Tuesday, December 2, 2008

Mandi pagi ala P Ramlee di Kemboja


SELAMAT DATANG ke Kemboja! Kata-kata ini datang dari Zaini, anak muda Kemboja yang pulang bercuti ke kampongnya, Praksandai, kira-kira lima jam perjalanan dari Phnom Penh, ibu negara Kemboja.

Saya dan rombongan sukarelawan dari Yayasan Salam Malaysia tergamam seketika apabila mendengar kata-kata itu. Zaini fasih berbahasa Melayu dan melayan semua soalan saya dan rakan-rakan dengan jelas dan penuh sopan.

Zaini bekerja beberapa tahun di Johor, di sebuah kilang besi yang membuat gril dan pagar rumah. Dia pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Haji awal minggu hadapan. Kampongnya terletak di sebelah Sungai Mekong, yang menjadi sumber keperluan air semua penduduk di kampung itu.

Air Sungai Mekong yang sewarna dengan teh tarik Malaysia memberi nyawa dan rezeki kepada semua penduduk. Sepanjang saya di kampong itu, kami mandi, memasak, membasuh pakaian dan minum air sungai itu.

Alhamdulillah, setakat ini tidak seorang pun ahli rombongan saya mengalami masalah akibat minum air sungai itu. Kebanyakan kami minum air botol tetapi semua masakan menggunakan air yang sama.

Yayasan Salam berada di sini atas rayuan penduduk tempatan yang berusaha membaikki sekolah dan rumah ibadat. Sebahagian ahli rombongan tinggal di sini dan hanya akan pulang selepas sambutan Hari Raya Korban.

Anak muda seperti Zaini ini mengeloh apabila memandingkan hidupnya di Malaysia dengan Kemboja. Dengan nada sedih, Zaini berkata kos sara hidup di Kemboja amat tinggi manakala kuasa membeli rendah dan terhad.

Anak muda itu berkata, apabila saya pulang ke sini, saya bawa duit untuk keluarga. Tetapi ia habis dalam sekelip mata, ujarnya sambil menggelengkan kepala. Saya kena kerja lebih kuat. Sekarang saya sudah ada anak, dan saya perlu banyak wang.

Jika keadaan memaksa, Zaini tiada pilihan dan akan ke Malaysia semula untuk mencari rezeki. Dia terpaksa berkorban demi kepentingan keluarga dan dirinya.

Kampong yang saya dan sukarelawaan lawati untuk projek kemanusiaan ini adalah antara kampong yang termiskin di Kemboja. Tidak ada kilang di kawasan berhampiran. Tidak ada bisnes besar yang boleh memberi kerja. Tidak ada pusat perniagaan yang besar.

Zaini memberitahu saya, kebanyakan penduduk kampong bertani. Mereka hidup kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Mereka juga bertani menikut cara lama, menanam padi menggunakan kerbau, menuai dengan tenaga buruh yang ramai, menangkap ikan secara lama, dan nenjual hasil tanaman dan tangkapan di sekitar kawasan kampong.

Yayasan Salam akan mengumpul maklumat lengkap dan akan mencari jalan bagaimana kami boleh membantu membangunkan masyarakat dengan usaha-usaha baru. Penyertaan individu dermawan dan syarikat yang ingin menabur bakti boleh menghubungi kami untuk tujuan berkenaan.

Derma atau sumbangan kepada Yayasan Salam akan mendapat pengecualian cukai pendapatan. Yayasan Salam boleh dihubungi email di info@salam.org.my atau melalui tel 603-7958-4021 atau fax 603-7958-4031. Laman web pula ialah http://www.salam.org.my/.

11 comments:

ray tg8734 said...

Salam datuk,selamat berjihad saya doakan selamat pergi & kembali...ray,exedarnst

Anonymous said...

malaysia ni memang negara yg banyak peluang kerja. tapi rakyat aje yg tak sedar. nak pilih kerja. ngada-ngada namanya tu. kemboja pernah perang saudara kan? berjuta rakyat dibunuh. malaysia ni kena jaga-jaga juga. salah haribulan, malaysia pun boleh jadi kemboja..

ali bkt jalil

Anonymous said...

Datuk,

Would appreciate it, if you could upload some photos of the village.

Regards

kasut-gombak said...

Salam datuk,

saya antara volunteer Yayasan Salam Malaysia yang turut serta dalam misi Yayasan Salam ke Kemboja.

Terima kasih Yayasan Salam kerana memberi peluang kepada saya utk melihat kehidupan saudara kita di Kemboja. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Syabas kepada Yayasan Salam dan Datuk, MAYC, serta seluruh sukarelawan yang menjayakan usaha murni ini.

Syabas..

Ahmad A Talib said...

Anon 9:28,

yes, must put some pix. learning to upload..tq

BADROLHISHAM BIDIN said...

Alamak! Sounds so nice. Dapat pahala pulak tu. Next round, saya boleh ikut ke Datuk?

saracocohoney said...

Salam,
Alhamdulilah... semua kembali ke M'sia ngan selamat... Doakan kami (3rd trip) yg bakal pegi Ahad neh...

syahirah said...

Salam. saya syahirah, a malaysian but both of my parents were actually from Cambodia. They came here during the war time and alhamdulillah got married and settled down here. cakap dan cara hidup pun dah mcm Melayu dah pun. its nice to know that there are people like you out there volunteering for cambodia :) Thank you so much.

APPLE PIE said...

SALAM TUAN,
PADA HEMAT SAYA TUAN TELAH MELAKUKAN "KORBAN" YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA,TAHNIAH TUAN.

Madam Curi said...

ASM Dato',

Just curious to find out more about the river water. Is there any prevalent case of arsenic poisoning in the village? I read that in some parts of Cambodia, the water has a high content of arsenic. Boiling with not help at all. You need special filters to remove the hazardous arsenic ions.

Syahmi said...

it is good to have many muslim from malaysia helping out our brothers there. keep it up! me and my wife visited Cambodia and it was great!