Thursday, July 2, 2009

Doakan yg terbaik utk Pemuda Pas, Umno




SALAM! Semalam berita mengenai usaha untuk duduk semeja dan bincang hal negara dan bangsa antara Pemuda Pas dan Umno beri nafas baru dalam politik tanahair. Mungkin ia terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian. tetapi berita ini yang dimuatkan di muka hadapan akhbar Melayu hari ini memberi harapan kepada ramai orang Melayu. Sebelum ini, harapan yang sama berkecai apabila Pas menarik balik hasratnya untuk duduk semeja dengan Umno dan bincang isu kerajaan perpaduan. Rupa-rupanya, barisan pemimpin pelapis kedua parti menyimpan cita-cita yang tak kurang besar dan bermakna. Saya harap mereka duduk semeja dan mengenepikan apa juga prejudis dan prasangka yang mungkin menebal di kalangan sebahagian ahli kedua-dua parti. Dalam pemerhatian rakyat biasa, falsafah politik di kalangan orang politik memang berbeza, tetapi ini tidak seharusnya menjadi faktor utama untuk tidak mencari bibit-bibit pertemuan minda dan perjuangan ke arah perpaduan yang menguntungkan kita semua. Syabas Pemuda Pas dan Umno! Kita doakan kejayaan.

8 comments:

Kerabu Jantung said...
This comment has been removed by the author.
fendy_ahmad said...

Salam,

Datuk dan semua rakan-rakan...

Demi agama dan bangsa, saya akan berdoa kepada ALLAH Taala semoga diberikan rasa ikhlas, jujur dan niat baik kepada pemimpin seagama kita ini ...

Melayu Bersatu said...

Dengan kerana BABI--- DAP tikam belakang PAS
DAP sanggup tikam belakang PAS hanya kerana satu rumah lapah babi


Mula Mula Lim Guan Eng memecat Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Johari Kassim yang dikenali sebagai seorang ahli majlis yang ikhlas bekerja keras untuk membersihkan MPSP yang dikatakan begitu kusut dengan pelbagai permasalahan.


Johari dipecat walaupun PKR Pulau Pinang memohon agar belau tidak dipecat kerana beliau seorang yang kuat bekerja. Malah TKM1 yang baru dilantik pun meminta agar johari tak dipecat...


Tak layan.. pecat juga... malah katanya kalau suka, boleh suruh PKR cuba lantik Johari semula... begitulah bongkaknya Lim Guan Eng dari parti Roket.

Kemudian dituduhnya, kaum India yang bakal kehilangan rumah mereka sebagai bodoh dan katanya Hidraf sudah menjadi boneka BN...

Eh wahh sedapnya mulut,
dulu masa nak kan sokongan Hindraf, langit dan bumi bulan dan bintang dijanjikan,


Penduduk Kampung Buah Pala a.k.a. High Chaparral yang marahkan Lim Guan Eng - jawab Lim Guan Eng: merekalah yang bodoh kerana tak ambil pampasan- sekarang nak susahkan aku pulak..Gambar oleh Star Online


Tak cukup dengan itu, DAP sanggup keluar dari pakatan Rakyat demi kerana rumah lapah babi YANG DIDIRIKAN SECARA HARAM di kedah dirobohkan. Ait satu rumah lapah babi punya pasal pun boleh tinggalkan pakatan... macamana ni... BACA RENCANA THE STAR DI PENGUHUJUNG POSTING INI


Bila PAS nak berbincang dengan Umno untuk satukan Melayu dia kata macam macam kat PAS, sampai ada yang suruh PAS keluar dari pakatan kerana khianat... NI DAP sorang kat kedah to tak Khianat Pakatan Rakyat ke.. or more specifically, tak khianat PAS ke?

DAP bukan sekadar memaki hamun pas tapi meninggalkan pakatan hanya kerana sebuah rumah lapah babi, apa agaknya reaksi mereka kalu PAS betul betul mahukan negara Islam


DAP begitu lantang menghina Haji Hadi Awang kerana mahukan orang Melayu dan Islam bersatu kononnya ia mengguris perasaan Cina dan bukan Melayu yang lain, tetapi di Kedah mereka tak hiraukan langsung perasaan orang Melayu. Yang peliknya Nik Aziz setuju cakap DAP pulak tu... entahlah

pikir pikirkanlah wahai orang Malaysia

penpusaka said...

Kita sokong dan berikan laluan kepada pemimpin muda mencari jalan penyatuan melayu, perpaduan Islam dan sejajar dengan slogan "Pemuda Harapan Bangsa",ini tanda kematangan dan menepati saranan YAB PM supaya pemimpin menghayati denyut nadi rakyat!

lebai said...

1) Perbezaan hakiki antara mereka hanya lahir daripada individu yang masing-masing mempunyai fikiran, akhlak dan tujuan mulia yang tercantum dalam kata takwa.

2) Dengan silaturahim inilah ketegangan dapat diredakan dan permusuhan dapat dielakkan, yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan dan yang erat diharmonikan dan dengannya masyarakat impian dapat diciptakan.

3) Kenapa gambar Berita Harian berada dalam kedudukan tidak betul? Sedangkan Utusan betul? Adakah sesuatu sedang bertiup di Berita Harian hingga gambar akhbar itu terbalik?

editorialblog said...

Adoi...adoi.... Yaaa Che Mat
Kenapa kasi senget itu gambar akhbar Berita Harian?

Ahmad A Talib said...

Sdra Lebai dan Editorial blog,

Tak sengaja - itulah jawapan saya fasal pic Berita Harian yang senget tu. Saya ambik gambar tu pagi tadi dan terus masukkan ke dalam blog. Sepatutnya gambar BH tu dirotate dulu. Mesti member2 kat BH marah tu. Malam ni, bila dah balik dari Opis, saya akan betulkan..tk kembali

borhan said...

Demi Islam dan Orang Melayu kedua-dua pertubuhan harus berkerjasama untuk mencari persamaan dalam perbedaan. Ya mereka bermusuh dan satu segi tetapi permusuhan itu tidak sepatutnya memusnahkan ukhwah dan persaudaran sebagai seagama dan sebangsa.