Sunday, June 14, 2009

Saya kembali ke NSTP, Rocky ke Malay Mail

ALHAMDULILLAH, saya kembali bertugas di kumpulan NSTP beberapa hari lalu sebagai Pengarah Eksekutif (Berita) selepas 'cuti sabbatical' beberapa tahun. Saya juga diberi tugas tambahan sebagai Pengarah Eksekutif (Berita) di Media Prima, pemilik TV3, TV7, TV8 dan TV9. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat, rakan dan taulan yang menghantar SMS sejak berita perlantiakn saya tersebar di beberapa akhbar tempatan. Saya pernah berkhidmat di kumpulan NSTP sejak 1978 di akhbar Business Times sebelum dipindahkan ke Berita Harian dan akhirnya ke New Straits Times. Kerjaya saya sebagai wartawan bermula pada 1972 di Bernama, sebagai wartawan kadet di Meja Ekonomi. Kerja wartawan ini amat mencabar tetapi menyeronokkan. Saya yakin pengalaman saya sebagai blogger dapat membantu tugas dan tanggungjawab yang saya pikul. Seorang lagi rakan yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas berat di Jabatan Pengarang NSTP ialah Zainul Arifin yang memegang jawatan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP. Di akhbar Malay Mail, yang dahulunya menjadi salah sebuah akhbar popular di Lembah Kelang, blogger Ahirudin 'Rockybru' Attan kembali menerajui akhbar itu. Ahirudin dan saya akan terus mengendalikan blog kami manakala Zainul pula akan berusaha sedaya upaya untuk memberi nafas baru kepada operasi e-media di NSTP. Mudah-mudahan, usaha kami diberkatiNya sentiasa.

42 comments:

TPJ said...

Insh'Allah Dato'.

Kita sudah lama berdoa supaya Dato' pulang ke NSTP. Rupa2nya Allah SWT beri tugas dan tangungjawab yang lebih besar kepada Dato' diatas kesabaran dan perjuangan tulen yang ditunjukkan oleh Dato'dan rakan2.

Semoga Media dibawah pengawasan Dato' dapat membetulkan keadaan semasa bagi kita semua dan tidak lagi bersifat seperti media yang dikuasai pembangkang.

Wasallam.

zizOu21 said...

syabas, sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada datuk kerana dilantik memegang jawatan Pengarah Eksekutif di kumpulan nstp dan media prima.

semoga datuk dikurniakan kesihatan yg baik dan mampu memikul amanah yg dipertanggungjawabkan kepada datuk.

insya-allah..

Legal Cat said...

Let me be one of those who wishes you well and here is hoping to better news coverage on newspaper and television that you helm

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Dato AT, Congrats & all d best in ur new undertakings & hope u'll take NST to achieved wat u plan fer it,..heheh,..wat else can I say,..gud luck bro Dato,..(,")

Anonymous said...

aduhai pengampu BN duduk di NST dan Malay mail.

Anonymous said...

Dato,

There is no right or wrong in journalism as I see it. It depends on which side of the divide you are in. Do what you can to bring in the readers and viewers. There's massive room for improvement at the TV side of your job. Viewers are looking for something new all the time. You must benchmark against the best if you want improvement. Good Luck!

Old Journalist

Kama At-Tarawis said...

All the best to you, Tok Mat! Saya doakan hanya yang terbaik for you and your new charges..

mananbuyong said...

"..sekali air bah, sekali pantai berubah.."

Namun, saya sa-orang yang turut gembira akan perkembangan ini.

Harapan saya supaya Sdr. tidak berubah. Teruslah sebagai Ahmad yang saya tahu.

Suara suara sumbang yang mengatakan saudara kaki bodek itu, apalah hendak di-kira..

Kalau saudara mementingkan diri, lama dulu saudara bolih mengaut keuntungan peribadi.. Lama dulu. Semasa saudara di-tempat yang sama dan berbaik baik dengan pembesar yang besar2.

Tetapi saudara berpegang kepada keyakinan diri dan kebenaran.. sepanjang yang saya lihat.

Justeru, teruskan itu dan jangan berubah, Mat.

Anonymous said...

Assalamualikum .
Tanggung jawab yang diamanahkan amat besar dan berat untuk dipikul . InsyaAllah dengan pengalaman yang ada dan usaha yang bersungguh dan semangat setiakawan ,yang berat pun bisa dijinjing dengan baik dan InsyaAllah kawan -kawan mendoakan Dato' dan kawan-kawan yang lain akan membawa kearah yang lebih baik dan berjaya meniupkan semangat satu malaysia rakyat diutamakan sebagai satu konsep yang diterima semua rakyat, demi keutuhan dan keamanan negara kita yang tercinta .
Selamat berjuang InsyaAllah niat yang baik dan ikhlas akan diberkati Allah .

Anonymous said...

Tokmat,

Is the nst and BH worth saving? i hope you and your team are up to the task. You have to start rebuilding from the very bottom because the damage is so extensive. I have no problem about reading nst and bh, but you need skilful reporters who can also write. I want my sunday papers to be flled with good reads. All the best!

Tan Sri (I'm not a tan sri but you know me cos you always call me one).

denaihati said...

Manusia pasti diuji oleh ALLAH swt dengan pelbagai dugaan dari keluarga, masyarakat hinggalah kerjaya. Janji ALLAH bagi yang SABAR dan REDHA pasti ada ganjaran yang baik jika tidak di dunia PASTI di akhirat...tahniah..

rizal hashim said...

Salam Datuk,

Harap-harap Media Prima dapat berperang dengan Astro dalam mendapatkan hak-hak penyiaran temasya sukan berprestij. Liputan sukan tempatan juga agak sedikit, bagaimana mahu mendidik generasi muda mengenai lanskap sukan negara? Usah menyokong realiti show yang akhirnya kita sedar sekadar menjadi kenderaan bagi politikus! Saya tahu pembesar-pembesar Media Prima semuanya peminat ManYoo, termasuk Datuk tapi Champions League, EPL tidak disiarkan di terrestial TV, datuk...akhirnya rakyat marhaen terutama kanak-kanak at their most impressionable age tidak dapat menonton aksi-aksi hebat bintang2 bola sepak dunia.

Salam

Anonymous said...

Tahniah Datuk,
Saya tidak layani/baca NST sejak 2003, harap dengan kepimpinan TOk Mat hati saya terbuka untuk melayani semula NST. Harap-harap lebih banyak berita human interest, investigative news, less spin please.

Anonymous said...

Tokmat,

tengok2 sikit si Zainul tu. dia tak dengar cakap. dia ingat dia saja yg pandai. lagipun, dia ingat mudah nak manage nst dan BH tu.. ini bukan Business times..

H

Anonymous said...

Tok Mat,

I really do not envy you. You have a huge task, especially at the NSTP - dwindling circulation, low ad revenue during the coming months, and a host of other problems. I hope you have a team of innovators and doers to get the NST and BH back on track. I would not worry too much about HM because as long as it continues to print those stories on gays, pondans, GRO’s, rapes and other sordid, gory stuff, the tabloid will continue to sell. Media Prima is very proud of HM’s ‘achievements’. Moulding intellectual thought (an outdated notion?) against just ‘jual paper’, that is a tough call.
Then there is the other tabloid BH that is neither here nor there. Maybe going tabloid (the other word compact has an air of respectability) was not such a good idea, even though going tabloid is the trend in the newspaper industry. God knows whether BH got its research right. The thinking was Utusan would follow suit but being a broadsheet is now one of the rival paper’s strengths. I guess BH has still not figured out what it wants to be – a serious paper or just another entertainment tabloid competing against its own HM.
And yes, Circulation and Marketing departments too have to play their part. I am not quite sure about Branding though.
BTW, I could not continue watching Majalah3 last Saturday. After some remarks about the Penang Bridge, the young lady turned to a gentleman and asked, “Encik ini tiang ke berapa?” The reply was: “Itu tiang pertama” When she exclaimed, “Besar ya”, I just had to find something else to watch.

Hantu Cetak

editorial said...

Yaaa Che Mat
Baguih la boleh jaga Media Prima terutama NSTP. Harap-harap banyak perubahan la. Tahniah yaaaa che mat.

Anonymous said...

Tokmat,

1 - Stay focus
2 - Do what is right
3 - get rid of deadwoods
4 - use your strength, which is the goodwill accumulated over the years
5 - start small
6 - be realistic (NSTP have no real journalists left, and you have to work hard to train them)
7 - don't expect miracles.

reporter

azlinib said...

Tahniah Tok Mat. Semuga di beri kekuatan oleh Allh SWT untuk berjaya dunia dan akhirat. Wasalam.

ShokorBotak said...

Salam Tok Mat

Sekalung tahniah. Mudah2an Tok Mat akan membawa banyak perubahan dlm menyampaikan berita-berita kepada pembaca-pembaca [rakyat].

Tok Mat sudah agak lama berada di luar sana. Jadi Tok Mat sudah paham dan tahu akan apa yg diperlukan oleh pembaca-pembaca sekelian iaitu Maklumat yang tepat, padat, keberanian serta kebenaran berita itu.

Janganlah jadi berita itu "BERITA SYOK SENDIRI" atau "flip-flop" sudah lah [NSTP Group and Media Prima].

Selamat Bertugas Tok Mat.

Anonymous said...

Nothing to be proud of.
A good horse does not graze at the same spot twice.

DonCorleone said...

Salam Datuk. Not sure if you remember me or not lah. I was with Berita Harian in 1991 to 2001. I was teh same batch with my god friend, Arwah Nadzim Ahmad Jamaluddin.

I just want to congratulate you on the appointment.

Many changes need to be done. Please also tengok-tengokkan lah the journalism aspect in entertainment reporting in the broadcast world.

Tks Datuk.

Anonymous said...

Congrats Mat....! :)

haza said...

Tahniah diucapkan kepada kerana dilantik memegang jawatan Pengarah Eksekutif di kumpulan nstp dan media prima.

Anonymous said...

Salam,

Tahniah atas pelantikan dan saya yakin NST akan pulih di bawah kawalan Dato'. Abaikan tanggapan negatif yang dilontar daripada mereka-mereka yang iri hati. Yakinkan diri dan buktikan kemampuan Dato' untuk mengembalikan kecemerlangan dunia media kita.

HASHNOR

Anonymous said...

Happy that you are back at the helm and in charge of news. Have been familiar with your writing and standards of objectivity since your BH days. Your writings have been marked by good fieldwork, and a fierce loyalty to truth which, much to many a reader's chagrin, is made up of two sides.

It's been interesting to see how you as a journalist see objectivity compared to Dr Mahathir. Dr Mahathir has of course been more partisan, on the side of wisdom, and necessarily so.

Both of you also have not shied away from engaging the people through the new media, and in the process helped forge the truth.

I am grateful for your filling the gap over the years with your blog and wish you all the best.

-Praxis

Anonymous said...

Datuk,

Tahniah diucapkan. Jgn lupa orang kg behrang dan cerita tg malim dah le

Org Bt 7

sf said...

Alhamdulillah and Tahniah... God always protect humans with good intentions...

Unknown said...

Tahniah Dato'.....
and tak lupa for my buddy, rocky...tapi dato' jangan lupa...walaupun naga dah keluar tapi ekor naga...masih ada algi...wish u all the best....

Unknown said...

Tahniah Dato'.....
and tak lupa for my "old" buddy, rocky...tapi dato' jangan lupa...walaupun naga dah keluar tapi ekor naga...masih ada lagi...wish u all the best....

Unknown said...

Assalamualaikum Tok Mat.Tahniah masuk balik NST.Jangan terpedaya dgn pengampu.Harapnya Tok Mat nak jadi Team Manager hoki lagi

Anonymous said...

Tahniah Dato'. Semoga Unit Photo dapat di perbetulkan.risik-risikkan dalam unit yang tak pernah diambil peduli. Tukar sahaja ketua Unit Photo Kapada orang yang lebih amanah.tk

Anonymous said...

AT,

Selamat kembali...dan tolong pulihkan BH yang penuh dengan kaki bodek..sekarang semua dah terasa panas la agaknya takut takut apa yg ada sekarang (jawatan dan gaji tinggi) kekal tahap tu aje..(walaupun mahu terus membodek untuk terus naik pangkat)...Tolong bantu mereka yang betul betul tekun bekerja tapi hanya tersekat di situ juga sebab tak pandai membodek...

Cubalah Dato' buat analisis journalist yang ada di BH KL berapa ramai yang tak pernah bertugas di meja berlainan atau tak pernah serve di biro...mereka naik lemak di situ dan selesa macam keje pejabat gomen, ketawa bila rakan lain ditukarkan...Jika benar menggelar diri wartawan, pasti berani mencuba sesuatu yang baru, menimba pengalaman di meja berlainan selepas bertahun tahun duduk buat cerita yang sama...tapi orang lain bertukar tukar ke sana sini sampai terpaksa tinggalkan keluarga, tak berpeluang bertapak, malah ada yang sehingga kini tak memiliki rumah sendiri kerana menjadi seperti NOMAD!! Renungkan...dan bertindaklah secara adil...

Ex Journalist

bendera merah said...

tahniah..pahit manis..one thing for sure u really need to do fiurst for BH paper is get rid all the 4d results from the paper..to much..to much...come on la man wa beli mau baca news..beli je hari ahad..back paper penuh dgn ramalan or 4 d nombor...kut nye nak nuat duit..jgn la sampai melampau-lampau tahap..tak tahu hukum hakam..so I think pmanis more understand..than kalikong..tahniah

Hadi said...

Salam alaik..

Alfun Mabruk@tahniah. Bila pula nak datang me Mesir? Jika nak datang nanti bagitahu ya? jus Mangga sedang menunggu. Ehehe..

Anonymous said...

Dato'

Congratulations. Saya sudah bertahun tidak membeli NST kerana tidak suka melihat cara mereka menghina ugama Islam/Melayu dan Tun Dr. M serta menulis tentang isu-isu dengan cara tidak bertanggung jawab yang boleh menggugat kestabilan negara. Juga tidak suka membaca ruang Kalimullah yang memuji-muja diri sendiri.

Mudah-mudahan Dato' dapat menyiarkan berita dengan lebih bertanggung jawab dan sensitiviti.

Amy

kadiology said...

tahniah dato'. nak besarkan size nst balik tak? habeh jahanam di rosakkan hindu priest moslem gawd.

skarang habeh semua paper saya tak baca kecuali utusan. sebab? sebab utusan banyak siar berita tun m. agaknya nst nak laku balik kena ambek berita tun M la kot.

lichong said...

TAHNIAH DATUK...SALAM DARI KK

Anonymous said...

Tok Mat,

Congratulations and all the best!! Media Prima made the right choice in appointing Datuk to helm the news for the group. I am certain with Zainul and Rocky in Datuk's team the news in all Media Prima print and electronic channels see great improvement. By the way, will we see some other ex-colleagues in NSTP editorial make a comeback??

I know there are a lot of challenges ahead for Datuk and team in making the group of publications a "must read" especially when the alternative media is much sought after. The advantage is that Datuk is also a Blogger and hopefully the experience gained could be put to good use in presenting a balanced news.

Frankly I have only been reading the Business and Sports section of NST and BH until now. Perhaps with the renewed "blood" in the group I shall also read the other section of NST and BH and include MM in my reading list as well.

So Datuk....it is a big responsibility and accountability...my best wishes to Datuk and team.

Ex NSTP Ad GM

Anonymous said...

Salam Dato'

Tahniah dan selamat bertugas membawa era baru ke dunia persuratkhbaran dan media eletronik negara.

Prof Mus UUM

Anonymous said...

Salam Dato'

Tahniah dan selamat bertugas membawa era baru ke dunia persuratkhbaran dan media eletronik negara.

Mus UUM

Anonymous said...

salam bro..aku rasa baik kau hati2 pilih boss foto.Zahari dah 2 kali jadi boss..hancus yop.Mulut dia celupar takkan kau taktau.Kau tanya photographers nst samada setuju tak kalau zahari mbik tempat kdin.Y not call back anuar or otai2 foto yg kat luar tu.Please la not zhari.Diadengar jekau nak masuk dia dah bising jual nama lu bro..dia kata arahan tokmat la,watever kena btau dia dulu.Camtu ke?ala bro,kau harap sgt kat zz tu..yesal nanti.Kelayakkan dia ada,pr nil.Kalau dia bagus pasti Allah tak turunkan 2 kali.Kita kenal la jaga hati photographers jg main maki hamun..aku la peel zahari tu.Anuar punya member si asraf tu apa kurang nya.Walaupun anuar dan asraf tu dah berumur aku tgk gambar2 dia org kat facebook tu power yop..Yop...lu pikir la sendiri.Jgn pisang berbuah 3 kali...ex-nst.

nhirahim said...

Saudara.
Banyak dikatakan tentang pendapat pembaca mengenai kandungan akhbar yang menepati keutamaan dan citarasa pembaca, bagaimana pun pengiklan juga perlu mendapat keutamaan jangan di herdik kerana selain pembaca, pengiklan juga menyumbang atas kemajuan syarikat akhbar. Suka atas keramahan kakitangan syarikat walaupun mereka bukan dari jabatan yang beruruskan dgn orang ramai seperti dari jabatan teknikal dan lain lain. Di harap syarikat ini mencapai kemajuan yang di harapkan.