Tuesday, June 9, 2009

Mengail beri kepuasan, galak perniagaan

























RAMAI betul kaki pancing di Malaysia ni! Saya sempat meninjau pertandingan memancing anjuran Berita Harian melalui unit Joran di Pekan, Pahang hujung lalu. Pengail dibahagikan dalam dua kategori - laut dalam dan pantai. Mereka yang bertanding dalam kategori laut dalam berlepas dengan bot masing-masing pada pukul 10 pagi Sabtu dan diberi tempoh kira-kira 24 jam untuk mencuba nasib dan kepakaran. Bagi kategori pantai, pengail bertanding dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 tengahari pada hari Ahad. Suasana meriah sekali. Dari tinjauan saya, hobi memancing ini menghasilkan jualan berjuta ringgit setiap tahun. Di Kuala Pahang, Pekan, pesta memancing itu membawa masyarakat setempat bergaul dengan lebih mesra sesama mereka dan dengan pelancong dalam negeri. Satu suasana muhibbah juga jelas dirasai di pesta itu. Berikut ialah antara gambar yang sempat saya rakam.

4 comments:

Umno Malaysia said...

pandai la awak buat marketing.. ibarat 'menyelam sambil minum air'. teruskan usaha murni.

rezeki 9/10 di muka bumi adalah datang dari perniagaan :)

salam hormat,

umno-malaysia.blogspot.com

azlinib said...

Asalamualaikum Tok Mat. Tahniah diatas perlantikan Tok Mat. Kami doakan Tok Mat di beri kekuatan oleh Allah swt. Biasalah manusia,ada yang suka ada yang benci, ada yang ikhlas ada yang suka mengata, apa-apa pun yang penting Allah swt cinta dan sayang pada kita. Semuga perjalanan hidup kita tidak lari dari 1 Ishan (Allah swt), 6 prinsip (rukun iman) dan 5 langkah (rukun islam). Salam dari Azlin, Yayasan Wanita Islam.

ZURICH AL Qaaf said...

TOK,SAYA BERSYUKUR KERANA ALLAH TELAH,,MENKABULI DOA SAYA.. TAHNIAH..
JALAN KAH AMANAH ITU

SALAM ZAINAL ABIDIN AWANG KECHIK

Anonymous said...

Betul...

memang ramai kaki pancing kat negara ni Dan io boleh dikembang lagi.
tapi jangan lupa tok ada ramai kat news desk berita harian n harian metro tu pun nak pancing tok pasal takut periuk nasi tertutup...hehehehe.

agak2...dia orgyang bodek lebih tak boleh buat kerja tu buang jer tok..menyemak jer kat bh n metro..
kerja malas...tapi nak bodek n mengampu org jer.... bunuh karier org...berdengki....busuk hati..itulah kerja dia org.
...

tapi malangnya manja and the gang tak nampak potensi ni sampai muka surat di joran pun kena cantas.... high time for u to look at joran....tengokkan editor kat joran tu..manalah tau ada peluang ke...jgn lupa jugak tengok sibuncit yang tak sedar diri tu...

-tahun depang....
-sleepingtigerone-