Saturday, November 29, 2008

Misi kemanusiaan Salam ke Kemboja

SAYA akan ke Kemboja beberapa hari atas misi kemanusiaan Yayasan Salam Malaysia. Pasukan pertama berlepas semalam, termasuk beberapa rakan dari MAYC Veteran dari Kedah. Pasukan ini diketuai oleh Sdra A Ghani Ibrahim dari Yayasan Salam.

Pasukan kedua berlepas besok (Ahad 30 Nov) dan ketiga pada 7 Dis untuk berhari raya korban di Kemboja. Beberapa rakan dari media massa turut serta dalam pasukan kedua bersama saya besok.

Ini ialah misi kedua untuk membantu sebilangan rakyat Kemboja menyambut hari raya korban dengan sumbangan dari dermawan Malaysia. Selain berhari raya dengan penduduk miskin di beberapa buah kampong di situ, kami juga akan bergotong royong untuk membaikki sekolah, surau dan masjid.

Ada juga rakan-rakan yang membawa peralatan sekolah, ibadat dan sedikit pakaian untuk penduduk tempatan. Jika cukup rezeki, mungkin ada sedikit duit raya untuk kanak-kanak.

Bagi pihak Yayasan Salam, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada dermawan yang bermurah hati memberi sumbangan ikhlas. Penghargaan juga diberi kepada anak-anak muda dan warga emas yang menawarkan khidmat mereka sebagai sukarelawan dalam misi ini.

Moga-moga khidmat kita diberkatiNya!

5 comments:

Anonymous said...

Syabas! Elok bawa anak-anak remaja kita berkhidmat di tempat yang mana penduduknya daif dan terhimpit. Boleh bagi mereka kesedaran jugak tu! Warga emas pun patut pegi jugak...at least taklah boring kat rumah.

ali bt jalil

Son of My Parents said...

Salam Dato',

Selamat pergi dan selamat kembali juga.

TPJ said...

Selamat Berangkat pergi dan pulang Datuk. Semoga dipelihara Allah rombongan yang bersama.

Anonymous said...

semoga perjalanan misi kemanusiaan ini mendapat barakah dari Allah Subhanuwataala..

Anonymous said...

Tok,

Saya ingat lagi semasa Salam di Acheh masa tsunami tu. Sembat sukarelawaan ni mesti kekal dalam setiap anak-anak kita. Moga rombongan ini selamat pergi dan kembali. Saya tunggu kalau-kalau ada update bila balik nanti..

Ayam Tangkap, Kajang.