Friday, August 7, 2015

Antara kepentingan rakyat dan tembolok menteri

ASSALAMUALAIKUM! Kita ketepikan cerita politik kejap. Kita cerita fasal rombakan Kabinet. Dua tiga hari yang lepas ni kita tengok upacara serah tugas dari satu menteri ke satu menteri yang lain. Ia dibuat dengan serba serbi aturcara, lengkap dengan temuramah oleh media massa. Dan seperti biasa, menteri2 bagi kata semangat kepada kakitangan mereka dengan nasihat supaya kerja kuat dan rajin. Setiap kali ada perubahan macam ni, akan ada ucap semangat dan kata2 nasihat. Sikit masa lagi, kita mungkin akan dengar beberapa pindaan atau semak semula projek2 yang dibuat oleh menteri lama. Ini dah berlaku terlalu banyak kali. Dah jadi perkara biasa. Dalam keaadan politik yang sedang hangat hari ini, siapa antara menteri2 yang ada yang akan fokus kepada tugas dan tanggongjawab mereka habis-habisan? Tokpa? AWO (Wahid)? Saya pernah menghadiri satu mesyuarat di mana ahli jemaah menteri juga hadir. Ada seorang menteri ni tak mengeluarkan sepatah perkataan pun sepanjang mesyuarat satu jam itu. Dah dua kali mesyuarat saya tengok dia membisu. Soalan pokoknya - siapa antara jemaah menteri hari ini yang bersuara untuk kepentingan rakyat dan siapa menteri yang membisu untuk menjaga kepentingan dia sendiri?

4 comments:

kulop lopaz said...

la ni semua menteri nak jaga perutnya ........ semua menteri ni baik untuk PM. Untuk rakyat ..... lu pikir le sendiri ?

mananbuyong said...

Yang membisu tu satu hal. Yang bercakap menyokong, tapi tak sedar sokong membawa rebah.

Fendi Ahmad said...

Ada tiga kategori:

Satu yg mati2 jadi pendekar Najib, macam Zahid Hamidi, Abdul Rahman Dahlan, Teuku Nan, Salleh Keruak, Ahmad Maslan, Ismail Sabri

Satu lagi yang sepi macam Tok Pa

Satu yang nampak bijak dalam main selamat macam KJ

Anonymous said...

Budaya hidup kebanyakan orang Melayu memang tak berubah dari dulu (zaman Hang Nadim ) sampai sekarang!!! Budaya yang suka jadi tuan tetapi jarang mahu berusaha!! Kaki-kaki bodek diklangan pegawai-pegawai adalah satu fenomena ulang tayang!!! lambang orang Melayu cari jalan mudah untuk hidup senang!!! Kalau bersuara dan memberi pendapat akan cepat di zip. Kalau rajin dan sentiasa pro aktif akan segera dicari kesalahan!!!Orang Melayu masih lemah minda dan daya pemikiran kritikal jarang mampu dimiliki!!!Lantas kelemahan ini di guna oleh bangsa lain untuk akhirnya memijak bangsa Melayu nanti!!!Ironinya Melayu sekarang seolah menunjukkan rejuvenasi Islam, Sebenarnya Islam orang Melayu adalah Islam pada ranting, Itulah sebabnya mereka tidak berjaya dalam banyak hal!!! Lebih banyak menunjuk-menunjuk dari menghayati!!!