Monday, June 22, 2009

Manek Urai buat Nik Aziz berlembut?

MENTERI BESAR Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah tidak lagi begitu kuat membantah usaha kearah pembentukan sebuah kerajaan perpaduan. Kenyataannya yang terbaru seolah-oleh pemimpin Pas itu sudah berkendur dalam hal ini. Sudah tentu ramai ahli Pas merasa lega dengan kenyataan beliau. Mungkin juga ada yang masih marah dan keciwa dengan "U-turn" Nik Aziz. Bagi mereka yang mengenali Nik Aziz, mereka mungkin tidak hairan dengan partukaran pandangan pemimpin veteran lagi disegani ini. Orang politik berbisik sama sendiri bahawa Nik Aziz akan terus membantah sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan yang membabitkan Pas dan Umno. Kedua parti Melayu pernah tidor sebantal tetapi "perkahwinan" ini tidak kekal dan berakhir dengan penceraian yang melukakan hati. Timbul satu soalan di kalangan orang politik yang mahir dalam ilmu persilatan politik tanahair - apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata kerana pilihanraya kecil Manek Urai bulan hadapan? Nik Aziz tidak mahu pengikut Pas lari dari parti itu dan memihak kepada Umno apabila keluar mengundi pada 14 Julai nanti. Pengikut Pas yang setia tidak mungkin berbuat demikian, tetapi dalam politik, macam-macam boleh jadi. Kita lihat perkembangan seterusnya.

9 comments:

wak said...

Begitulah Utusan Malaysia, biasa memutarbelitkan kenyataan.

kalau quote dari Utusan malaysia, kena berhati-hati.

Anonymous said...

ni drama tok, siang cakap lain malam cerita lain.

apanama

zainal mohd jais said...

Apa Bezanya
BERJIWA BESAR & BERCITA-CITA BESAR?

Perdebatan tentang kerajaan perpaduan yang berlaku sekarang ini sekurang-kurangnya telah memperlihatkan kepada masyarakat tentang ciri atau kepribadian sebenar para pemimpin yang ada di hadapan mereka. Pendedahan itu sepatutnya memudahkan mereka membuat penilaian siapakah pemimpin sebenar yang patut mereka dukung, dan siapakah yang tidak layak untuk berada dalam gelanggang politik.

PEMIMPIN BERJIWA BESAR

1. Semakin tinggi diberi kuasa, dia semakin merendah diri, semakin tawaduk
2. Menghadapi setiap isu dan krisis dengan positif dan optimis.
3. Bersedia melupakan perselisihan, bersifat pemaaf dan bersikap terbuka.
4. Bersifat pelindung, sentiasa menasihat, tapi turut sedia menerima pandangan/teguran
5. Kepentingan rakyat keseluruhan sentiasa diberi keutamaan.

PEMIMPIN BERCITA-CITA BESAR

1. Semakin diberi kuasa, dia semakin tamak kuasa, tidak mahu berkongsi, angkuh.
2. Menghadapi isu dan perbincangan dengan prejudis/prasangka dan pesimis.
3. Bersikap memendam rasa, pendendam dan jumud.
4. Bersifat penakluk, diktator. Sentiasa mahu memberi nasihat dan arahan, tetapi
tidak bersedia menerima nasihat dan terguran.
5. Sentiasa memikirkan kepentingan diri atau kelompok kecil, bukan rakyat keseluruhan.

Rakyat tidak harus terkeliru, dan mesti jelas dalam menilai, siapa pemimpin yang sebenarnya. Rakyat tidak harus melihat pemimpin berdasarkan imej atau label semata-mata, dan mesti tahu meletakkan seseorang tokoh itu di tempat yang sewajarnya. Bukan sebarang orang boleh jadi pemimpin politik.

diam-diamubi.blogspot.com

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dalam kes ni Umno dah dapat talak 3.Pas ,Dap dan Keadilan masing2 menolak Umno.Pasai tu Pak Nik berlembut.

siakap said...

Tok Mat, Haji Hadi telah menarik balik hasratnya untuk membicang penubuhan kerajaan Perpaduan. Mesyuarat di Bangunan Parlimen antara Haji Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang hari ini, sebulat suara bersetuju TIDAK ADA LAGI kerajaan Perpaduan. Tok Guru Nik Aziz memang strategis politik ulung negara ini, Pas mempermainkan UMNO dengan helah untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Umpan PAS untuk uji kelemahan UMNO berhasil. Pilihanraya kecil Manik Urai nampaknya memehak kepada Pas ekuran perkembangan terkini Kerajaan Perpaduan.

Anonymous said...

Penolakan Kerajaan Perpaduan, Mengapa Salah UMNO Pulak?

http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=8548:penolakan-kerajaan-perpaduan-mengapa-salah-umno-pulak&catid=51:berita-tempatan&Itemid=83

Anonymous said...

See u in Manek Urai?

Mohd. Ramesh

editorialblog said...

Manik Urai, tetap di tangan Pas. Dan, kini Manja Ismail sah dihantar ke TV station. Sila baca ulasan dalam editorialblog.blogspot.com
HIDUP MELAYU

A KADIR JASIN said...

1. Eloklah begitu. Orang Islam dan orang Melayu bukan ramai sangat di Malaysia;

2. Di segi ekonomi pula mereka daif berbanding kaum dan agama lain;

3. Kalau 400 juta lebih orang Arab boleh diperkotak-katikkan oleh Israel/Yahudi yang tak sampai 10 juta, orang Melayu/Islam Malaysia janganlah yakin dan bongkak sangat;

4. Orang Islam/Melayu Malaysia sebenarnya sangat lemah.Buat perbankan Islam tetapi majoriti pelanggannya orang bukan Islam;

5. Buat sekim halal, tetapi yang banyak guna lambang halal adalah perniagaan bukan Islam;

6. Kedai makan orang Islam banyak tidak pun layak gunakan logo halal kerana terlalu kecil dan kotor. Kebersihan adalah ciri penting piawaian halal;

7. Macam kata Mufti Perak, Melayu berpecah kerana politik tetapi orang bukan Melayu berpecah ideologi politik tetapi sekata mempertahankan hak mereka.

Terima kasih.