Monday, July 27, 2009

Siasat segera kandungan blog t4tbh

SESIAPA saja yang melayari blog baru t4tbh.blogspot.com akan bertanya seribu soalan. Apakah kandungan yang dilapor dalam blog itu sejak beberapa hari lalu benar atau sebaliknya. Beberapa akhbar utama menyelitkan laporan dari blog baru itu, sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kenyataan bahawa ia akan menyiasat kandungan blog berkenaan. Jika kandungan blog itu boleh dipercayai, SPRM harus menyiasat segera untuk memastikan ketepatan berita blog itu. Blog itu juga memuatkan salinan beberapa projek yang diberi kepada pihak-pihak tertentu, termasuk kira-kira kewangan. Semua ini wajib disiasat segera. Beberapa nama wakil rakyat kerajaan PKR Selangor disebut dalam blog itu - Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah. Ini memaksa pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mempertahankan kedua wakil rakyat DAP itu yang menganggotai EXCO kerajaan Selangor. Selagi siastan tidak dilakukan, spekulasi tentang tuduhan dalam blog itu akan menjadi bahan cakapan orang ramai. Jika Kit Siang sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan anak buahnya, sudah tentu MP Ipoh Timur itu melihat perkembangan dalam blog itu sebagai satu perkara yang sirius.

2 comments:

Anonymous said...

SPRM kena ambik serious notice hal-hal macam ni. Jangan diam. Kena bertindak segera. kalau tak dikeluarkan dalam blogni, orang tak tau pun apa yg berlaku. syabas kpd pengendali blog t4tbh!

ali bt jalil

Anonymous said...

Saya biasa berurusan dengan peruntukan wakil-wakil rakyat terutama peruntukan ADUN. Sekiranya benar kandungan dalam blog t4tbh adalah sesuatu yang sangat melampau kerana menyalahgunakan peruntukan kerajaan dan wang rakyat.

Sangat tidak munasabah memberi peruntukan kewangan kepada program yang sepatutnya dibiayai oleh persatuan, badan atau individu tertentu.

Apatah lagi dikatakan wang yang dibelanjakan itu digunakan atau diagih-agihkan kepada meraka yang tidak berhak!.

Siasatlah habis-habisan.