PADA malam pilihanraya kecil di Permatang Pasir, saya sempat menjengah kawasan dewan undangan itu. Ceramah PKR menjadi tumpuan ramai orang dan pusat operasi PAS penuh dengan penyokong yang berpusu-pusu berhimpun di situ. Di khemah BN/Umno pula, penyokong parti sibuk membuat persiapan akhir. Tetapi nampak macam kurang semangat. Di pusat operasi BN/Umno, saya lihat calon BN Rohaizat Othman ke sana ke mari bersalaman dengan mereka yang berkumpual di situ. Tetapi saya lihat raut wajahnya yang kurang ceria. Malah, Rohaizat ke sana ke mari berseorangan, tidak pula dikerumuni oleh penyokong atau pengikut. Tak ubah macam pengantin. Kata orang-orang tua, pengantin tu "darah manis," maknanya perlu sentiasa diteman ke sana ke mari. Saya "baca" keadaan itu dan membuat satu kesimpulan dalam hati: "Susah calon ni nak menang. Macam ada yang tak kena dengan aje..."
Apapun, kita semua tahu bahawa hajatnya nak menjadi wakil rakyat tak kesampaian. Jauh lagi perjalanannya. Dan jauh juga lagi perjalanan BN/Umno nak mengembalikan keyakinan pengundi kepada parti itu. Banyak pelajaran dari pilihanraya kecil ini. Pemeriksaan rapi ke atas calon hendaklah dibuat dengan lebih teliti, supaya tak timbul desas desus tentang kewibawaan calon. Calon Pas Mohd Salleh mesti tidor lena selepas keputusan diumum. Mana tidak. Selepas berkali-kali mencuba untuk menjadi wakil rakyat, akhirnya dia berjaya juga. Kegagalan masa lampau tidak menjadi halangan atau mematahkan semangat.
Saya difahamkan ramai orang-orang kanan BN/Umno yang tak turun padang membantu calon. Mereka menjauhkan diri, kata kawan-kawan yang "mengetahui" sebab musabab. Ada juga yang merungut bahawa calon sendiri yang "merosakkan" peluangnya untuk menang. Antara persepsi dan realiti, pengundi Permatang Pasir sudah bersuara. BN/Umno tak boleh berbangga dengan "kejayaan" mengurangkan majoriti parti lawan. Bak kata pepatah Inggeris:"Back to the drawing board (Kena buat kira-kira balik ni)."
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Peminpin umno yg hendakkan dia jadi calun perlu dilucutkan jawatan.
tuan,
undi Bn pun merosot dengan banyak
Salam Datuk.
Aneh tapi benar. Begitulah senario politik masa kini. Ia sudah terbalik. Itu satu hakikat yang saya yakin Umno-BN masih tak mahu terima.
Saya ingat, ketika itu saya adalah penyokong 'tepu' Umno. Ketika masih belajar di menara gading, sanggup balik ke kampung untuk mengundi - guna duit sendiri. Di tempat saya ketika itu, Pas tak boleh tunjuk muka. Usahkan nak melangkah, beri salam pun tak sempat, sudah dinyahkan.
Tapi kini segala-galanya berubah. Umno-BN semakin hilang pengaruhnya. Walaupu pelbagai usaha diwar-warkan oleh media untuk meneruskan kehebatan 'palsu' Umno, tapi ia tak lebih daripada 'indah kabar dari rupa' atau 'bagai ayam jantan, kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi'.
Datuk, suruh orang Umno, terutama pemimpin fikir-fikirkan senario ini - Jika dulu, bila Pas dapat kurangkan majoriti, parti itu sudah menganggap satu kepuasan dan kejayaan. Bagi mereka yang penting perjuangan dengan berpegang kepada janji Allah, mesti diteruskan.
Sebelum 8 Mac 2008, tiada siapa yang dapat menggambarkan senario masa kini akan berlaku.
Siapa akan percaya, Umno yang menjadi tonggak BN dapat 'disentuh' apatah lagi untuk melukainya.
Pilihan raya, apatah lagi pilihan raya kecil, belum mengundi, calon BN dah boleh dipanggil YB.
Malah, ketika saya mengetuai salah sebuah akhbar arus pedana sebagai Ketua Biro di Perak, ada yang berkata, letak 'monyet' pun asalkan Umno-BN, parti lawan tak payah turun gelangganglah. Bukan nak hina UMNO-BN tapi nak beri gambaran betapa gah nya UMNO-BN ketika itu.
Maka, jika lawan dapat kurangkan majoriti, riuh sekampung, macam perangai ayam, 'bertelur sebiji, riuh sekampung'.
Tapi hari ini, senario itu 'terkena' kepada Umno. Kalah di Manek Urai dengan 65 undi, gegak gempita, surat kabar, termasuk surat kabar Datuk 'riuh' seMalaysia, kata Pas atau PR hilang pengaruh, kononnya.
Kalah di Permatang Pasir dengan 4,551 undi berbanding lebih 5,000 sebelum ini, pun gempita bumi Malaysia ini. Bagi mereka, ia seperti satu kemenangan. hakikatnya, sama-sama kita tahu, langit tak sentiasa cerah.
Mengurangkan majoriti di Manek Urai bukan bererti 'ada cahaya di hujung terowong'.
Aneh tapi benar kan Datuk? Jika dulu Pas mengalami sindrom ini tapi kini ia menjadi 'penawar' kepada Umno-BN untuk menghilangkan seketika rasa gundah gulana itu.
Cuma bezanya, ahli-ahli Pas dah sebati dengan perjuangan menegakkan jalan Allah dengan komitmen berdasarkan Islam - selagi berpegang kepada taliNya, nescaya mereka tidak akan terjerumus, dan mereka akhirnya akan memperolehi kejayaan.
Bagi mereka, perjuangan mereka tidak pernah kalah kerana selagi berjuang ke jalan Allah, ia tetap menang sekalipun kalah di mata kasar kerana yang penting adalah hakikinya, bukan hakikatnya.
Apa yang Umno-BN gagal buat, Pas sudah berjaya lakukan. Menerangkan keadilan Islam kepada bukan Islam sudah mula diterima dan ia terbukti dengan penubuhan kelab-kelab penyokong Pas.
Kenapa Umno tidak melakukannya dari dulu? Susah sangat ke nak jelaskan tentang Islam yang memberi keadilan kepada semua manusia? Dulu Allah nak uji pemimpin Umno dengan kemenangan yang tidak boleh disentuh oleh lawan. Apakah kemenagan itu kamu syukuri dengan menerangkan kebenaran, keadilan Islam. Susah sangat ke?
Bukankah janji Allah itu benar, Datuk? Walaupun belum menang sepenuhnya, tapi bibit-bibit itu semakin jelas, terang dan menyerlah.
Rentetan kemenangan dalam PRK, mengukuhkan hakikat itu.
Apakah Umno-BN sekadar berpuas hati dengan dibuai sindrom 'mengurangkan majoriti? Sebenarnya, apa yang berlaku ini sudah tersurat tapi apa yang kita lebih fikirkan ialah apa yang tersirat dengan kebangkitan Pas. Apakah itu kebangkitan parti Pas atau kesedaran orang ramai tentang kebenaran? Sesungguhnya janji Allah itu benar. Amin.
Sekadar nota
Penulis2 blog harus berperanan memberi nasihat pada pemimpin2 UMNO, sekiranya nak letak calon biarlah betul2 "BERSIH". Jangan pakai cedok mana2 kaki ampu pemimpin jadi calon. Memang nak tergadai lah negara ni ke pembankang2 yang akan buka pintu pada kuasa2 asing dan faham liberal mereka.
salam....
Kalau tak silaplah....
Apa tujuan parti bertanding hanya
nak menang bukan nak kalah...turun naik majoriti hanya penyedap hati atau
angka-angka hanya sebagai analisis...
Cara perang sarafnya...cara kotor
akan menang,cara sopan akan kalah.
Pengundi dah 'syok' di Pmtg Pasir...
pasal banyak sebab!
Mengapa tidak diletak calun Datuk Firdaus Ismail bekas Imam Mesjid Negara?
setuju dengan pandangan tok mad. 4 PRK UMNO/ BN sertai kalah.. umno dan BN perlu muhasabah diri dan fikir dimanakah silapnya...
Honest anaylsis and forecast of what is to come.
BN hasn't purged itself of it's rot, and seems to be purging performers instead. The quality of BN's candidate and enthusiasm of BN's campaigns speak volumes -- of an inchoate leadership.
The BN hasn't revamped itself with the kind of throughgoing analysis and vision that only the likes of a Dr Mahathir are capable of.
The current BN leadership will have to take it's share of responsibility with Anwar for the devolution of the state to 'failed state'.
There is not time left.
-Praxis
Datuk sri zahid hamidi harus menunjuk kejantanan dgn meletak jawatan sebagai pengerusi perhubung
an umno p.pinang, sebagai satu cun
toh kpd yg lain2 kerana gagal menge
nal calun yg layak bertanding.pada
hal calon UMNO sarat dgn kecacatan
yg di ketahwi oleh ahli2 umno setem
pat.buleh jadi mereka diamkan saja perkara ini utk mengagalkan datuk
seri zahid dan memalukan beliau.
UMNO/BN mesti tanam sifat accountability.
Bila kalah PRK sekurang-kurangnya Ketua Cawangan Bahagian MESTI letak jawatan dengan serta merta. Elok juga Ketua Perhubungan Negeri letak jawatan sebab dia yg pilih calon yg 'diragui'.
Yg bakal calon pun MESTI lah ikhlas, jika ade 'keraguan' beritahulah utk menguatkan UMNO/BN
Ade mase ke nak buat perubahan sebelum PRU13 ? Otherwise ...
Nani Cheras
mcm tu lah perangai org2 melayu. kalau tak masakan ada istilah keroyok dlm bahasa melayu.
bila umno lemah dan npk lemah semua org melayu nak keroyok dpt yg blkg2 dpt jentik pon jadilah. hehehehe.....
bila umno kuat semula semua org akan mengaku ahli umno, mcmana PAS nikmati skrg. bila PAS kuat atau npk kuat semua org nak mengaku ahli PAS.
tak buleh ke kita sokong disebabkan prinsip?? prinsip yg kita sokong. apa benarkah pas perjuangkan islam??
Post a Comment