Friday, July 3, 2009

Pas kata Dap kata PKR kata

SALAM! Kecoh juga keadaan di Kedah Darul Aman minggu ni. Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri jelapang padi itu berhadapan dengan satu keadaan yang rumit. Mungkin tak sampai ke tahap krisis tetapi mendebarkan jugalah bagi pihak yang terbabit. Ini hal dalaman mereka tetapi percakaran macam tu memang ada dalam mana-mana pakatan pun. Tak menghairankan. Cuma, pengundi pasti tertanya-tanya apakah kepentingan mereka akan terabai akibat pertelingkahan ini. Bagi pihak yang terbabit, mereka pasti mempertahankan keadaan dan menegaskan bahawa mereka mengambil tindakan tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan masyarakat juga. Dalam politik, mesti ada kata mengata. Itu budaya mereka, tak kira parti mana. Bak kata pepatah orang tua - paku dulang paku serepih, mengata orang, dia yang lebih!

7 comments:

pokmatsarang said...

Salam,

BIASA DATO` KAWIN KONTRAK MEMANG BERTERABUR. LAIN LA SEMUA KAYU BOLEH DAN SENANG LA DI IKAT INI MANUSIA MESTI BANYAK RAGAM.

CONTOH KAMBING 3 EKOR KITA IKAT EKOR DIA ORANG KITA LEPAS TANPA GEMBALA GERENTI MENYODOK IKUT ARAH MASING-MASING. ITU LA BEZA BN ADA PENGERUSI SENANG ADA HALA TUJU, INI TIDAK MASING-MASING IKUT KEPALA SENDIRI, SEMUA HIPOKRIT SEMBAH DERHAKA IKUT KEPENTINGAN PARTI YANG RUGI ESOK RAKYAT, NAMA LABEL JE PAKATAN RAKYAT.

penpusaka said...

DAP Kedah ugut PAS sebab nak bagi tau dengan Ketua Umum PKR supaya jaga sikit dengan telatah anak buah dia di Penang tu yang asyik cucuk sana, cucuk sini bagi tekanan kat Kerajaan DAP!

Http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

harap rakyat dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Terpulang kepada Umno dan BN untuk mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan PR ketika ini. Jika ikhlas, tiada yang mustahil.

IES Agencies said...

please come over to my blg and watch my video report on Anwar's sodomy trial

dari 5,000 yang diharapkan... 150 aje yang datang bersorak

http://marahku.blogspot.com/2009/07/anwars-sodomy-trial-starts-today.html

Anonymous said...

Bagus selepas ini ramai la umat ISlam yg tetap akan jadi bodoh bahasa inggeris terutamanya di pendalaman..

Dan bagus kerana bahasa tamil dan cina juga telah di martabatkan..

persoalan disini.kenapa pihak yg menagung-agung kan bahasa malaysia tidak mendesak supaya semua sekolah tak kira kebangsaan atau jenis kebangsaan mengajar bahasa melayu,kerana ini akan memmertabatkan bahasa melayu kepada semua rakyat malaysia.

Kalau setakat nak ajar bahasa malaysia kepada rakyat melayu sahaja baik tak payah..

Bagi pendapat saya,org-org yg menentang PPSMI adalah org yg tidak memandang jauh kehadapan dan mementingkan diri sendiri.. cuba tanya Pak Samad Said dan kawan-kawan nya apakah yg telah mereka lakukan untuk memartabatkan bahasa malaysia dalam teknologi dan sains?? Jawapannya tiada!!

PPSMI bukan utk memertabatkan bahasa,ia adalah utk penguasaan ilmu sains dan teknologi.. Dan dalam bahasa inggeris sekali pun bukan bertujuaan utk mempelajari tatabahasa atau lenggok bahasa tetapi utk memahami proses dan fakta.


Sungguh sedih sekali org yg kononnya berilmu rupanya cetek pemikiran mereka.

wassalam

penpusaka said...

Seperti saya dah jangka, selesai sudah adegan ugut-mengugut. DAP Kedah sudi kembali kepangkuan dan PKR Penang dapat pengampunan bagi Johari dan diterima kembali sebagai ahli majlis.

Bak kata orang kadang-kadang gaduh boleh bawa mesra.Orang baru kahwin belum dapat keserasian, jadi sikit-sikit gaduh,lepas tu semakin sayang!

Moral of the story is that PAS n DAP yg. kahwin lari akan mengesahkan perkahwinan mereka disaksikan PKR.

Anonymous said...

pakatan memang lemah...hala tuju lain walau kehendak sama iaitu menjadi pemerintah..yg penting rakyat melihat..