SEJAUH mana agaknya Barisan Nasional boleh bergantung nasib dengan MCA dan Gerakan, dua parti komponen masyarakat Cina yang berganding dengan Umno, MIC dan parti-parti lain dalam pakatan nasional. Parti Gerakan sudah hilang taring dan pengaruh setelah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum tahun lalu. Kini, parti itu sedang berusaha mengembalikan pengaruh dan maruahnya. Dalam pada itu, kita lihat pula kemelut dalam MCA. Kemana agaknya MCA mahu dibawa oleh Presidennya, Ong Tee Keat (OTK)? Selepas pemecatan timbalan presiden Chua Soi Lek (CSL), Tee Keat sepatutnya boleh merasa lega kerana seteru nombor satunya sudah dinyah dari parti. Namun, tindak tanduk sebahagian ahli MCA tidak pula memberi keselesaan kepada OTK. Satu percubaan untuk mengadakan mesyuarat agong luar biasa sedang diusahakan untuk menyingkir Tee Keat. Tiba-tiba, OTK sekarang berhadapan dengan satu krisis dalaman MCA yang boleh menjejaskan kedudukan beliau dan MCA. Jika tidak berhati-hati, Barisan Nasional juga boleh terjejas. Chua Soi Lek bukan pemimpin yang begitu mudah untuk diketepikan. Benar, skandal seksnya ialah satu titik hitam dalam hidupnya. Tidak mungkin CSL boleh mengembalikan zaman kegemilangannya. Tetapi, bak kata pepatah Inggeris: "Politics is the art of the impossible (politik ialah satu permainan yang memolehkan yang mustahil)." Sama-sama kita tunggu dan lihat tai chi jenis aa yang akan dibawa oleh CSL dan OTK.
Soalannya sekarang bagi Barisan Nasional ialah sejauh mana ia boleh bergantung dengan MCA dan Gerakan? Jika dua parti komponen ini tidak boleh memulihkan keadaan dalamannya, BN pasti mencari alternatif untuk mengekalkan pengaruhnya di persada politik tanahair.
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Datuk.
Paling tidak pun, MCA sudah sepatutnya dipersilakan keluar dari BN kerana sementara Kaum Melayu dan India sudahpun mula kembali kepada BN, Kaum Cina langsung tidak sudi untuk menyokong kita dan sebab pertamanya adalah MCA tidak berkerja keras untuk memenang hati kaumnya sebaliknya mengamalkan "short-cut" dengan menuntut macam-macam dari Kerajaan kepimpinan Melayu untuk kaumnya.
Saranan kita adalah supaya menteri Melayu dilantik untuk menjaga hal ehwal kaum Cina dan kalaupun MCA tidak di humban keluar dari BN, Menteri2nya dijadikan menteri tanpa berportfolio. Kemudian, kita berurusan dengan rakyat bangsa Cina secara terus-menerus tanpa menggunakan MCA sebagai parti perantaraan.
We don't need passengers in our team. They've been harping on the merit system as though the Malays aren't carrying their weight in the economy, now let's sack them for not living up to the meritocracy that they so passionately advocate.
MERDEKA!
Kedua-dua parti tersebut hanya seperti pepatah Melayu ' melukut di tepi gantang'.
Bagus tak bagus pun, UMNO tetap peluk cium depa sampai kering..
UMNO sendiri dipandang bermasalah oleh parti komponen lain malah Gerakan terang terangan menuduh pemimpin UMNO sombong dan bongkak menyebabkan BN kalah teruk di pilihanraya lepas..
salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
MARHABAN YA RAMADHAN!!!
MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!
DAN SALAM MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Kena tanya orang Cina;
Memang tak boleh pakai..
Post a Comment