Monday, July 27, 2009
Basmi jenayah, rasuah jadi keutamaan PM
PM Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tugas bagi enam orang menteri kabinetnya untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin), mengurangkan jenayah (Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn), melawan rasuah (Datuk Seri Nazri Aziz), meningkatkan kualiti hidup mereka yang berpendapatan rendah (Datuk Seri Shahrizat A Jalil), memperbaikki prasarana di kawasan luar bandar (Datuk Seri Shafie Afdal)dan memperbaikki sistem pengangkutan awan (Datuk Seri Ong Tee Keat.) Semua bidang ini adalah amat penting dan memerlukan kaedah baru dan penelitian yang benar-benar rapi. Ia bukan mudah. Namun bidang-bidang ini adalah asas kepada kesejahteraan rakyat di seluruh pelusuk tanahair. Menteri-menteri yang ditugaskan perlu memberi tumpuan yang tidak berbelah bagi dalam usaha ini. Bagi kebanyakan orang, kadar jenayah yang menjadi-jadi dan kes rasuah yang semakin diperbualkan hari ini adalah antara masaalah yang paling rumit dan berat. Kalau kita balik rumah dan tak dapat tidor nyenyak kerana takutkan keselamatan diri dan keluarga, macam mana nak memikirkan hal-hal lain. Dengan pengumuman ini, harapan rakyat ke atas pentadbiran Najib semakin meningkat. Oleh yang demikian, demi kesejahteraan rakyat, menteri yang dinamakan hendaklah melaksanakan tugas mereka sebaik-baiknya. Apabila PM meletakkan kepercayaan yang begitu tinggi kepada mereka, ia juga bermakna PM mengharapkan prestasi yang berkesan lagi segera. Masa untuk bercakap dah berlalu. Sekarang ini ialah waktu untuk bekerja dan membuktikan keupayaan. Sedikit masa lagi, rakyat akan mula menagih janji. Jika PM meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka, rakyat dah tentu menaruh harapan setinggi gunung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Balik balik yang kena tangkap penerima rasuah (melayu).. mengapa pemberi rasuah (Cina) boleh terlepas???
Kalau tak ada pemberi .. mana datangnya penerima??? Kalau ada yang nak beri..aku pun nak terima... tapi kalau aku nak jadi pemberi ... sorrylah..itu bukan gua !!!
Lu fikirlah sendiri .....
the terms of rasuah and pilih kasih must be cleared in malay terms...
if this is cleared and the 'basmi jenayah'kempen is implemented well then Malaysian way of doing biz will be 'clean'... insya Allah!
Bermula dengan KJ
Datuk AAT
Rocky ada banyak anjing yang perlu ditendang, nak tahu siapa mereka, bacalah blog ini
http://kitaanakmelayu.blogspot.com/
SALAM DATO, LETAK NAZRI JAGA RASUAH ALAMATNYA KJ BOLEH ENJOY LA LEPAS NI, HAI DS NAJIB BILA NAK BERUBAH NI? PATUTNYA MAMAT TU DAH BELAH DAH..
DATO SAQYA DAH MASUKKAN LINK DATO DLM BLOG SAYA! TQ
Kenyataan ketua polis kl yg dipetik dari akhbar utusan msia hari ini tidak begitu positif..kita bukan nk dengar jenayah kongsi gelap tu terkawal..kita mahu kongsi gelap itu dihapuskan hingga keakar umbi walau dgn apa cara sekali pun..penglibatan terkini kongsi gelap yg menaja parti/ahli politik amatlah membimbangkan..
Post a Comment