Tuesday, August 25, 2015
Ringgit bukan jalan ke syurga
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata2 sejak kebelakangan ini cerita fasal duit kita menjadi tajuk bualan hangat. Mereka yang bukan pakar kewangan pun bercakap fasal ringgit. Kalau kita tengok dalam media sosial, kejatuhan nilai ringgi menjadi satu topic popular. Tulis fasal ringgit, mesti ramai yang komen. Pagi2 lagi saya dikejutkan dengan satu mesej SMS dari kawan yang berada di utara tanahair. Katanya, kalau ke Danok untuk makan tomyam dan urut kaki, duit kita sudah tidak diterima lagi. Peniaga2 Thai nasihat pelanggan pergi tukar ringgit kepada Baht dulu. Mereka takut ringgit yang mereka simpan akan terus jatuh. Oleh yang demikian, buat apa simpan ringgit, kata mereka. Nah, ini satu contoh. Kita boleh kata kalau nak makan tomyan yang sedap, tak perlu pergi ke Danok. Itu memang betul. Tetapi itu tidak mengubah keadaan bahawa ringgit Malaysia sudah tidak lagi dihormati atau sudah tidak lagi menjadi duit yang disukai. Apa pula kesannya kepada ekonomi negara? Kalau nak beli barangan atau perkhidmatan luar negara, kita kena bayar dengan sejumlah wang yang banyak.Bagi peniaga yang berniaga dengan mengimpot barangan luar, sudah tentu ini mejadi satu masalah besar. Apabila pemimpin negara ke luar negara atau misi perdagangan kita ke luar negara, sudah tentu perbelanjaan juga akan meningkat. Aoa kesudahannya? Saya tak tahu. Saya bukan pakar kewangan. Tetapi penjelasan yang diberi oleh kerajaan belum lagi meyakinkan orang ramai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
matawang ada jatuh dan naik
Apa maslahnye...?
nanti naiklah tu....
Masa turun, kita jimat....
Tiba masa rakyat Malaysia berjimat cermat. Apa yang berlaku sekarang ialah rakyat mengharapkan kerajaan melakukan segala nya untuk menguruskan ekonomi negara. Apa pula peranan kita? Memang la, tanggungjawab kerajaan, tapi kita juga boleh mainkan peranan.
Menjadi trend sekarang rakyat kebanyakan tidak berhemah berbelanja di luar dan ke luar negara. Seolah-olah suatu perlumbaan atau menunjukkan kedudukan ekonomi seseorang. Adakah dengan melancong ke luar negara, seseorang itu dikatakan berada atau berwang? Rasa nya dalam kegawatan ekonomi elok lah kurang kecuali dalam hal tertentu. Contohnya melawat keluarga di luar negara atau menghadiri majlis konvo keluarga atau anak-anak di luar negara.
Trend diantara orang2 pencen terutama bekas anggota kerajaan mencanangkan pelancongan mereka ke luar negara. Kalau setakat nak menghabiskan duit gratuiti ke luar negara, rasa nya bukan tindakan yang bijak. Kecuali la, kalau kita mengumpul duit semenjak dari mula bekerja dan di hujung nya kita berjaya mengumpul sejumlah wang untuk melancong.
Rasanya wang gratuiti tu bukan la diberi oleh kerajaan bagi tujuan melancong. Sebaliknya sebagai bekalan di hari tua.
Begitu juga golongan peniaga yang mengambil jalan mudah mengimport barangan dari luar negara untuk di jual. Memang mungkin barangan tu lbh murah, tapi selalu nya kualiti nya kurang.
Di samping itu, kita juga terpaksa mengambil pembantu pekerja dari negara luar. Banyak nya aliran tunai keluar negara. Jarang pula ada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mengirim wang balik ke Malaysia. Memang ada, tapi tak tau la jumlah nya substantial atau tidak?
Post a Comment