, Tan Sri Jaafar Abdul, passed away yesterday evening (Sept. 1) at just after 5pm at the Gleneagles Hospital in Jalan Ampang. Family members said he died from massive upper gastro intestinal bleeding. His body was taken in a police convoy back to his hometown in Muar for burial at the Muslim cemetary at Parit Bakar Wednesday morning. He is survived by his brother Ahmad and son Jefri. He was 76. He served the police force from 1951 and rose to eventually become Dep IGP. May his soul rest in peace and be counted among the faithfuls. Al-Fatihah.

Tuesday, September 1, 2009

Former CJ Tun Hamid Omar passed away

FORMER Chief Justice Tun Hamid Omar, 80,passed away this morning at the Gleneagles Hospital in Jalan Ampang. He was an active volunteer in several NGOs including the Msian Red Crescent. May his soul be included among the blessed and righteous. Al-Fatihah. He was chairman of the Msian Red Crescent from 1994 to 2002.