Sunday, July 19, 2009

Tak perlu suruhanjaya, tapi siasat segera

SAMADA sebuah suruhanjaya ditubuh atau tidak untuk menentukan punca kematian Teoh Beng Hock bukan perkara utama dalam kes ini. Yang penting ialah penyiasatan yang rapi, tepat dan cepat. Dalam hal ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein, perlu memastikan PDRM menyegerakan siasatan. Lagi lama siasat, lagi banyak timbul teori, tuduhan, cemohan dan kesangsian. Penubuhan sebuah suruhanjaya belum tentu menjamin penyiasatan yang cepat dan tepat. Keluarga Teoh, bekas setiausaha politik EXCO Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, berada dalam keadaan yang amat sedih dan memerlukan keadilan segera. Cara yang terbaik untuk membantu mereka ialah dengan mencari punca kematian ahli keluarga ini secepat mungkin. Kita pernah lihat betapa kematian yang membabitkan orang politik, atau kematian yang dipolitikkan, berakhir dengan kekecohan. Malah, ia pernah menjadi punca rusuhan yang merugikan semua pihak. Oleh yang demikian, kita semua harap PDRM akan melaksanakan tugas sebaik mungkin bukan sahaja untuk mencari punca kematian Ong, tetapi untuk mengelakkan institusi ini dari diperlekehkan.

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Suruhanjaya tersebut perlu ditubuhkan kerana sudah menjadi kelaziman kerajaan untuk mendahulukan rakyat yang menyokong pembangkang - desakan mereka mampu melentur kerajaan.

Satu lagi prasyarat penubuhan tersebut ialah ahlinya terdiri daripada yang mendapat restu pembangkang dan keputusan suruhanjaya tersebut hendaklah mengikut rentak pembangkang.

Jika tidak - semuanya tak betul !!!!

Roy Eusoffe said...

Saya rasa perlu kerana kes ini begitu serius. Ianya boleh ditaksirkan sebagai rujukan kepada keselamatan dan kesejahteraan ummah di bumi bertuah ini. Macamana orang boleh mati di tempat yang sepatutnya mereka dilindungi?

Hentikan konspirasi sebegini dan saudara mestilah bijak dalam memberi pendapat.

rahsia said...

Nama dia Teoh Beng Hock, bukan Ong.

Unknown said...

syabas! pahitmanis satu pendirian
yg sangat di perlukan malaysia pd
hari ini. pendirian yg sukar di lihat dlm situasi hari. semua nya
nampak nya memihak, sehingga klungm
an. bagi pencinta keadilan bersatu
menuntut keadilan tampa memihak.utk
kerajaan jangan cuba melindungi ses
iapapon kerana campor tangan politik akan memburukkan keadaan rakyat tak buleh lagi di perbuduhka
n. dan bagi pembangkan jangan cuba
mengambil kesempatan mencari polikal milage kerana rakyat sedang
memerhati tingkah laku kamu, jadilah pembangkan yg membina.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan kluangman.Bila kerajaan setuju diadakan Suruhanjaya pembangkang akan melalak pula ngan isu ahli penal nya pula.

Mereka akan cuba melambat lambatkan nya untuk meraih keuntungangan politik sehingga hampir ke PRU13.

Mereka mau mempunyai modal yang baru sesudah tektik DSAI dalam melambat lambatkan pembicaran kes liwat nya sudah mulai basi dan memuakkan.

Anonymous said...

setuju tak perlu ada suruhanjaya....buang masa n tenaga. tiba masa kita respek pada unang-undang dan badan penguatkuasa.. siasatan blom habis dah nak tubuh suruhanjaya???