Saturday, November 18, 2017

Aku letih dengan politik - kata orang politik bawahan


LETIH! Itu kata beberapa kawan yang duduk semeja sambil menjamu selera di satu majlis jamuan makan baru-baru ini. Saya dengar dengan penuh minat perbualan mereka. Kawan2 ini berusia dalam lingkungan 50 tahun, masih bekerja dan berniaga. Mereka bercerita fasal politik tanahair. Ada orang Umno, Bersatu dan bekas ahli parti Pas. Kalau masih boleh duduk semeja tu baguslah. Sebenarnya mereka dah berkawan sangat lama, tapi masing-masimg masuk politik kononnya nak berjuang memajukan negara. Lama juga mereka duduk dalam kancah politik dan aktif dengan lakonan dan sandiwara bersiri kumpulan masing-masing. Tapi kali ini semua mengeluh dan senada berkata: "Aku letih! Banyak sangat permainan yang aku sendiri tak faham asal usul dan tujuannya." Saya cuma sampok sikit aje. Saya kata: "Saya hormat kawan2 semua yang gigih berjuang. Kalau dah masuk politik, perkataan LETIH tu tak sepatutnya dituturkan langsung." Setelah setengah jam borak, saya buat kesimpulan yang mudah. Mereka letih kerana: pemimpin tak jujur; cakap lain bikin lain; landas perjuangan sudah lari dari asal; tak nampak keikhlasan di banyak peringkat; tak larat nak jawab soalan2 dari pengundi; jentera parti takda semangat. Mereka dari parti2 yang bersaing tetapi setiap orang dari mereka sependapat dalam hal ini. Lagipun, pemimpin tidak menunjukkan budi pekerti, sopan santun dan personaliti yang disegani. Mereka sebulat suara buat keputusan untuk tidak mau aktif lagi dlm parti masing2.Cukup-cukuplah tu, kata mereka.

Sunday, November 5, 2017

Kedah tak terpulun JDT - takda idea


Jika kita tengok dari publisiti yang besar menjelang Piala Akhir Malaysia minggu lepas, perlawanan akhir antara Kedah dan JDT sepatutnya memang hebat. Dua pasukan yang mencipta nama atas kebolehan masing-masing. JDT team kaya, serba serbi ada dan lengkap. Kedah team bendang, pun tak lah lekeh sangat. Tapi dalam stadium Syah Alam tadi malam, nyata pasukan Kedah tak mampu menyaingi JDT dari semua aspek permainanan. Itu pandangan sayalah. Kita tengok tepi padang pun dah cukup. Coach JDT nampak bersemangat sungguh memberi galakan kepada pemain-pemainnya. Ini jelas. JDT masuk padang dengan satu niat saja - nak menang! Kedah masuk padang nak mempertahankan kejuaraannya dan nampak agak santai. Permainan sebenarnya berat sebelah. Gol awal JDT seolah-oleh melemahkan semangat Kedah. Pasukan hijau kuning itu kemudian tidak dapat bermain selincah yang ia boleh. Macam terpaku. Macam takda idea nak melawan ketangkasan team JDT. Akhirnya Kedah kecundang. Permainan tadi malam juga tidak licin dan selalu terenti-henti akibat tiupan wisel referee. Game tidak free flowing. Scrappy. Rentak permaianan sentiasa mengeciwakan. Syabas JDT! Anda memang layak jadi juara!

Thursday, November 2, 2017

Al-Fatehah untuk Allahyarham Tan Sri Ali Hashim


Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Begitulah dengan Allahyarham Tan Sri Ali Hashim, bekas CEO JCORP yang dihormati dan disegani. Bak kata pepatah Melayu, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Hari ini ramai yang mengingati Allahyarham sebagai tokoh korporat yang komited kepada usaha memperbaikki mutu keusahawanan anak bangsa. Cerita Allahyarham diketahui umum dengan panjang lebar. Tak payah saya susun satu persatu di sini. Saya pernah duduk semeja dengan Allahyarham. Orangnya baik, tutur katanya sopan, bercakap dan mendengar penuh hemah, fikirannya dalam dan luas dimensi. Kaya dengan ilmu dan selok belok perniagaan. Moga2 Allahyarham ditempatkan bersama bersama mereka yang beriman dan dirahmati Allah. Al-Fatehah.