Wednesday, May 6, 2009

Karim Sulaiman diserang lagi


MASIH INGAT KEPADA KARIM SULAIMAN?Beliau ialah bekas Pengarang Projek Khas Berita Harian yang terpaksa berhenti kerja beberapa tahun lalu sebab penyakit kulit yang belum ada penghindar atau ubatnya. Saya bertembung dengannya di sebuah kompelks membeli belah awal minggu ini. Beliau mengadu penyakitnya itu - scleromyxeodema - kembali menyerangnya. Buat beberapa bulan sebelum ini, Karim mendapat rawatan di HKL dan kelihatan beransur pulih. Tetapi rawatan ini tidak berterusan dan ia kembali diserang. Serangan ini menjadikan kulitnya tegang, mulutnya sukar dibuka, makan menjadi rumit dan berat badan menurun. Kini dia kembali mendapat rawatan di HKL. Karim ditemani isteri dan seorang anaknya apabila saya temui beliau. "Kami nak beli alat pembuat aiskerim," kata isterinya, Hawa. Karim mudah menelan makanan jika ia lembut. Ais kerim ialah antara yang mudah dimakan, katanya. Karim sekarang menikmati pendapatan pampasan dari Perkeso sebanyak RM1,700 sebulan.

27 comments:

bujai said...

tok,
karim adalah antara rakan yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah ketika kami sama2 di BH pada tahun 80an. dia mudah didampingi, suka bergurau dan amat profesional dalam tugasnya.

apabila saya berpindah ke penang pada 1990 dan kembali semula ke KL pada 1994, saya tidak lagi menemuinya kerana berpindah ke business times (walaupun dalam satu bangunan). begitupun, saya ada menelefonnya sekali-sekala kerana kami sibuk dengan tugas masing2.

saya hanya mendengar berita mengenai dia berhenti kerana sakit beberapa tahun lalu.

saya yakin dia seorang yang tabah. semoga Tuhan menyembuhkan penyakitnya secepat mungkin... amin

JBingkasan said...

I know Sdr Karim will be able to face whatever challenges now. I knew him well, all in his family as they were just a floor above me at the Times of Malaysia (London) Ltd, 31 Chapelside, Moscow Road, Bayswater London W2 4LL about 12 years ago.

Thank you very much indeed Datuk for the update on Sdr Karim.

kawan lama said...

all the best to karim
semoga sihat selalu

MAT TEROPONG said...

TABAHKAN HATI DALAM MENEMPUH DUGAAN
SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH

Noor Hasilah Ismail said...

Thursday, May 7, 2009
Walkdtalk pengecut

Apabila dimaklumkan beberapa orang sahabat handai yang menyuruh saya membaca blog walkdtalk09, sebaik pulang dari kerja, terus saya membacanya. Suami saya agak marah apabila membacanya, tetapi apabila saya membaca tulisan itu terasa lucu pula.

Saya memang tidak hormat orang yang suka "baling batu sembunyi tangan". Bagi saya penulis seperti ini berani di belakang sahaja dengan bersenjatakan pena, tetapi takut bersemuka dan berselindung di sebalik nama samaran. Bagi saya orang seperti ini adalah seorang penakut. Bak kata bidalan, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

Profilnya berbunyi "Menyahut cabaran DS Najib, berani menegur dan berani berubah" Nak termuntah saya membaca ayat itu. Awak yang sebenarnya yang cakap tak serupa bikin. Kalau awak berani menegur, kenapa mesti berselindung di sebalik nama samaran?

Saya boleh menerima teguran dan kritik dan tidak akan berselindung di sebalik topeng. Semua orang boleh membaca profil saya dan tahu di mana mahu mencari saya. Tidak seperti awak, penakut!

Awak sedar tak apa yang awak tulis itu bukan komen, tetapi adalah satu fitnah yang direka dan SUA PM sendiri boleh menyokong kenyataan saya.

Beliau mendakwa mendengar sendiri perbualan saya yang kononnya meminta projek dari SUA PM (macamlah orang tak tahu siapa yang dimaksudkannya itu).

Wahai cik kak/adik/abang di sebalik gambar orang tua manalah tu! Sesiapa pun boleh mereka ayat seperti yang awak reka itu. Adakah awak mempunyai bukti yang sahih mengenai tempat, tarikh waktu, rakaman dan saksi peristiwa itu berlaku?

Saya sudah menelefon SUA PM, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan memberitahu beliau mengenai penulisan blogger penakut ini serta meminta nasihat beliau apakah tindakan yang wajar dilakukan.

Datuk Tengku Sarifuddin pada mulanya terkejut, tetapi selepas saya membacakan komen itu di telefon, beliau terbahak-bahak ketawa dan berkata: "Bila masa engkau minta aku projek dan apa projek yang aku boleh beri pada kau? Mengarut. Inilah masalah blogger yang menulis sesuka hati dan mereka cerita. Aku sokong jika engkau mahu membuat laporan polis."

Wahai penulis yang berselindung di sebalik topeng, saya sudah mengenali Datuk Tengku Sarifuddin selama 20 tahun dan sejak beliau menjadi setiausaha akhbar PM selama lebih dari 10 tahun saya tidak pernah memintanya apa-apa daripadanya. Saya juga tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau KSU.

Saya juga hidup sederhana dari dulu sampai sekarang. Walaupun duduk di apartment kos sederhana dan memandu kereta yang sudah berusia lapan tahun saya gembira kerana apa yang saya ada adalah hasil titik peluh sendiri secara HALAL, tanpa mengemis meminta projek dari Menteri atau wakil rakyat!

WalkdTalk melabel saya sebagai blogger setengah masak. Tapi saya nak tanya, bukankah awak sendiri pun baru setahun jagung dalam bidang ini? Bukankah blog awak sendiri pun pun baru bermula April 2009. Saya juga nak tanya dah berapa lama awak belajar menulis? Saya juga nak tanya kenapa takut nak dedahkan identiti? Bukankah berani kerana benar?

Saya tidak kisah jika beliau mengkritik penulisan saya. Tetapi apa yang beliau tulis adalah satu fitnah dan membabitkan dua pihak lain, iaitu Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya, Agendadaily (walhal di nota pengenalan blog ini saya sudah menyatakan bahawa segala tulisan saya tidak mewakili organisasi tempat saya bekerja).

Fitnah beliau itu boleh menjejaskan reputasi saya, Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya. Dengan nama ALLAH saya bersumpah tulisan/tuduhan Walkdtalk adalah fitnah yang bertujuan menjejaskan kredibiliti saya dan majikan saya!

Walkdtalk, I dare you to reveal yourself and prove your allegations. Are you man or woman enough to come to me and repeat your allegations straight at my face?

Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

And I am not joking!

Anonymous said...

mengenali sdr karim sejak dia menyertai BH pada tahun 1980-an. dia lulusan ijazah perancang bandar dari UTM tetapi berminat dalam bidang kewartawanan. saya percaya dia adalah wartawan pertama bukan lulusan mass com yang digaji BH. selepas itu, ramai lulusan dlm pelbagai bidang jadi wartawan BH.
saya yakin dia tabah menghadapi dugaan ini seperti mana dia gigih untuk menjadi wartawan.
saya doakan sdr karim segera sembuh.
amin

rizal hashim said...

Datuk, sama-samalah kita doakan agar saudara kita Karim cepat sembuh dan keluarganya tabah mengadapi dugaan ini. Saya ingat macam mana Karim duduk sebelah saya repair buat story sport dulu...

Anonymous said...

Puan Noor Hasilah tu tersilap blog kot? Org cerita pasal kawan kena sakit, kasihan, dsb. Dia marah2 pasal lain pulak.

Hani said...

Dear Dato',

As I dropped in and read your piece on Karim - once a friend, forever he will - my doa is with him and his family. May he recovers quickly and back to his chirpy years.

Hani
X berita Harian

Noor Hasilah Ismail said...

dtk,
can u please email me karim's hp. nombor dia dalam hp saya yang kena ragut tu.. saya nak bagi dia try satu ubat dari u.s.a ini yang memang bagus. kawan saya yang menghidap barah peringkat 3 pun makan ubat ini dan completely cured. saya mahu karim cuba ubat ini.
my email is: shirasan@gmail.com

Noor Hasilah Ismail said...

karim pernah jadi bos saya semasa dia menjadi ketua biro berita harian johor baharu selepas datuk hisham transfer balik ke kl. kepada rakan-rakan yang pernah bekerja di jb semasa karim menjadi ketua biro bh, marilah kita sama-sama mendoakannya.

editorialblog said...

'Che Mad...
Saya juga adalah salah seorang rakan Karim dan amat bersimpati dengan keadaan beliau sejak lama dulu. Mudah-mudahan beliau akan mendapat belas ikhsan Allah dan dibebaskan daripada seksaan itu.
Yaaaa Che Mad...
Bacalah tulisan saya dalam editorialblog.blogspot.com mengenai 'Che Mad' bertajuk "Selepas Rashid, giliran Ahmad Talib..."
TQ

editorialblog said...

I know you Noor Hasilah... hemmm

Sivaraman said...

Dato,
I worked with Karim when I was in BH. Karim was one of the best chracters I have met in a long time. He was always cheerful and always had a good word for everyone. It is so sad to read that someone like him has to endure such challenges. My prayers are always with him. Thanks for the update Dato.

X BH

Kak Teh said...

Salam dato, thanks for the update on Karim. He dropped by at my blog several times just a few weeks ago and I didnt know his condition is back. Thank you again and I hope whatever it is , he will get better.

Karim and Hawa, if you are reading this, please know that we are praying for your recovery.

Unknown said...

Dato,

Org jauh di seberang boleh tolong, nyawa di hujung tanduk pun Dato tak peduli sebab nak tengok sendiri kesusahan org disana.
Bekas anak buah sendiri takkan tak boleh tolong kot. Di Jerman ada pakar2 sakit kulit yg bagus tu Dato

Anonymous said...

Norhasilah ni bodohlah...posting Tok Mat Talib ni berhubung rakan kita Karim yang diserang sejenis penyakit yang luarbiasa. Kita semua yang mengenali beliau turut bersimpati dan berdoa. Norhasilah ni pula mengarut pasal politiklah, SUA PMlah, kontraklah, pengecutlah. Norhasilah...please take your troubles else where. Although I don't know you personally, you do sound like a desperado to me. Instead, pray for Karim's recovery.

Dergaq said...

Karim, Hawa dan Anak-anak:

Keluarga Karim dan Hawa adalah model institusi bahagia. Saya pernah tinggal berdekatan dengan mereka. Minat Karim pada masakan membuatkan jiran selalu menerima juadah-juadah istimewa. Kehidupan Karim berkisar kepada kerja, keluarga, minat memasak beliau serta sahabat handai yang begitu ramai. Beliau insan mulia.

Setiap kali saya terbaca atau diberitahu mengenai Karim, rasa bersalah kerana lama tak berkunjung. Esok, lupa pula, sibuk hal-hal rutin.

Saya mendoakan anak-anak Karim dan Hawa sukses dalam bidang-bidang yang diceburi.

Hawa ni pula tinggi sifat keibuan beliau; kawan-kawan yang dilihatnya kurang komitment pada perkara-perkara asas, beliau tegur dengan sopan.

Macam juga dengan kawan-kawan lain, kita mendoakan Keluarga Mithali ini akan terus tenang, bahagia, dan agar Karim Sulaiman, insan mulia ini, sembuh sepenuhnya.

Kepada Dato AAT kami ucapkan ribuan terima kasih kerana menyiarkan berita ini.

Ahmad A Talib said...

Boyot,

You dah baca posting saya mengenai Karim dari awal. Saya rasa elok ambil sedikit masa dan baca posting asal. Mungkin selepas tu, you boleh komen balik.

Seperkara lagi, mari sama-sama kita bantu Karim. Tapi, apa nama you sebenarnya? Saya hargai semangat keperihatinan you dan yakin you boleh bantu saya untuk membantu Karim.

Ayoh, kita berganding bahu?

Unknown said...

Salam Dato,

Saya akan cuba seboleh saya untuk membantu, En. Karim, walaupun saya tidak kenal siapa En Karim tapi Dato kata dia org yg bagus maka saya nak cuba tolong apa yg termampu


Shamsul Bahri Alias
shamsuba@yahoo.com

Sivaraman said...

Boyot, the fact that Dato AT has gone out of his way to highlight Karim's plight in his blog is proof of his concern for a friend and fellow journalist. I wish to thank DAT for updating us on Karim's situation. We should support DAT and Karim in whatever way we can...kind words and prayers included. All the best Karim, our prayers are with you.

Ahmad A Talib said...

Sdra Boyot,

Terima kasih atas kesediaan membantu Sdra Karim. Mengikut maklumat perubatan yang ada, penyakit kulit yang menyerang Sdra Karim tidak ada ubatnya di serata dunia. Sdra Karim sendiri telah membuat kajian mengenai penyakitnya ini. Kalau tak silap, jumlah individu yang mengidap penyakit ini tidak lebih dari 150 orang seluruh dunia. Pakar dunia yang hadir di satu sidang perubatan di Malaysia dalam dua tahun lalu telah berjumpa dengan Sdra Karim untuk membuat kajian. Setakat ini, Sdra Karim masih mengharapkan penemua ubat untuknya. HKL telah memberi rawatan kepada Sdra Karim sejak kisahnya tertera dalam blog saya. Pakar penyakit kulit di HKL telah berjaya memulihkan Sdra Karim sehingga boleh menaikki tangga tanpa bantuan. Satu masa dulu, Sdra Karim tidak boleh berbuat demikian. Malah, beliau juga tidak dapat makan dengan sempurna kerana mulutnya susah bergerak. Beliau hanya dapat makan dengan baik selepas dirawat di HKL. Jika Sdra Boyot mempunyai maklumat terkini mengenai penyakit ini, harap berkongsi dengan saya atau dengan keluarga Karim secepat mungkin. TQ

kawan lama said...

TOK MAT,

KADANG-KADANG ORANG TAK NAMPAK APA KITA BUAT. SAYA MENGIKUTI KISAH EN KARIM SEJAK DIMASUKKAN DALAM PAHIT MANIS PADA 2006.
SAYA PERNAH MENONTON SATU TEMURAMAH DALAM TV9 - NAMA DATUK AHMAD TALIB, ROCKY DAN EN MIOR - DISEBUT OLEH EN KARIM .
SAYA KIRA DATUK DAN RAKAN LAIN YG MENGENALI EN KARIM SUDAH BANYAK MEMBANTU BELIAU.

EX BH said...

datuk,

datuk dan rakan dalam press banyak membantu karim. mungkin tidak dalam wang ringgit. tetapi sokongan dan usaha sdr karim seperti mendapat rawatan sempurna di hkl spt datuk dan rakan2 lain usahakan adalah usaha murni.
jika datuk tak highlight kes karim ini, kami pun tak tahu ada penyakit macam ni.

PENGHUNI TINGKAT 4 BH said...

SDR DERGAG,

KAMI MASIH TERKENANG MASA BERADA DI TINGKAT BH. MASA TU KAMI SELALU ADA MAJLIS MAKAN2. KALAU HARI JADI, MENANG ANUGERAH, SUKA2 . SDR KARIM SELALU SURUH KAMI BUAT POT LUCK. SEKARANG TINGGAL KENANGAN. TAK MERASA KEMERIAHAN TU. MANALAH ADA BOSS YG NAK BUAT MACAM TU.

Unknown said...

Salam

Dato,

Boleh bagi tahu apa drug dan rawatan yg macamana En. Karim terima.

Adakah dia menerim IVIG (Intavenous Immunoglobulin)
Mengikut Laporan terbaru dari J Am Acad Dermatol Feb 2009 IVIG adalah cara yg terbaik sekarang

ey JB, Luria RB.
Department of Dermatology at the Uniformed Services University of the Health Sciences, Bethesda, Maryland.

Scleromyxedema is a rare disease characterized by extensive mucin deposition with fibrosis, and is associated with a monoclonal gammopathy. Currently there is no consensus on optimal treatment of this potentially fatal disease because of the lack of randomized controlled trials and limited number of case reports. At the time of this writing, 24 cases were published reporting clinical improvement of scleromyxedema with intravenous immunoglobulin. Herein we report a case showing dramatic improvement of scleromyxedema symptoms, both cutaneous and extracutaneous (including the dermatoneuro syndrome), and review the use of intravenous immunoglobulin in the treatment of scleromyxedema. This is a single case. The rarity of scleromyxedema, especially the dermatoneuro syndrome, precludes impedes large trials. In conclusion, increasing evidence supports intravenous immunoglobulin as an effective and relatively safe treatment for both cutaneous and extracutaneous manifestations of scleromyxedema, including the dermatoneuro syndrome.

PMID: 19249127 [PubMed - as supplied by publisher]

J Am Acad Dermatol 2009 Feb 25

Ahmad A Talib said...

Sdra Boyot,

Saya percaya itulah rawatan yang diberi oleh HKL kepada Karim. Rawatan ini memerlukan Karim berada di HKL beberapa hari. Rawatan inilah yang membolehkan Karim bergerak lebih selesa dan makan dengan baik. Berat badannya juga meningkat.

Jika Boyot mahu mendapat maklumat lebih terpeinci, saya cadangan Boyot cuba hubungi HKL atau menalipon sendiri Karim atau isterinya, Hawa di 017-333-2011. Sebut nama saya bila menghuhungi mereka. Cuba dengan SMS dulu.

Karim sendiri sudah membuat kajian yang luas mengenai penyakitnya. Elok Boyot hubungi dia terus. Terima kasih sekali lagi atas keperihatian Sdra. Salam