Friday, August 7, 2009

Khalid tak ambil tindakan ke atas Liu?

KELAM KABUT di Selangor yang membabitkan EXCO DAP Ronnie Liu dijangka reda hari ini. Menteri Besar Khalid Ibrahim akan membuat keputusan samada memecat Liu atau mengekalkannya. Isu bermula apabila Liu dikatakan campurtangan dalam kerja pegawai penguatkuasa mengenai jualan arak di Selangor. PAS, rakan kongsi DAP dan Parti Keadilan dalam kerajaan campuran Selangor, inginkan Liu dipecat kerana disebut sebagai menyalahi kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya tak nampak bagaimana MB akan menyingkir Liu kerana orang kuat DAP itu banyak berjasa kepadanya. Dan dalam perhitungan MB, DAP adalah lebih "senior" dari PAS dalam kerajaan Selangor kerana ia mempunyai 13 kerusi berbanding as yang hanya ada lapan. Pada sidang akhbarnya Rabu lalu, Khalid melarang EXCOnya dari menyurakan pendapat di khalayak ramai mahupun kepada media. Larangan ini adalah untuk membolehkan penyelesaian dibuat tanpa sebarang kekecohan baru. Walaupun imej Liu tercelar akibat isu ini dan dakwaan bahawa beliau bergaul rapat atau bersekongkol dengan kongsi gelap, MB memerlukan khidmat Liu sebagai Exco kanan. Mungkin ada yang berkata bahawa Khalid cuma menjaga kedudukannya sebagai MB. Tetapi inilah realiti politik yang Pas perlu terima. Pengundi di Selangor hendaklah bijak membuat penilaian. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak semudah itu hendak digugat oleh isu dalaman. Samada isu dalaman itu menjejaskan keberkesanan pentadbiran dan kepentingan pengundi, sama-sama kita tunggu.

8 comments:

jiwakita said...

salam.....

Beginilah seadanya jika lihat pada
komposisi kerusi DUN...PKR dan DAP
lebih banyak kerusi..PAS hanya
melukut di tepi gantang...suara dan
kuasa kepimpinan lebih islamik
tiada gunanya...akhirnya tanggapan
ramai pemimpin PAS Selangor hanya
menjaga perut dari perjuangan islamnya.....

Beranikah EXCO PAS bertindak drastik
sekurang-kurangnya memboikot kerajaan negeri sebagai menyatakan
kekesalan dan ketidakpuasan isu-isu yg timbul dalam
PR Selangor sekarang?

Jika dilihat mereka hanya 'bersandiwara bersih'supaya
tetap ada sokongan dan senantiasa
'halal' apa yang berlaku dan polisi
terbaru yg dilaksanakan...

Akhirnya kita diperbodohkan atau
mereka lebih pandai....?

Anonymous said...

salam...PAS serba slah skrg..tp yg penting bg sy matlamt PAS perlu dipegng..perjuangan islmik...insyaLLAH jika kita bantu jaln ALLAH ,DIA akn membantu kita..wslm

askar melayu said...

Kalau DAP Kedah boleh keluar hanya kerana kandang babi takkan PAS Selangor tak boleh keluar atas isu 'bread & butter' parti?

Keluarlah dulu, tengok nanti DAP pujuk tak. Satu kerusi DAP Kedah lari, PAS bukan main pujuk lagi.

NYOT-NYOT said...

ambil tindakan apa?

nanti jadi ketam mengajar anaknya berjalan betul!

BETUL bang?

Anonymous said...

YOK MAT,
SEBAGAI ORANG KUAT EDITORIAL MEDIA PRIMA. TOK MAT PERLU BUAT SESUATU PADA PENULIS BLOG INI.
HAIRANNYA PD WAKTU KUMPULAN MEDIA PRIMA BOIKOT ARTIS INI HARIAN METRO DIKATAKAN BERI PUBLISITI PADA DIA.
DIA MENCACI KUMPULAN MEDIA PRIMA DAN MAKI HAMUN WARTAWAN DAN EDITOR.
TERBARU DIA KUTUK DATUK SER FARID

http://silaserazwanali.blogspot.com/2009/08/adik-calon-overdose-atas-pentas-vvip.html

Anonymous said...

bagai ditusuk hidungnya.. i nak buat lirik lagu tu..

ghostWRITER said...

Salam...

Kita melayu bernama Islam lebih sayangkan DAP dari bangsa kita sendiri. Khafirkan sesama muslim adalah perkara biasa, apa yang luar biasa adalah kita sggup berpecah sesama bangsa seagama demi duniawi sementara ini.

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

Mana boleh ambil tindakan?
Khalid ikut stail PM.

Ingat tak, Ketua Menteri Melaka didapati salah semasa UMNO elections?

Dia masih kekal sebagai KM Melaka.

Khaild ikut saja teladan PM.

Apa salah?

Atau ada dua set peraturan, satu untuk UMNO dan satu lagi untuk Pakatan Rakyat?