Monday, August 24, 2009

Apa muslihat Adun PKR tukar kiblat?

SEJAUH mana agaknya perubahan kiblat pemimpin PKR semalam akan mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pasir? Tiga hari sebelum pengundian, wakil rakyat PKR di Lunas, Kedah Radhi Salleh mengumumkan dirinya sebagai Adun Bebas kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan partinya. Radhi yang menjawat EXCO pelancongan berkata dia akan kekal sebagai ahli EXCO, tetapi ini sebenarnya akan ditentukan oleh Menteri Besar Datuk Azizan. Pengunduran Radhi dari PKR mungkin dipandang kecil oleh PKR dan ini tidak menjejaskan pemerintah PKR di negeri Kedah. Namun, soalan yang bermain di kepala ialah - apakah ini tanda-tanda nyata bahawa ada yang tidak kena dalam pakatan itu? Pengikut PKR pasti akan mengecam Radhi dan mungkin ada yang menuding jari kepada BN/Umno. Sudah tentu ada yang membuat kesimpulan bahawa Radhi sudah "dibeli." Spekulasi memang permainan orang politik, tetapi yang nyata Radhi tidak mungkin keluar partinya tanpa sebarang sebab yang kuat. Kewibawaannya sudah pasti dipertikaikan, sama seperti dua lagi ADUN PKR di Perak yang keluar parti itu tahun lepas. Sedikit sebanyak, pengumuman ini akan memberi kesan kepada keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir. Dalam pada itu, salah sebuah bahagian PKR, Padang Serai, semalam pula mengumumkan pembubaran bahagian itu atas sebab yang sama dengan Radhi - bahawa PKR hanya memperjuangkan kepentingan individu dan bukan rakyat. Pengumuman itu dibuat di satu sidang akhbar yang dikendalikan oleh pemangku ketua bahagian Jamaluddin atau Din Komando.

Kesan kedua-dua pengumuman ini perlu dilihat dengan lebih mendalam. Oleh kerana ia dibuat beberapa hari sebelum pilihanraya kecil Permatang Pasir, sudah tentu kita semua mahu melihat sejauh mana impaknya nanti. Sedikit sebanyak, ia akan memberi kesan kepada jentera parti itu. Satu soalan lain ialah - sejauh mana pula BN/Umno akan dapat menggunakan isu tersebut untuk meraih undi Selasa ini?

6 comments:

chegarMD said...

tak usah dok buat falsafah banyak,
kesan nya tak ada langsung,dia tu
tak ada pengaruh apapon ,cuma nya
peluang dlm pru12 dulu, oleh kelemahan umno dan kebangkitan rakyat keseluruhan menentang keangkuhan pemerintah, itu saja .

Anonymous said...

Sekarang sudah terbukti betapa keputusan yang dibuat YB Radhi tidak memberi apa apa kesan terhadap PRK N11 Permatang Pasir. Dasar orang yang tidak mempunyai jati diri, mudah berubah mengikut perasaan. Yang pasti, orang yang sebelum ini pernah bergelumang dengan kesenangan duit ringgit, tentu resah apabila bersama dengan pemerintah yang tidak boros.

Anonymous said...

'KOMPAS' dia rosak kot

jiwakita said...

salam.....

Bilamana calon PKR hanya semata tangkap muat,menang pulak tu...
dan pemimpin tertinggi lari dari
matlamat asal nielah jadinya...yg benar-benar
pegang falsafah asal reformasi/genuine
tiada tempat wadah perjuangan.

Ramli Mohd Yunus said...

Tok Mad,

I beg to differ about this episode. Radhi Salleh in the first place was never a material for an election candidate let alone be appointed as an EXCO member.

Imagine calling for a press conference in KL Legend and paid by an acting PKR division chief..fishy hah..just hours before a by election..pinciples hah..

Only hours after that PC the trio were busy running with proposals to PP by election hunting for an appointment with the TPM.

I am getting sick on these political parasites from whatever party there are!!!

Ramli Mohd Yunus said...

Dia ni full of baggages dulu, kini dan selamanya..

BN jangan jadi garbages collector lah..cukup cukuplah dengan retorik yang lapuk tu..

Kalau teringin nak jadi pemimpin apatah lagi wakil rakyat..mesti cukup syarat jadi pemimpin..melayu, cina, india, kadazan dll semua mesti cukup syarat dan kriteria kepimpinan.

Pengundi sekarang selektif..ini syarat yang amat memberangsangkan..calun calun mesti dari kalangan yang terbaik dari yang dipimpin otherwise please make your exit..

Parti mana pun mesti ada produk yang baik..sellable..dan mesti punyai intergriti dan kualiti yang terbilang..jangan salahkan pengundi.